Monday, April 30, 2012

Cat Abusing! Stop it!

     Cat abusing now had become a major problem in Malaysia. People always cuts their two front legs. It is so not good because cats deserve to live like us! Just imagine if there are people did to us like that. It is so cruel to treat an innocent cat like that! Ok, saya berhenti speaking. Saya guna Bahasa Melayu ya? Yalah, bahasa jiwa bangsa! Petikan Bahasa Inggeris tadi di petik daripada Cik Chickedis semata. Tiada unsur tokok tambah dan tokok tolak. Semuanya Hak Cipta Terpelihara. Tak ada nak curi orang punya.
     Karangan ini ditulis khusus untuk manusia-manusia diluar sana yang sudi jeling sambil baca blog saya. Karangan ini ditulis sendiri dengan menggunakan otak sendiri tanpa menggunakan khidmat otak orang lain. Harap maklum. Susah nak olah ayat sendiri, perlu guna segala pengetahuan yang ada untuk buat semua ini. Jadi, inilah hasil yang terbaik yang saya berjaya hasilkan:
     Sejak bermulanya tahun 2012, semakin banyak berlaku kes penderaan kucing dan haiwan lain. Kenapa mesti haiwan yang manja dan comel yang cuma menagih simpati dari (atau daripada?) seorang insan supaya memberinya makan. Takkan jika hanya kucing itu mencuri ikan dari dapur kita patut memotong tangannya! Hukum itu hanya dilaksanakan kepada manusia yang mencuri bukannya haiwan yang tidak tahu apa-apa mengenai dosa tidak pula punya akal.
     Kita sebagai manusia perlulah menjadi seorang yang bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap binatang. Sebelum ini juga sudah berlaku beberapa kali kes penderaan kucing tetapi tidak sampai sebanyak ini. Sebelum melanjutkan topik, ingin saya bertanya kepada hadirin (ceh) sekalian adakah anda semua tahu apa itu kucing? Saya pasti semua orang tahu. Jika tidak tahu, sila buka google dan cari KUCING atau CAT.
     Sahabat yang dikasihi sekalian, kucing sudahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawasanya kucing tidak ada sebarang najis padanya, padahal kucing adalah (ataupun ialah?) hiasan yang menyerikan kediaman ataupun bangunan dan sebagainya yang seangkatan dengannya. Jika Nabi kita sudah nyatakan begitu, mengapa kita mesti mendera kucing kerana yang jelas kucing tidak salah dalam hal mencuri.
     Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, kucing ataupun haiwan bertelinga segi tiga ini sudahpun kita ketahui tidak mempunyai akal. Kita ada akal, tetapi mengapa kita mesti memotong tangan kaki haiwan yang tidak bersalah ini sedangkan kucing tidak tahu menahu langsung adanya pahala dan dosa! Wah, macam ahli agama pula.. Wakaka! Sesungguhnya memang sungguh tidak patut kita menjatuhkan hukuman sesuka hati kita terhadap haiwan ini. Kita dikurniakan akal untuk membezakan perkara baik dan buruk dan takkan kita tidak tahu bahawasanya memotong atau membunuh haiwan adalah berdosa. Semua agama berkata begitu. Tidak ada agama yang menyuruh melakukan kejahatan.
     Janganlah kita menyamakan diri kita dengan haiwan dengan menderanya sebegitu rupa. Sekali lagi saya tulis, kucing juga berhak hidup bebas dengan tidak terseksa sebegitu. Kalau kucing itu sudah mati tidak mengapa, tetapi kebanyakan kes yang saya tahu semuanya dilaporkan masih hidup. Kes terbaru yang saya dapat tahu melalui facebook emak saya ialah kucing itu dipotong pawnya. Siap ada gambar lagi tapi saya tak nak ambil sebab saya tak sanggup tengok darah dia.. Kasihan sangat. Kucing itu masih hidup lagi tapi saya tidak tahu bagaimana kucing itu mahu meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Sudahlah terpaksa lalu jalan yang berbatu-batu dan bertar-tar yang panas dan menyakitkan kaki!
     Kalau kita tidak memakai kasut berjalan ke sana ke mari atas jalan tar yang panas ataupun jalan tidak berturap yang mempunyai banyak batu, tentunya kita pun akan rasa sakit kan? Ini pula kucing yang dipotong paw. Siapa pun pelakunya, pasti akan dapat pembalasan yang setimpal kerana dia sesuka hati sahaja menggubal undang-undang nak potong tangan kaki kucing.
     Secara konklusinya, jagalah kucing itu sebaik-baiknya dan kurangkan sifat panas baran kita. Jangan kerana kucing curi makanan kita kita nak potong tangan kucing tu. Jelas sekali itu salah kita sebab kita tak tutup pintu atau tingkap atau mana-mana bahagian yang membolehkan kucing masuk. Jadi, sebagai kucing yang kelaparan, dia pun masuklah dan curi dangan sesuka hatinya makanan kita itu. Belalah kucing sebaik-baiknya jika kita mahu membela kucing serta haiwan lain. Bela dia elok-elok bagi dia comel macam dalam gambar bawah ni.


     Harap kita sama-sama membanteras aktiviti tidak bermoral ini! Yeah! 

Saturday, April 28, 2012

I'm obsessed with these films

     Untuk entri hari ini, saya nak kongsi beberapa filem yang membuatkan mata saya terkeluar dan marah apabila ada iklan mengganggu.. Sampaikan kucing tidur atas riba pun tak sedar. Wakaka! Saya rasa, semua filem - filem yang akan saya nyatakan sebentar lagi semuanya awak dah tonton.. Saya suka sangat tonton sampaikan tonton berkali - kali pun sanggup sebab cerita tu semuanya AWESOME! Nak tahu tak? Sebenarnya saya tak pernah pergi tengok wayang sebab ayah saya tak bagi.. Masa kecil tu pelik juga, tapi bila dah besar panjang dah sendiri faham.. Sebab dalam wayang adalah sarang kemaksiatan! Faham sendiri lah kalau tak faham...



