Wednesday, May 30, 2012

Check this out guys! (perempuan only)

     Hey, can I start to use English from now on? Wahaha, love you guys! Ok, now for the topic, I didn't really care if men wants to read this entry. Well, this entry isn't so PRIVATE because today I want to talk about SHOES! Believe me, it is shoes that I want to talk for! Not men's shoes, it is for GIRLSSSSSSSSS!!!

     Well, if you guys (men) wants to buy this for your girl or maybe your fiance or your LOVELY wife or for your daughter it is okay then! Wahaha, but girls, you have to trust me, this shoes is really MODERN and you know what, this is for the FIRST TIME that I ever be in love with shoes! Well, before this, what I think is those shoes is so ORDINARY!!! 
I know I'm a sadistic type... So, don't tell me that okay -_- 

     Okay, this is the shoe that makes me CRAZY! Take a look at this picture;


     The name is I don't know. Well, this is some kind of sneakers+high heels but more to the sneakers. Well, I got this picture from one blogger. She's from Berlin and now lives in London. If you're interested to go to her blog, PRESS HERE!!! And, if you're interested in buying these shoes, PRESS HERE!!! 
thisisaconfession: Actually, I don't know if there are some more websites that sells this item... and you know what, I am a really PEMALAS type so, my research is not to deep! Hehe = > *cute face*
     Ok, that's all for now. See you.. Tata titi tutu tete toto!

Tuesday, May 29, 2012

Rhymes

All ends with ELLA...

There's a girl named BELLA




Her favourite show is TelenovELLA




She watches Telenovella in Astro BELLA



She likes ELLA



Her favourite character is CruELLA



Her favourite cartoon is CinderELLA


She has a sister named DrizELLA



Most of all, she likes her umbrELLA!


     Ok, bye.
notakakiayam: Hari ini, tak ada nota kaki ayam!

MINTA PERHATIAN!!!


Twinkle twinkle little star,
how i wonder what u are,
up above the world so high,
like a diamond in the sky...

Sunday, May 27, 2012

Thomas and Friends theme song!

     Hari ini saya mahu menjadi budak kecil! Jadi, jangan tanya apa-apa. Sebarang persoalan dan syak wasangka sama sekali tidak akan dilayan. Wakaka! Jadi, yang tak nak tengok ataupun baca, saya akan teruskan dengan agenda hari ini. Wakaka! Agendalah sangat!

They're two they're four they're six they're eight,
shunting trucks and hauling freight,
red and green and brown and blue,
they're the really useful crew.

All with different roles to play,
round tidmouth sheds or far away,
down the hills and round the bends,
Thomas and his friends.

Thomas, he's the cheeky one,
James, is vain but lots of fun,
Percy, pulls the mail on time,
Gordon, thunders down the line,
Emily, really knows her stuff,
Henry, toots and huffs and puffs,
Edward, wants to help and share,
Toby, well let's say, he's square.

They're two they're four they're six they're eight,
shunting trucks and hauling freight,
red and green and brown and blue,
they're the really useful crew.

All with different roles to play,
round tidmouth sheds or far away,
down the hills and round the bends,
Thomas and his friends...

     Ok, tamat sudah pembelajaran kita mengenai lagu Thomas and Friends! Sebut yeay berkali-kali kalau suka! Tak perlu cakap apa-apa kalau tak suka! Wakaka! Ok, sebelum saya mengundurkan diri ini [cewah ayat!], saya macam biasa nak bagi awak semua tengok gambar sebagai kenang-kenangan awak semua! Wakaka! Ok, bye.


Ini MUNGKIN logo rasmi Thomas and friends


Muka comel masin-masing. Comel ke? Saya tengok tak comel pun : )


Ada budak nak tempah kek hari jadi Thomas? Sila ke nombor ini - 012-3456789

notakakiayam: Bagaimana dengan cuti sekolah sekolah kali ini? Saya agak ramai yang cakap BORING! Tapi, itu tidak berlaku pada diri saya... Wehehe.
notakakiayam2: Kalau nak dengar lagu Thomas and Friends macam mana [untuk orang yang dah ingat-ingat lupa atau nak refresh] boleh tekan Thomas and Friends!!!

Sokushinbutsu



     Hai, rindu tak? Ok, dalam topik hari ini, saya nak bincang tentang 'Sokushinbutsu' (そくしんぶつ). Tahu tak apa 'Sokushinbutsu'? Kalau tahu, sila duduk diam-diam dan baca. Wakaka! Yang tak tahu tu boleh teka-teki lah... Saya bagi satu gambar untuk awak cuba teka-teki.


