Saturday, April 14, 2012

Setahun lebih sudah sejak kali terakhir diri ku mengupdate

     Saya, Miss A nak meminta maaf kerana sudah lama sangat tidak update blog ini. Saya juga ingin mengucapkan maaf kepada para pembaca setia dalam blog ini. Sebenarnya, ada di sebalik tabir tentang apa yang berlaku. Semua benda yang berlaku memang ada kisah disebalik tabir kan? Kucing makan pun adajuga kisahnya yang tersendiri. Wakaka!
     Sebenarnya, panjang sangat kisahnya. Tapi, saya pendekkanlah cerita. Password blog ini telah pun dengan jayanya ku lupai. Aik? Panjang sangat ke? Setakat nak cakap lupa password pun susah sangat? Eh, memang susah tahu? Yang susah tu nak membina ayat. Kan senang kalau cakap, 'sebenarnya Miss A terlupa password'? Memanglah senang, tapi sebagai seorang yang budiman dan mementingkan penjagaan hati dan jiwa bakul serta batin, Miss A mengalami kesukaran untuk membina ayat. Awak semua apa tahu? Baca saja (marah 1 detik)!
     Sebagai entri pertama tahun ini, saya, Miss A tak nak post panjang - panjang sebab Miss A dilanda bencana malas yang kronik dan perlu dibina semula supaya menjadi rajin. Untuk tahun ini, cita - cita saya dah bertukar! Wakaka! Dengan bangganya saya bercakap. Saya dah tak nak jadi penulis macam Ain Maisarah macam yang saya tulis dalam entri HARI ITU. Sebab saya baru tahu yang saya tak minat menulis panjang - panjang dan senang melanda penyakit BORING dan MALAS! Jadi, saya dengan rasminya mahu menyatakan apa saya nak jadi bila besar nanti (macam budak kecil pula). Bila besar nanti, saya masih belum putuskan nak jadi apa! Waaaaa, tolong saya cari apa saya sesuai jadi! Sikap saya menunjukkan yang saya tersangat - sangat sesuai menjadi PENGANGGUR! Oh, tidak! Tak mahu jadi PENGANGGUR! Nak kerja elok - elok!
     Dah bercerita panjang mengenai cita- cita ni, lupa pula nak bercerita di sebalik tabir macam mana dapat password ni balik! Sebenarnya, kisahnya berlaku tak ingat bila tarikh dan hari. Well, Miss A kan handal dan hebat dalam menggali komputer dalam proses mencari sesuatu maklumat! Tak tahu ke? Ish ish ish, sedih sungguh diriku, (sob sob) mengenang nasib ini! Hah! Mula lah tu, menggedik tentu pasal! Mengada - ngada betul!
     Hello, Miss A! Tadi kata tak nak tulis panjang - panjang, ini boleh pula buat panjang - panjang? Ye tak ye juga, kenapa Miss A suka sangat membebel sampai tak sedar objektif sebenar. Okaylah, Bye! See you soon!

2 comments :

  1. thanks walking walking at my blog . :D
    do follow me back .. :)

    ReplyDelete
  2. Okie dokie deary... Wakaka! Gediknya diriku ini!

    ReplyDelete