     Cerita yang berjaya menduduki ranking pertama dan top dalam carta cerita paling menarik dalam kepala saya ialah... (berdebar tak?) Jeng jeng jeng.. Ok, tajuknya Vantage Point! Tu yang gambar sebiji di atas tu. Pernah dengar tak nama cerita tu? Tak pernah? Haih, takkan tak pernah dengar? Lelaki kalau tak pernah dengar dah sah memang tak ambil tahu tentang cerita Action Packed macam tu. Huh! Cerita tu memang tak ada bab romantik LANGSUNG! Boleh percaya ke? Mestilah boleh... Itu yang buat saya jadikan cerita tu cerita yang menduduki ranking pertama dalam carta pie saya! Carta pie tu apa? Wakaka! Cari dalam kamus dan jumpa lah! Ok, mungkin ada juga, tapi tak keterlauan lah, tetapi secara umumnya tak ada unsur - unsur tu. Yang bab romantik cerita tu, saya tak akan kata romantik sebab cerita itu berkaitan isu negara, tak ada kaitan langsung dengan isu cintan cintun dan romantik romantikan. Penggemar filem romantik mesti tak sudi dan tak nak walau jeling sekalipun.. Tapi bagi penggemar filem sebegini, memang patut tengok..



     Cerita kedua bertajuk Rattatouille! Siapa tak tahu tentang kewujudan filem ini saya gelar ketinggalan zaman. Maklumlah, filem tu dah lama keluar... Takkan masih tak tahu lagi! Marah ni! Wakaka! Saya suka sebab tikus tu comel.. Kasihan bila dila kena buang oleh tuan dia yang bernama tak ingat! Wakaka! Cerita ni mengenai masalah pewarisan sebuah restoran terkenal.. Kalau dah tengok, tak perlulah saya nak beri sinopsis. Kalau belum, pergi check di youtube dan cuba search. Kalau ada walau trailer itu rezeki awak.



     Ha, siapa tak kenal lencana ni? Inilah filem kegemaran ketiga! Harry Potter and The semua part yang ada! Tapi yang saya perasan lah kan, Harry Potter ni makin lama makin kurang seronok. Saya tak kata tak seronok, cuma kurang seronok sahaja! Jangan marah wahai peminat Harry Potter. Saya suka filem ni sebab cerita ni mengenai magic! Waaaaaa, sugoidesune! Saya pasti ramai yang minat tak kira golongan sama ada tua, muda dan kanak - kanak! Lencana Hogwarts captivating kan?



     Yang akhir sekali, tajuknya..... Yang ni kena bagi kejutan sikit. Tajuknya, The Hunger Games! Wakaka! Siapa yang tak tahu lagi mengenai kewujudan filem ini memang saya kategorikan sebagai ketinggalan tahun.. Yang ini baik sedikit dari ketinggalan zaman seperti yang saya telah sebut sebentar tadi. Cerita ini memang menjadi bualan ramai tak kira dalam mahupun luar negara! Senang cakap, seantero dunia sudah tahu! Siap ada perbandingan dengan filem Twilight lagi... Kenapa saya buat nombor empat? Yang terakhir pula tu? Hello, itu pun bersyukurlah sebab saya sudi juga letak dalam carta pie saya! Tahu tak besar maknanya kalau dapat diletak dalam carta pie Cik Chickedis? Popular dapat, pengiktirafan pun dapat! Hm, popularlah sangat! Wakaka!
     Ok, bye! Itu sahaja dulu untuk hari ini.

*sugoidesune = seronoknya

Friday, April 27, 2012

I am playing games in Facebook!!!

     Sekarang ini, saya sedang bermain game dalam muka buku saya! Wakaka! Ada ke orang nak main game? Dah besar panjang pula tu. Hello, ada ok. Saya ni sedang main. Seronoklah main game! Kalau tak percaya, sila cuba main. Game yang saya syorkan ialah game yang pada pandangan mata hati saya seronok! Tak ada tengok perasaan orang lain. Nampak benar selfish!
     Game yang berjaya menduduki takhta dalam hati saya ialah:
1) CastleVille
2) Cafe Life
3) Millionaire City
4) Ninja Saga
5) Monster Galaxy

     Kalau nak cuba, sila buka muka buku dan cuba main. Lama-lama mesti jatuh cinta dengan game-game tersebut. Wakaka! Tapi semasa baru main memang tersangat boring! Saya pun macam dah putus asa nak main semasa baru main. Boring sangat! Lama-lama ok juga! Di sini saya nak tunjukkan beberapa keping (keping?) gambar game yang saya main! Sebelum itu, buat pengetahuan awak semua, saya telahpun memberi pangkat kepada game-game ni semua! Yang pertama sekali pangkatnya Raja, seterusnya Permaisuri merangkap tukang masak, Penghulu Bendahari, Ketua Turus Angkatan Perang dan Laksamana yang kerjanya jaga galaksi dan bumi.




     Di atas tu kedai di Cafe Life saya! Wakaka! Cantik juga kan? Wakaka! Jangan perasan sangat boleh tak? Ok, kita terus ke topik lain. Yang gambar orang, itu ialah SAYA dalam Cafe Life. Cantikkan? Ya, saya tahu, memang cantik! Wakaka! Saya beri sinopsis permainan ini ya. Dalam permainan ini, kita dikehendaki memasak. Semasa mula - mula main memang kedai tu buruk sangat! Lama - lama, selepas design, cantiklah kedai tu! Tapi, mestilah kita kena tahu ilmu decorate rumah. Kalau tak, boleh jadi bertambah buruk dari yang asal! Wakaka!



     Haaaaa, yang gambar perempuan baju merah tu lah saya dalam CastleVille. Dalam game ini, anda hendaklah mentadbir sebuah kerajaan. Dalam tu anda boleh design bagi cantik berseri - seri! Saya punya kerajaan dah cukup cantik dah. Sebenarnya memang nak letak gambar, tapi tak boleh sebab CastleVille bukan seperti Cafe Life yang gambarnya tidak perlu discroll ke tepi. Faham tak yang kena scroll ke tepi tu? Tak? Tak apa, main dulu game tu, dan anda akan tahu.