Nak nampak lebih jelas muka dia? Tengok gambar bawah : )

 
'Wehehe! Saya comel'

     Huhu, ngerinya gambar... Itulah pengamal 'sokushinbutsu'! Sokushinbutsu ialah kegiatan mengawet diri sendiri... Nama proses tu 'mummification' dalam Bahasa Inggerisnya. Kalau dalam Bahasa Melayu, saya rasa pemumiaan kot, sebab saya tak berapa pandai dalam penterjemahan. Hehe. Sokushinbutsu ni diamalkan oleh para Sami Buddha ataupun paderi-paderi di Jepun. 

     Nak mengawet diri sendiri ataupun kita panggil bunuh diri sendiri kalau ikut amalan 'sokushinbutsu' ada beberapa cara:

Makan hanya kekacang dan biji benih-biji benih sekalian untuk 1000 hari! Ini untuk menyekat kemasukan lemak [supaya senang mati kot].
Selepas tamat 1000 hari pertama, makan hanya kulit pokok dan minum teh getah pokok Urushi yang ternyata poisonous selama 1000 hari lagi. Ini menyebabkan muntah-muntah maybe muntah darah dan kehilangan air yang sangat kerap dan menyebabkan sami/paderi semua tu rasa macam nak mati. Hehe.
Selepas tamat tempoh 1000 hari kedua, orang yang bersedia nak mati tu akan masuk dalam satu lubang yang dibina khas untuk diorang dan selepas masuk tu, lubang tu akan disimen dan hanya diletakkan satu lubang kecil untuk pernafasan. 
Dalam lubang tu ada juga disediakan satu loceng untuk orang nak mati tu bunyikan setiap hari untuk orang luar tahu yang dia masih hidup. 
Andai kata kalau satu hari tu orang nak mati tu tak bunyikan loceng dia, maksudnya, dia dah mati.
Selepas orang luar tahu yang orang kena tanam tu mati, diorang mula tutup semua lubang yang terbuka.
     And, tamatlah riwayat seseorang pengamal 'sokushinbutsu'. Kan kejam perbuatan ni? Ish ish ish, macam mana tok sami dan pederi semua tu boleh ikut amalan tu.... Sekarang ni kerajaan Jepun dah pun haramkan amalan 'sokushinbutsu' sebab amalan tu dianggap terlalu kejam! 

     Ok, bye.

Friday, May 25, 2012

Ayu is making me CRAZY!!!

     Yohoho! Apa khabar semua? Sihat? Belum makan? Wakaka! Ok, first of all, saya nak tanya satu soalan penting lagi penting, awak semua tahu ke siapakah gerangan Ayu yang saya tulis tu? Hahaha, sebelum saya jawab, meh saya tolong bagi sedikit klu untuk awak cuba jawab. [I'm in a kejam mood]

Gambar profile picture! Ahaha!

     Ok, ni memang gambar profile saya. Kantoi sudah! Wakaka! Tapi ini memang gambar Ayu yang saya nak cakap.. Bukannya Are you ataupun Ayu nama orang ataupun I/You ok. Kalau awak tak kenal, well, seantero dunia dah kenal dia, and faham-faham sahajalah! [mood kejam kembali mengganas]
Nama diberi Ayumi Hamasaki. 
Japanese [dah terang terangan nama tu nama orang Jepun-_-]. 
Nama popular dia Ayu!
Seorang pelakon, penyanyi, model, produser dan penulis lirik. Tapi yang saya tengok kerjaya dia ni lebih kepada penyanyi. [suara dia comel... Love it!]
Digelar Ratu Pop di Jepun! [Kalau negara kita kan ada Ella] 
Sudah berkahwin dengan seorang Austrian yang bernama Manuel Scwartz yang merupakan seorang pelakon dan model. 

Manuel Scwartz. Adakah dia ni hensem?

Nak tahu lebih lanjut tentang Ayumi Hamasaki, tekan SINI

     Ok, bye...
notakakiayam: Sedang mendengar lagu M karya Ayumi Hamasaki! Bawah ni saya letak dua gambar Ayumi Hamasaki untuk tatapan berjam-jam awak! Selamat merabunkan mata...


notakakiayam2: I can't even resist myself from doing the editing work on my blog... Do you think I would change my cita-cita from a translator for Japanese Language to a blog designer? Or maybe the design things?

BellaJane First Giveaway

Klik banner untuk ke tempat organiser


     Siapa kena tag:

notakakiayam: Tengok semua orang yang ditag, semuanya perempuan kan? Wakaka! Sebenarnya, saya nak tag beberapa orang lagi, cuma hajat tak dibenarkan untuk sampai.. Sebab, saya dalam mood malas teramat sangag sekarang! 
     Ok, bye!