     Inilah Headquarters bandar saya dalam Millionaire City. Game ini HAMPIR serupa dengan CastleVille, cuma yang berbeza Millionaire City dengan CastleVille ialah Millionaire City kita perlu tadbir bandar. Seronok permainan ini tahu? Cubalah dan anda akan rasai perbezaannya. Aik, macam kenal saja ayat ni? Wakaka!





     Tengok gambar diatas, yang gambar orang tu. Haaaa, itulah saya! Kenapa? Tak percaya? Percayalah! Kenapa saya buat macam ni? Sebab, baru ada kelainan! Kalau tak kan sama saja... Semua orang perempuan! Tengok gambar tu, handsome kan saya? Wakaka! Kalau tak nampak ke-handsome-an saya, memang bermasalahlah mata awak semua! Wakaka! Yang gambar burung itu ialah haiwan peliharaan saya! Macho haiwan saya kan? Nama dia Chiko. Dalam Ninja Saga, haiwan peliharaan cuma boleh kita dapat apabila level kita 10++ sahaja! Level 10-- tak boleh lagi... Wakaka! Dalam game ini, kita dikehendaki melengkapkan quest-quest yang diberi untuk mendapat duit poket dan belajar! 



     Nampak haiwan comel atas ni? Nampak? Tak nampak? Kasihan bagi yang tak nampak! Ish ish ish. Dalam game ini, kita dikehendaki lawan dengan haiwan yang lain dan apabila lawan tu macam nak kalah, kita boleh pilih sama ada nak bunuh atau tangkap. Kalau awak ni jenis yang belas kasihan, tangkaplah tapi mesti ada starseed. Kalau tak ada, silalah bunuh! Wakaka! Starseed tu apa? Starseed itu ialah ....... Wakaka! Main dulu baru tahu!

     Ok, cukuplah dulu untuk entri kali ini. Dah panjang sangat entri kali ini. Ok, bye.

Thursday, April 26, 2012

Objective...

     Seperti dalam tajuk, telahpun saya nyatakan yang saya akan membuat entri mengenai satu objektif. Umum sangat tajuk tu kan? Ya, saya tahu. Tak perlu susah - susah exercise mulut nak cakap! Wakaka! Okay, kalau nak terasa dan menyampah sila tekan butang X. Yang nak baca dan meneruskan perjuangan hidup dalam blog ini sila baca apa yang saya tulis dengan penuh kesabaran dan kesopanan. Eh, apa kaitan kesopanan dalam isu ini? Wakaka!

     Hari ini, saya nak beritahu objektif menubuhkan blog gedik ini. Siapa nak baca dipersilakan. Yang tak nak, boleh tekan new tab dan teruskan hidup anda dengan buka benda lain.
     Saya buat blog ini sebenar - benarnya kerana suka - suka! Tengok blog orang lain, ada yang captivating dan ada yang kurang! Ada juga yang langsung tak captivating pada pandangan mata kasar saya! Wakaka! Zalimnya bahasa. Cik Yam, bahasa jiwa bangsa! Jadi, gunakanlah bahasa kebangsaan kita yang sedia maklum serba indah ni! Wah, bersemangat patriotisme nampaknya! Baguslah, kenapa pula tak bagus kan? Dah ada negara sendiri dan bebas pula dari sebarang bencana alam! Tak banyak negara yang bertuah seperti kita tahu? Kalau awak tak suka negara ini, sila pergi ke negara yang awak suka dan hidup di sana! Kalau ada duit lah. Wakaka! Kejam pula entri untuk kali ini. Untuk pengetahuan awak semua, cintakan negara juga adalah satu jihad didalam Islam! Dan kita mendapat pahala untuk itu! Mesti semua tak sangka kan? Ok, yang dah tahu tu sila duduk diam dan terus membaca kalau rasa diri masih mampu tahan bebelan over spicy saya (siap colour merah lagi).
     Ok, sudah dulu mengenai isu negara. Selain suka - suka, saya nak membaikpulih esei Bahasa Melayu saya walaupun tak adalah guna bahasa yang terlampau mengikut skema esei. Wakaka! Tak apa, perlahan - lahan dulu. Jangan gopoh. Nanti jadi benda yang lebih teruk pula! Tengok saja, dah bertambah 'pekerja' saya (hidung kembang ni)! Ok, tak adalah ramai sangat tapi namanya masih 'bertambah' juga! Walaupun satu saja tahap bertambah, still bertambah juga kan? Ada ke orang yang menganggap penambahan SATU itu tak ada apa - apa kesan? Firasat saya mengatakan ada orang macam tu! Minta maaflah cakap tapi perlu dicakap juga. Bukan kerana saya marah tapi saya cuma nak menegakkan keadilan bagi pihak tertindas! Ceh, ayat dia! Nak tahu? Tak nak. Sila berambus! Ok, ayat jahat yang nampak sangat sengaja dikeluarkan! Wakaka! Walaupun ada yang tak follow, golongan ini sudi juga menjenguk blog gedik teramat saya! Dan pageviewnya dah lebih 500! Banyak juga lah tu!
     Ok dulu lah. Nak cari bahan untuk projek - projek di sekolah yang terbengkalai dan siapkan homework yang tak terusik selama beberapa hari! Nampak sangat diri itu seorang yang sungguh pemalas! Selepas ini, nak cari bahan untuk karangan Bahasa Melayu 1000 patah perkataan! Waaaa! Tolong saya! Diri ini telah terkapai kelemasan! Susah nak mencapai dasar! Ok, berhenti merapu sebelum anda diberhentikan! Nanti ada yang sakit ulu hati minta Gaviscon! Wakaka!
     Last and for all, saya nak mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada Cik Aiman yang telah menukar lagi sekali address blog beliau! Untuk pengetahuan awak semua, Cik Aiman telah menyedarkan diri saya tentang bebanan kerja di sekolah yang berlambak banyaknya! Kalau nak tengok blog Cik Aiman, tekan SINI. Ok, jumpa lagi pada waktu yang lain dan hari yang lain!

Wednesday, April 25, 2012

I Wonder

     Wakaka! Tajuk blog ni sama saja macam poem I Wonder yang ada dalam buku Literature sekolah saya! Tapi isi kandungannya teramat lain dan berbeza! Sebab, saya berbincang (bincang ke) tentang I Wonder Why the people follow my not to beautiful blog! Dalam Literature tu antara isi kandungannya  I Wonder why the grass is green. Ok, itu yang saya ingat!
     Sebenarnya, saya tersangat musykil sebab ramai JUGA yang sudi follow saya (teruja sebenarnya). Sudahlah blog ini tersangatlah gedik sehingga saya pun menyampah tengok! Tapi menyampah pun buat juga jadi template! Sebab, pada pandangan mata saya yang agak baik ini, okay saja semasa buat.
     Dengan lagu yang buat orang mengantuk, memang lengkap pakej blog GEDIK! Hah, dah siap di bold dan underline lagi tulisan tu biar nampak ke-jelasan tahap maksimum semaksimum mungkin!
     Bukan saya tak mahu ada follower banyak, tapi cuma musykil tersangat saja! Jadi, diharap jasa baik anda semua supaya tidak marah dan tidak mahu jadi follower atau pekerja saya : ) Wakaka!
     Ok, bye semua! 

Tuesday, April 24, 2012

Segment: Serious Follow Back



Sebab saya join segmen ini:
     Saya diajak oleh Cik Akma. Selain itu, saya saja nak cuba nasib. Mana tahu menang. Wakaka! Last and for all, mengisi masa lapang yang kurang berfaedah. Daripada saya duduk depan laptop tengok blog orang lain dan jari tak berfungsi banyak, lebih baik menulis entri! Ok, dah tak ada apa sebab lain yang boleh difikir lagi. 

Adakah segmen ini membebankan:
     Tidak sama sekali! Kalau membebankan, buat apa nak masuk ya tak? Lebih baik abaikan saja komen Cik Akma! Wakaka! Selain itu, banner segmen yang tersangat simple membuatkan diriku tertarik nak cuba masuk. Ish, tak suka tengok banner yang buat kepala berserabut... Dan banner ni nampak formal kan? Kan cantik macam tu! Tak adalah nampak macam budak - budak! Ok, siapa terasa, jari ini siap sedia kupohon untuk meminta ampun dan maaf. Jadi, janganlah marah. Lagipun, saya tak sebut siapa tuan rumah blog tu! Yang pasti, ini bukan mengutuk, tetapi komen membina. Hm, membina apa macam ni? Mengutuk adalah! Sebenarnya, ini komen membina yang boleh menjadikan anda semakin matang.


     Sebenarnya, saya tak bercadang nak menang, jadi saya tag tak banyak orang! Wakaka! Saja suka - suka nak masuk. Bagi sesiapa yang nak saya tag, sila komen. : )

Siapa yang kena:

Monday, April 23, 2012

Azam bulan Ini

     Saya, Cik Yam atau lebih dikenali dengan nama Cik Chickedis, Miss A, Ayam Terhormat atau Respected Chicken mahu berubah menjadi seorang yang kurang tahap GEDIK dan mengada - ngada. Jadi, diharap anda semua boleh membantu saya dalam proses 'pembaikpulihan' saya. Mulai hari ini, tak nak dah panggil diri sendiri dengan nama gedik saya! Wah, kuatnya azam... Mulai hari ini, saya nak guna panggilan 'saya' dalam penulisan blog... Hah, tepuk kuat - kuat! Jangan sikit - sikit! Give me some motivation in order to change myself! Yeay!!! 
     Arigatou saya ucapkan kepada anda semua yang sudi menyokong saya dari segi spiritual mahupun fizikal. Ok, tak ada kaitan langsung. Jangan ambil peduli tentang tu. Saja nak bagi sentimental value sikit. Wakaka! Tak nak ada salam sayang bawah sekali, gedik sangatlah! Dalam komen dan shoutbox saya masih megekalkan nama gedik sebab baru ada identiti. Kalau tak tak ada ID pula saya! Wakaka! Ok, tak lawak sangat pun. Jadi, dipersilakan janganlah ketawa. 
     Okay, bye! Tak ada apa nak di post lagi...

p/s Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak buat shoutbox, fibox atau apa - apa box lain

Saturday, April 21, 2012

Hak Ciplak Terpelihara?

     Kalau tengok tajuk di atas tu mesti semua tertanya - tanya apa benda tu? Pelik banar bunyinya? Ada ke Hak Ciplak Terpelihara? Tapi, dalam semua fikiran negatif tu, ada juga yang tahu... Cuma jumlahnya segelintir sajalah! Wakaka! Yang tahu tu MUNGKIN ada yang fikir... Oh, ni mesti lawan Hak Cipta Terpelihara... Ni mesti kes menciplak hak orang lain ni...
     Jawapan yang paling tepat ialah ini adalah hasil ciplakan saya daripada blog orang lain! Yang kirei dan kawaii saja yang saya ambil. Yang tak saya berkenan saya tak ambil. Hm, nampak sangat jenis yang memilih!
     Nak tahu apa yang saya ciplak? Tak nak? Ok, jangan scroll ke bawah kalau macam tu ya. Yang nak tahu saja sila scroll ke bawah... Wakaka (lawak sangatlah tu!)!