PENGUMUMAN!!!


Ini sticky post yang akan bertahan sehingga 5/27/2012


     Ok, hari ni, dengan bangganya dan setelah berfikir cook-cook semalaman semasa saya mengalami insomnia, saya bercadang nak menukar URL blog! Sebenarnya, semasa saya memuhasabah diri [yelah tu], saya terfikir yang nama 'chickedis' tu terlampau GEDIK! Nampak terlalu kebudak-budakan sangat-sangat!

     Jadi, saya nak tukar URL tu kepada nama yang lebih matang dan boleh digunakan sampai bila-bila... Secara rasminya, saya nak tukar daripada www.chickedis.blogspot.com kepada www.kazeyuko.blogspot.com. Haaa, kan lebih sedap didengar... Tak macam dulu, gedik melampau sahaja! Wakaka! Ok, maksud perkataan 'kaze' (かぜ) ialah angin. Manakala 'yuko' (ゆこ) bermaksud yuko! Wakaka! Yuko sebenarnya tak ada maksud tersurat dan tersirat pun.

     Apabila digabungkan perkataan 'kazeyuko' (かぜゆこ), maksudnya angin yuko lah kan? Wakaka! Tak apa, tak kisah.. Asalkan tuan empunya happy dan orang lain pun tak tension tengok betapa gediknya URL blog saya! 

     Mulai lusa, pada hari Ahad, 5/27/2012, saya akan mula merasmikan URL blog saya! tak boleh lama-lama, nanti dikebas orang pula nama tu! Kempunan saya... Dah sedap-sedap perah otak punya lama sehingga insomnia, tiba-tiba dikebas orang TAK BERTANGGUNGJAWAB! Sadis kan!
notakakiayam: Nampaknya perlu edit header lagi! Waaa, tak suka! Tak apa, sikit sahaja.. Gambar starfish tu dikekalkan

Thursday, May 24, 2012

Skill yang ada pada seseorang penjual nasi lemak

     Hoho, ni kenapa tiba-tiba sahaja nak tulis entri mengenai nasi lemak ni? Hihi, sebenarnya, tadi saya baru lepas makan nasi lemak. Semasa sedang makan tu, tiba-tiba idea menjelma.. Di samping tak tahu nak tulis apa untuk hari ini!

     So, ini sebahagian tips yang perlu ada pada seseorang penjual nasi lemak. Mana tahu satu hari nanti awak nak jadi penjual nasi lemak ke. Hehe. Yang sedang menganggur makan anggur sahaja di rumah tu kalau nak jadi  penjual nasi lemak dipersilakan! 


     Selain menanam anggur untuk mengisi masa lapang, kita boleh juga menjual nasi lemak... Antara tips yang dapat saya berikan ialah:

Pandai memasak khususnya nasi lemak
Yang ini paling penting. kalau tak pandai masak tu, jual lah benda lain ye.. Haha. Banyak lagi benda yang boleh dijual kan? Ada karipap, kuih ketayap, kuih rengas, tak pun kuih raya... Haha! Kalau tak sedap, jangan harap orang nak beli. Kecuali para MATERIALISTIK sekalian.

Pandai mempromosi
Jangan nak sibuk malu-malu kalau nak menjual nasi lemak okeh. Kita ni nak cari rezeki yang halal + nak tambah duit poket + nak tambah pengalaman. Kalau kita tak pandai mempromosi, mesti orang tak nak beli. Pandang lagilah!

Ada pakej (lelaki dan perempuan)
Ini sebenarnya penting tahu! Cuba kalau kita menjual nasi lemak dengan muka berminyak dan masam mencuka sahaja.. Mana orang nak beli. Cuba ceriakan wajah tu, bukan solek tebal-tebal, setakat basuh muka tu dengan air bersih dan senyum sokmo! Orang pandang pun sejuk hati.. Yang MATERIALISTIK tu mungkin bermurah hati nak beli semua sekali.. haha! Walaupun nasi lemak tu tak sedap, sanggup dibeli tahu!

Penyabar
Mesti penyabar. Kalau tak, bisnes hancur weh! Cuba bayang kalau kita ternampak seorang penjual nasi lemak memaki hamun seorang diri, mesti kita yang nak membeli pun rasa kecut sahaja! Hilang rezeki... Penat sahaja memasak nasi lemak segelen! Kan membazir namanya.