______________$$$$$$$
_____________$$$$$$$$$
____________$$$$$$$$$$$
____________$$$$$$$$$$$
____________$$$$$$$$$$$
_____________$$$$$$$$$
_____$$$$$$_____$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$__$$$$$$_____$$$
___$$$$$$$$$$$$$$$$_________$
___$$$$$$$$$$$$$$$$______$__$
___$$$$$$$$$$$$$$$$_____$$$_$
___$$$$$$$$$$$__________$$$_$_____$$
____$$$$$$$$$____________$$_$$$$_$$$$
______$$$__$$__$$$______________$$$$
___________$$____$_______________$
____________$$____$______________$
_____________$$___$$$__________$$
_______________$$$_$$$$$$_$$$$$
________________$$____$$_$$$$$
_______________$$$$$___$$$$$$$$$$
_______________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
_______________$$_$$$$$$$$$$$$$$__$$
_______________$$__$$$$$$$$$$$___$_$
______________$$$__$___$$$______$$$$
______________$$$_$__________$$_$$$$
______________$$$$$_________$$$$_$_$
_______________$$$$__________$$$__$$
_____$$$$_________$________________$
___$$$___$$______$$$_____________$$
__$___$$__$$_____$__$$$_____$$__$$
_$$____$___$_______$$$$$$$$$$$$$
_$$_____$___$_____$$$$$_$$___$$$
_$$_____$___$___$$$$____$____$$
__$_____$$__$$$$$$$____$$_$$$$$
__$$_____$___$_$$_____$__$__$$$$$$$$$$$$
___$_____$$__$_$_____$_$$$__$$__$______$$$
____$$_________$___$$_$___$$__$$_________$
_____$$_$$$$___$__$$__$__________________$
______$$____$__$$$____$__________________$
_______$____$__$_______$$______________$$
_______$$$$_$$$_________$$$$$$$__$$$$$$
__________$$$_________________$$$$$




````````````````````````````````00
`````````````````````````````1¶¶¶¶¶¶¶
````````````````````````````¶¶111111¶¶```01¶¶¶¶¶¶
````````0``````````````````¶¶11111111¶¶¶¶¶¶10```¶¶
``````¶¶¶¶¶¶¶10```````````¶¶1111111111¶¶````````0¶
`````¶¶````01¶¶¶¶0`11¶¶¶¶¶¶11111111111¶¶11```````¶0
````1¶`````````0¶¶¶¶¶100`1¶11111111111111¶¶¶1¶¶¶¶¶¶0
````¶¶```````````````````0¶1111111¶11111111¶¶111111¶¶
````¶1````````````````````¶¶111111¶111111111¶¶11111¶¶
````¶¶````````````````````0¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111111¶1111111¶¶
````0¶¶0`````````````````````01100`0¶¶¶¶¶1¶¶111111¶¶
````¶¶0``````````````````````````````011¶¶1111111¶¶
```¶¶0```````````````````````````````````¶¶¶111¶¶¶¶
``0¶1`````````````````````````````````````0¶¶¶¶100¶¶
``¶¶``````````````````````````````````````````````1¶1
``¶1```````````````````````````````````````````````¶¶
`0¶0```````````````````````````````````````````````0¶0
``¶0````````````````````````````````````````````````¶¶0
``¶1`````````010````````````````````````````````0¶¶¶¶¶1
¶¶¶¶1¶¶0````0¶¶¶0`````````````````````1¶¶0``````````¶¶
``0¶0````````¶¶¶0`````````````````````¶¶¶¶``````````¶1
```¶¶`````````0``````````011110```````1¶¶````````01¶¶11
`1¶¶¶¶¶``````````````````¶0``0¶````````````````````¶¶
1¶¶¶1¶¶``0``00```````````011110`````````111110`000¶¶¶¶¶
¶1011¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1`````````````````````¶¶10001¶¶1¶¶¶¶¶¶¶
101¶¶10¶¶```````¶¶¶¶¶¶¶10````````11¶¶¶¶````````¶¶101101
01¶111¶¶`````````¶11111¶¶¶¶0``1¶¶¶¶¶¶¶0`````````¶000010
110011¶0``````0`1¶11111111¶¶¶¶¶1111111¶100``````¶10¶101
1101¶0¶¶````0¶¶¶¶1111111111111111111111¶¶¶¶0``0¶¶101111
¶¶01¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11111111111111111111111111111¶¶¶¶1¶¶01¶¶1
000001¶111111111111111111111111111111111111111111¶101¶0
¶¶¶¶¶¶¶111111111111111111111111111111111111111111¶¶¶110
¶¶¶¶11¶11111111111111111111111111111111111111111¶¶01¶¶¶
000¶10¶¶1111111111111111111111111111111111111111¶10001¶
¶¶1¶¶10¶¶11111111111111111111111111111111111111¶¶0100¶¶
1100¶¶¶1¶¶111111111111111111111111111111111111¶10000¶¶¶
````¶¶111¶¶¶11111111111111111111111111111111¶¶¶111¶¶¶00
````¶¶00001¶¶¶11111111111111111111111111111¶¶111¶11¶0
````0¶¶00¶¶¶11¶¶1111111111111111111111111¶¶¶¶00001¶1
`````0¶¶¶¶`````1¶¶¶1111111111111111111¶¶¶0``1¶¶1¶¶0
```````¶¶````````1¶¶¶111111111111111¶¶¶0``````¶¶
```````1¶``````````0¶¶¶11111111111¶¶¶0````````0¶
````````¶1````````````1¶¶111111¶¶¶1```````````0¶
````````0¶¶10````````````1¶11¶¶0`````````````0¶1
``````````01¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶0



´´´´´´´¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´
´´´´´´¶¶´´´´¶¶¶¶¶´´¶¶¶¶´¶¶¶¶´´
´´´´´´¶´´´´´´´´´´¶¶¶¶´¶¶´´´´¶´
´´´´´´¶´´´´´´´´´´¶´¶¶¶¶¶¶´´´¶´
´´´´´¶´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶´´´¶¶¶¶¶´
´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶´
´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶´´
´¶¶¶´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´¶´´
´´´¶´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´¶´´
´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´¶´´
´´¶¶¶´´´´´´´´´¶¶¶´´´´¶¶´´´¶¶´´
´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶´´
´´´´´´´¶¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶¶´´´´
´´´¶¶¶¶¶´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´
´´´¶´´´´¶¶¶¶¶´´´´¶¶¶¶´´´¶´´´´´
´´´¶´´´´¶¶¶´¶¶¶¶¶¶¶¶´´´¶¶¶´´´´
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´¶¶¶¶¶´´´¶¶´´
´´¶´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´¶´´
´¶´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´¶´´
´´¶´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´¶´´
´´¶¶´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´
´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶´´´´´


________________0000000000000000
_____________000________________0000
_________000_________________________00
_______00_______________________________0
_____00________000000_______000000________0
___00_____0000000000000___000000000000_____00
__0_____0000________________________0000_____0
_0___________________________000000___________0
0__________________________00______00__________0
0___________000000________00__0000__00_________0
0________000000000000_____00_000000_00_________0
0_________________________00_000000_00_________0
0_________________________00__0000__00_________0
0__________________________00______00__________0
0____________________________000000____________0
_0_________________________________00_____00__0
__0___________000_________________0__0___0__0
___0____________0000______________0__0__0__0
_____0____________0000000_________0__0_0__0
_______00_________________________0___0___00000
_________000_____________________0000000___0__0
_____________000________________0_______0__0__0
________________000000000000000_00__0000_00_0

































































































     Benda ni popular di seantero Malaysia sekarang, ye tak? Ramai yang tahu buat, segelintir saja tak tahu buat... Kasihan mereka. Contoh paling dekat saya sendiri! Saya telahpun buat pengakuan dalam entri sebelum ini... Kalau nak tahu, sila lah tekan SINI!! Terima kasih diucapkan kepada Cik Aimi Wardina kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan proses penciplakan Cik Yam! Arigatou gozaimasu!

* kawaii = comel
* kirei = cantik
* arigatou gozaimasu = terima kasih

Friday, April 20, 2012

Origami kawaii!!


     Hari ini, saya Cik Yam nak ajar buat origami yang senang sangat dan senang diikuti dan dipelajari... Sebenarnya ajar origami ni sebab tak ada kerja... Oh, buat pengetahuan awak semua, kawan Cik Yam, Cik Aiman dah tukar link blog dia, daripada www.suistekanbuka.blogspot.com kepada www.garage-of-good.blogspot.com! Kalau terbuka hati nak buka, tekan SINI!!! Wakaka! Ok, yang ni tak ada kaitan langsung dengan topik. Saja nak promote blog dia bagi ramai follower. Kan saya kawan yang baik! Wakaka!

     Okay, Cik Yam nak mula mengajar ni. Jadi, sila tengok baik - baik step demi step ye! Kalau tertinggal satu step pun tak jadi lah origami awak semua nanti. Cacat tahu? Okay murid - murid, sila ambil tempat masing - masing kerana cikgu nak mula mengajar dah ni!



     Senang je nak buat. Enam langkah dan anda dapat hasilnya! Hari ini saya buat arnab kawaii! Yang Bahasa Jepun tu awak abaikan je... Ikut je arrow dia tu. Dapat juga hasil yang sama... Bagi yang faham apa yang ditulis tu macam saya (ehem ehem! Berlagak pula) kalau nak baca bacalah! Kalau tak nak tak apa.

* Kawaii (かわいい) = Comel
* Arnab = Usagi (うさぎ)

Thursday, April 19, 2012

Teddy Bear

.,%%%%%,.          ..,,,,...
          .%%%;%;%;%;%,   .,%%%%%%%,%%%%%%,.     .,,,,.
          %%%;a@@@@@a;;,%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%,;%%;%;%;%%,
          %%%;@@@@@@a;,%%%%%%%%%%%%%%,%%%%%%%%%%;a@@@@a;%%%
          `%%%;@@@a;,%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%;a@@@@;%%%
            `%%%;;,%%%%%%%%%%%%%% .%%%,%% .%%%%%%%;a@@;%%%'
               ```%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%;%%%%'
                 %%%%%%%%%%%%%%%%%%%'   #`%%%%%%%%%%'
                 %%%%%%%%%%%%%%%%%%%,.  .,%%%%%%%%%%
                 %%%%%%%%%%%%%%%;a@@@@a;a@@@a;%%%%%%
                 `%%%%%%%%%%%;a@@@a@@@@a;a@@a@a;%%%'
                  `%%%%%%%%%;@@@a@@@a@@@;a@a@a@;%%'    ..,,.
             ,sSSSSSs`%%%%%%%;@@@@@@@@@;a@@@@@;%'  .,%%%,;;;;,
           .S@S;;;;;SSs %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%' .,%%%%%%,;;;;;;,
           S@@SSss;;;;sSs,s@SSSS@,sSSSSSSSSs,.%%%%%%%%%%%,;;;;;;,
           `S@@SSSSSSs;;Ss@@SSSS@@sSs;;;;;;S@s,%%%%%%%%%%%,;;;;;;
           .S@@SSSSSSSSSSs@@SSSS@@sSSSSSs;;;@@S,%%%%%%%%%%%%,;;;'
           S@@SSSSSSSSSSS'`@SSSS@s`SSSSSSSSs@S',%%%%%%%%%%%%%%'
          %`S@SSSSSSSSS'.SSSssssSSS`SSSSSSS@S'%%,%%%%%%%%%%'
        .%%%%,""""""%%.sSSSSS^SSSSSs%`SSSSSS'%%%%,%%%%%'
      .%%%%%%%%%%%%.sSSSSSSS'.sSSSSS,%%"""",%%%%%%,%'
     .%%%%%%%%%%%.sSSSSSSSS'.SSSSSSSS,%%%%%%%%%%%%%.
    .%.%.%.%.%.%.SSSSSSSSS',SSSS^SSSSS,%,%%%%%%%%%%%
    %;;;;;;;;;%,SSSSS^SSSS,,SSS',SSSS'%%%%%%%%%%%%%%,
    ;;;;;;;;;;;,SSSS'%`SS';%`S'%,SS'%%%%%,%%%%%%%%%%%
     `;;;;;;;;'%`SS'%%,S'%%%%,%,S'%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
              %%%`S,%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%,%%%%%%%%%%%'
              ;%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
             .%`%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%,%%%%%%%%%%%'%
             %%%`%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%'%%%.