Jangan boros semasa dapat upah!
Kalau kita dah dapat upah hasil jualan nasi lemak kita, jangan pula kita memboros! Alah, setakat nak habiskan buit beli Blackberry, I-Pod, I-Phone, dan segala macam I lagi buat apa? Lebih baik buat modal beli bahan nak buat nasi lemak! Duit lebih tu, pergi simpan dalam Bank Rakyat! Ada faedahnya juga... Tak pun simpan elok-elok dalam bank kecil! Kalau tak ada, pergi kedai dan belilah sebiji...

Bank kecil yang tersangat popular di abad ini!


     Ok, jari jemari ini dah penat menulis. So, chowkitroad dulu... Pistachio no warrior okeh!
notakakiayam: Sedang main game castleville di SINI!

Wednesday, May 23, 2012

MARI BELAJAR Bahasa Jepun (カタカナ)

     Dah merah mata tenung tulisan tu? Haha, faham tak? Kalau faham, おめでとう saya ucapkan. Yang tak tahu tu, jangan pula nak sibuk telan panadol. Selawat banyak-banyak bagi tenang hati tu, tak berkecamuk. Haih, apa la dia ni, dahlah orang tak faham, yang dia pergi baik sangat tambah penderitaan tu kenapa? Eh, janganlah marah dik, bang, kak, nek, tok, pak su, mak su, mak long, pak long. Uih, ini gaya macam nak sebut semua kaum kerabat sampai ke nenek moyang sahaja ni.. Hehe.. 

     Tulisan jepun yang saya letak pada title tu maksudnya katakana. Katakana? Ok, sebagai seorang blogger yang baik lagi tidak samggup tengok orang lain sedih dan tension sampai berkerut-kerut muka (perasan sebentar bersama Kit Kat), saya beritahu pada awak semua apa itu katakana. Katakana pada suatu masa dahulu di Jepun (habis tu dia mana lagi kan?), katakana digunakan oleh kaum lelaki dan para tok sami di Jepun. Dulu ya, sekarang dah dicampur. 

     Katakana yang sekarang ni, digunakan untuk tulis perkataan pinjaman. Biasanya daripada Bahasa Inggeris ke Katakana. Contohnya macam di bawah ni;
ピアノ = Piano
     Tulisan kedua yang saya tulis tadi pula bermaksud TAHNIAH! Aik, dah lupa yang mana satu? Pergi scroll semula keatas dan baca semula. Perasan tak yang tulisan おめでとう yang saya tulis diatas tadi macam bulat-bulat? Itu tulisan hiragana. Yang tak tahu apa benda hiragana dinasihatkan tekan SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hiragana. Ceh, ayat dah macam hos rancangan TV3 pula.. Wakaka! Ok, saya perasan lagi sekarang ni. 

     Ok, kembali ke topik asal, saya nak tunjuk pada awak semua huruf-huruf asas dalam kakatana. Kalau bagi yang lain nanti risau otak awak semua rasa macam nak pecah pula. Wakaka!

     
     Boleh baca tak? Kalau tak boleh, saya beritahu awak semua.
PERHATIAN: Baca dari kiri ke kanan oke?
Barisan atas sekali:  a,  i,  u,  e,  o
Barisan kedua:  ka,  ki,  ku,  ke,  ko
Barisan ketiga:  sa,  shi,  su,  se,  so
Barisan keempat:  ta,  chi,  tsu,  te,  to
Barisan kelima:  na,  ni,  nu,  ne,  no
Barisan keenam:  ha,  hi,  hu/fu,  he,  ho
Barisan ketujuh:  ma,  mi,  mu,  me,  mo
Barisan kelapan:  ya,  yu,  yo
Barisan kesembilan:  ra,  ri,  ru,  re,  ro
Barisan second last:  wa,  o
Barisan last sekali:  n

     Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, untuk ibu pertiwi... Hehe, tiba-tiba rasa nak menyanyi pula. Wakaka! Bukan apa, nampak tulisan Barisan yang saya tulis tadi semuanya berbaris macam ada perbarisan pula! Wakaka! Ok, dah hafal? Kalau belum sila hafal sehafal hafalnya biar tak masuk otak kanan dan kiri, keluar otak kanan dan kiri. Bye...
notakakiayam: Sedang mendengar lagu Simple Plan di youtube!

Tuesday, May 22, 2012

Header baru lagi!

     Haaa, tengok header baru saya tu. It is too pelik right?
     Hm, memang odd pun. Saya tak tahu kenapa saya buat juga ayat macam tu. Nampak macam entah apa-apa sahaja kan? Pelik pula tu! 

     Ya, saya tahu. Tak perlu cakap dan beritahu. Memang nampak feminin sangat! Bukan gambar starfish tu, tapi perkataan-perkataan yang digunakan. Memang terlalu feminin dan saya tak suka! 