            ;%%%%%`%%%%%%%%%%%%%%%%,%%%%%%%%%'%%%%%%%.
            %%%%%%%;%:%:%:%:%%%'`%%:%:%:%:%:%%%%%%%%%%,
            %%%%%%%%%%%%%%%%%%%. `%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%,
            %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%   `%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%,
            %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%.    `%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%,
            %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%      `%%%%%%%%%%,%%%,%%%,%%%,
            %%%%%%%%,%%%,%%%,%%,%.       `%%%%%,;;;;;;;;;;;;;,%,
            `%%%%,;;;;;;;;;;;;;;,%        `%%,;;;;;;;;;;;;;;;;;;
             `%,;;;;;;;;;;;;;;;;;;         `;;;;;;;;;;;;;;;;;;;'
              `%;;;;;;;;;;;;;;;;;'           `;;;;;;;;;;;;;;;'
                `;;;;;;;;;;;;;;'                '''''''''''
 
 
     Macam mana, cantik tak? Miss A buat? Wakaka, jawapannya NO. Saya tidak buat teddy bear ni... Saya tak tahu pun macam mana nak buat benda ni. Cuma tahunya copy paste je. Dari blog Natasya Naslin. Siapa kenal dia ni? Sila angkat tangan! Wakaka! Siapa buat tu, fikir - fikirkanlah selogiknya... Buat penat urat je nak angkat tangan tu, bukan saya nampak pun... Wakaka! Buat pengetahuan awak semua, Cik Natasya ni blogger lah! Wakaka!
     Ok, ini je lah yang saya nak post.

Wednesday, April 18, 2012

Untidy Library!

     Salam sejahtera kepada anda semua yang membuka blog girly saya ni! Seperti yang telah saya nyatakan dalam post title, hari ini saya nak kongsi kepada anda semua tentang 'Untidy Library!'. Bagi yang tidak berapa tahu, untidy library bermaksud perpustakaan yang tidak kemas. Hari ini, seperti biasa, saya menghadiri ko-kurikulum di sekolah. Maklumlah, saya kan budak terlampau baik, tak mahu ponteng- ponteng! Wakaka! Nampak sangat perasan yang teramat sangat! 

     Rutin hari Rabu petang, 1430 bermulalah ko-kurikulum. Dan biasanya mula dari 1430 hingga 1615 dan bersambung semula 1615 hingga 1730. Kalau tak tahu apa nombor - nombor tu sila tanya pakar. Wakaka! Waktu rehat 15 minit. Kelab saya mula 1300 dan habis 1400. Jadi, semasa orang lain pergi kelab, saya duduk termenung atau bersiar - siar dalam kawasan sekolah. Memandangkan saya menumpang kereta Cik Dayang, saya pun nak tak nak terpaksa juga ikut dia pergi kelabnya. Nasib baik kelab dia dalam PSS. Tahu tak PSS tu apa? Kalau tak tahu, PSS tu perpustakaan. Jadi, saya pun pergilah naik perpustakaan dengan Dayang. Sebenarnya, sebelum naik, Cik Aiman ada ajak saya pergi bersiar - siar dalam kawasan sekolah. Sebenarnya saya nak ikut, tapi memandangkan mak dia ambil pada 1700, saya pun dengan berat hati menolak... Waaaa, sayangnya!
     Dan bila dah naik tu, takkan saya nak join kelab mereka pula, sebab kalau saya join pun, BORING sebab saya takkan faham walau satu apa pun! Saya bukan sebahagian dari mereka! Eh, dari ke daripada? Wakaka! So, atas sebab boring, saya pun mahu membaca buku yang ada di situ. Tapi, bila sampai di rak - rak, saya telah menyaksikan fenomena biasa yang seringkali, kerapkali atau acapkali berlaku dalam sesebuah perpustakaan. Miss A tengok buku - buku di situ semuanya berselerak! Berselerak sangat! Sangat - sangat!
     Jadi, sebagai seorang pengawas pusat sumber yang baik, saya pun dengan baik hatinya telah menngemas seluruh buku - buku yang ada dalam PSS. Wah, rajinnya! Tak susah sangat pun, letak buku - buku tu di rak berlabel yang betul, dan susun bagi kemas dan tersusun bagi sejuk je mata memandang. Wah, rajinnya Miss A ni! Wakaka! Perasannya! Alah, bukan buat bagi nampak tersusun rapi sangat pun, tapi cukuplah nampak straight kan? Miss A kemas semua buku - buku tu bermula 1630 hingga 1730! Wah, cuba bayangkan, saya telah berjaya mengemas semua buku - buku yang ada terlampaulah banyaknya dalam masa 1 jam!
     Semasa sedang kemas - kemas tu, saya ada terfikir, 'Budak - budak ni rabun ke apa? Tak nampak ke label yang tertera pada setiap rak? Letak buku suka hati dia je, macam sekolah ni bapak kau punya! Kau kalau nak harap kat pengawas PSS, kau janganlah! Nama je pangawas PSS, kerja langsung tak buat! Macam makan gaji buta je. Cuma tak ada gaji.'
     Okie, Miss A rasa Miss A nak berhenti. Dah panjang dah bebelan hari ini kan? Okay, bye. Sayounara.

Tuesday, April 17, 2012

A gift

     Dalam tajuk entri hari ini, telahpun dinyatakan yang saya, Miss A dengan sukacitanya telahpun menerima pemberian daripada adik lelaki saya. Sebenarnya nak cakap benda tu hadiah, tapi saya rasa tak tepat sangat, jadi saya pun tukarlah menjadi suatu pemberian. Miss A rasa itulah pemberian yang paling disukai pada akhir tahun lepas hingga tahun ini. Tak tahulah kalau boleh dikekalkan untuk terus minat dengan benda tu sampai akhir tahun! Wakaka!
     Pemberian itu telah saya terima dengan hati yang sungguh sukacita (betul ke ayat tu?) Pemberian itu telah saya terima pada 1815 semalam! Wah, bangganya! Excitednya! Sukanya! Nyanyanya! Banyaknya nya! Ok, stop dululah. Nak tahu tak apa benda yang berjaya melt my stone heart? Nak ke? Betul ke? Okay, sebagai seorang insan yang baik hati (wek), saya pun dengan murah hati nak beritahu.
     Miss A dapat MAINAN LEGO! Wakaka! Waaaaaaaaaaaa, suka gila lah! Macam nak gila bila dapat mainan tu! Ish, betik ke Miss A yang dah besar panjang tu main mainan LEGO yang budak 5 tahun main? Kalau tak percaya, datang rumah, tengok. Nanti Miss A bawa mainan tu. Mainan ni bukan yang set yang blok - blok yang suruh kita bina sesuatu tu. Yang ni kena pasang - pasang. Lego yang blok tu pun kena pasang kan? Yelah, tapi yang ni lain, dia memang kena pasang juga, tapi dia ni ada bentuk. Alah, nak senang saya tunjuk je lah LEGO kesayangan saya tu.

Inilah lego yang adik Miss A bagi! Sebiji macam yang ni! Bangganya!


     Oh adik. Terima kasih kakakmu ucapkan. Wakaka! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, sukanya! Bangganya! Sukanya! Bangganya! Sukanya! Bangganya! Ok, dahlah tu... Suudahlah sudah, biarku pergi. Wakaka! Over reacted pula dia ni. Tak pasal - pasal masuk HB pula. Okay, bye! Dah tak ada apa nak cakap lagi dah. Jumpa lagi. Sayounara!

*HB = Hospital Bahagia
*Nama asal Lego tu Jawblade. Miss A bagi nama dia Lego. Jawblade tu ganas sangat!
*Semalam bawa Lego tidur sama - sama! Wakaka! Ok, tipu je. Belum tahap kronik lagi!

Sunday, April 15, 2012

Watching tv

     Ini sebenarnya entri orang boring tak ada  kerja nak buat. Jadi, yang berminat nak baca, dipersilakan baca. Yang tak berminat, kalau nak baca dipersilakan, tapi kalau tak nak boleh tekan butang X ye! Wakaka! Ok, jadi sekarang ni saya sedang menonton TV. Untuk pengetahuan khas awak semua, menonton TV adalah hobi saya yang kedua terbesar. Yang pertama dah berjaya dirangkul oleh TIDUR!
     Pada pukul 1130 tadi, saya baru saja menonton cerita yang bertajuk Victorious! Pada pandangan mata saya, cerita tu best tahu! Wakaka! Lawak! Tapi, memang dah banyak cerita macam tu di Amerika kan? Yang ni antara yang saya suka tengok (walaupun baru FIRST time!)! Wakaka! Cerita ni terbitan Nickelodeon! Aaaaaaaaa, I love Nickelodeon! Nampak sangat tak matang.





     Artis yang membintangi cerita ini yang saya ingat cuma Victoria Justice. Je. Orang lain saya tak ingat! Teruknya. Siapa yang tak tengok lagi cerita tu lagi, sila lah buka youtube dan CUBA search cerita ni. Kalau tak ada, pandai pandailah cari sendiri! Wakaka! Miss A nak cakap sikitlah kan, alah sikit je tak banyak pun, enam patah perkataan je. Kenapa tak satu? Sebab Miss A tak nak. Okie (gedik), kita balik ke topik asal. RUGI KALAU TAK TENGOK CERITA TU! Mesti tengok tahu! Best sangat!

     Ok, bye! Dah tak ada apa nak cakap lagi dah : )

Saturday, April 14, 2012

Setahun lebih sudah sejak kali terakhir diri ku mengupdate

     Saya, Miss A nak meminta maaf kerana sudah lama sangat tidak update blog ini. Saya juga ingin mengucapkan maaf kepada para pembaca setia dalam blog ini. Sebenarnya, ada di sebalik tabir tentang apa yang berlaku. Semua benda yang berlaku memang ada kisah disebalik tabir kan? Kucing makan pun adajuga kisahnya yang tersendiri. Wakaka!
     Sebenarnya, panjang sangat kisahnya. Tapi, saya pendekkanlah cerita. Password blog ini telah pun dengan jayanya ku lupai. Aik? Panjang sangat ke? Setakat nak cakap lupa password pun susah sangat? Eh, memang susah tahu? Yang susah tu nak membina ayat. Kan senang kalau cakap, 'sebenarnya Miss A terlupa password'? Memanglah senang, tapi sebagai seorang yang budiman dan mementingkan penjagaan hati dan jiwa bakul serta batin, Miss A mengalami kesukaran untuk membina ayat. Awak semua apa tahu? Baca saja (marah 1 detik)!
     Sebagai entri pertama tahun ini, saya, Miss A tak nak post panjang - panjang sebab Miss A dilanda bencana malas yang kronik dan perlu dibina semula supaya menjadi rajin. Untuk tahun ini, cita - cita saya dah bertukar! Wakaka! Dengan bangganya saya bercakap. Saya dah tak nak jadi penulis macam Ain Maisarah macam yang saya tulis dalam entri HARI ITU. Sebab saya baru tahu yang saya tak minat menulis panjang - panjang dan senang melanda penyakit BORING dan MALAS! Jadi, saya dengan rasminya mahu menyatakan apa saya nak jadi bila besar nanti (macam budak kecil pula). Bila besar nanti, saya masih belum putuskan nak jadi apa! Waaaaa, tolong saya cari apa saya sesuai jadi! Sikap saya menunjukkan yang saya tersangat - sangat sesuai menjadi PENGANGGUR! Oh, tidak! Tak mahu jadi PENGANGGUR! Nak kerja elok - elok!
     Dah bercerita panjang mengenai cita- cita ni, lupa pula nak bercerita di sebalik tabir macam mana dapat password ni balik! Sebenarnya, kisahnya berlaku tak ingat bila tarikh dan hari. Well, Miss A kan handal dan hebat dalam menggali komputer dalam proses mencari sesuatu maklumat! Tak tahu ke? Ish ish ish, sedih sungguh diriku, (sob sob) mengenang nasib ini! Hah! Mula lah tu, menggedik tentu pasal! Mengada - ngada betul!
     Hello, Miss A! Tadi kata tak nak tulis panjang - panjang, ini boleh pula buat panjang - panjang? Ye tak ye juga, kenapa Miss A suka sangat membebel sampai tak sedar objektif sebenar. Okaylah, Bye! See you soon!