     Habis tu yang sebelum-sebelum ni siap ada heart shape and tulisan berangkai bagai nak gila tu apa? Siap di'underline' lagi tu. *Marah diri sendiri* Mak saya akan cakap macam ni kalau saya cakap sesuatu tu terlalu feminin;
Habis kau tu apa?
     Dan selepas itu saya akan diam infiniti bahasa. Wakaka!

     Saya letak gambar starfish yang kirei lagi clourful tu sebab saya suka gambar starfish tu! Wakaka! Tak ada kaitan langsung kan dengan 'Stars of Victory' saya kan? Tak apa, asalkan ada perkataan 'star' dalam perkataan starfish tu, kira ok lah. Wakaka!

     Sebelum saya mengundur diri (ceh ayat dia), saya nak tunjuk pada awak semua kenang-kenangan header lama saya yang mampu bertahan selama satu/dua/tiga hari ataupun seminggu dan lebih sikit. Kalau nak tengok scroll lagi ke bawah tapi jangan sampai bawah sangat, nanti tak jumpa apa-apa pun! Wakaka! *Jangan gelak sebab ini cuma lawak bodoh dan tak lawak langsung!











     Ok, bye!
notakakiayam: Saya suka gambar starfish tu! Cantiklah! Kireidesune! So long my friend!

Monday, May 21, 2012

Lelaki VS Perempuan: Siapa lebih perasan?


     Tengok tajuk hari ini, saya rasa yang majoriti (otak saya kata semua) akan menyalahkan jantina yang lawan dengan kita. Aik, faham ke? Tak faham? Sila baca berulang kali untuk kefahaman tahap maksimum!

     Senang cerita, macam ni, lelaki akan kata; 
Perempuan of course! 
     Perempuan akan kata; 
Lelaki lah!
     Ok, sebenarnya, pernah tak awak-awak semua yang bijak pandai lagi cerdik dan celik huruf ni sedar sesuatu yang TERAMAT penting lagi PENTING! [Sila berhenti makan keropok ikan parang sekarang] 

     Aih, apa benda yang penting TERAMAT penting tu? Kalau awak ni jenis yang suka perhati, sama ada perhati pak guard tengah tidur semasa bekerja hinggalah perhatikan apa jua yang namanya 'perhati', mesti awak perasan benda ni bila ada orang mula bercakap mengenai isu (isu?) 'perasan', kalau awak perempuan, awak atau kawan awak mesti cakap macam ni;
     Lelaki ni, perasan dia lain sikit. Kalau dia tengok kita pandang dia atau senyum atau puji dia sikit, dia kata kita suka dia
     Kalau awak lelaki, awak atau kawan awak akan cakap macam ni tentang seseorang perempuan ni;
     Perempuan ni perasan dia over sikit dari kita, kalau kita puji atau pandang atau senyum-senyum pada dia, dia ingat kita suka dia 
     Tengok dialog dua-dua tu, hampir sama kan? Itulah yang sering saya dengar dan baca daripada kedua-dua belah pihak. Mana saya dapat semua tu ya? Haaaa, saya spy okay! Itu maksudnya, dua-dua sama ada lelaki ataupun perempuan, dua-dua sama perangai. Jadi, jangan nak ego overdos pula. 
     
     Sebenarnya, saya nak juga cari siapa sebenarnya yang lebih perasan, lelaki atau perempuan? masalahnya, sampai sekarang saya masih temui jalan buntu! Ada sesiapa yang tak setuju dengan topik ini dan nak marah saya, tekan SINI dulu baru kembali dan marah saya : )
notakakiayam: How's my new look? I like it and I hope that this will last without ANY editing!

Friday, May 18, 2012

MARI BELAJAR Bahasa Jepun (ひらがな)

     Hai. Hari ini, saya nak jadi seorang guru! Guru apa? Nampak tajuk tu? Guru bahasa! Sebelum saya teruskan topik, saya nak mengucapkan;
SELAMAT HARI GURU!
     Rabu lepas, secara rasminya, seluruh dunia menyambut hari guru kan? Siapa pergi sekolah hari Rabu? Siapa duduk rumah menganggur satu hari hari tu? Siapa yang pergi sekolah tu, saya nak tanya sikit boleh? Seronok tak pagi tu? Kalau tak seronok, tanamlah azam nak pergi sekolah setiap hari start tahun ini. Kenapa? Sebab, mana tahu kalau tahun depan sambutan Hari Guru tu seronok. Mana kita tahu. Ok, sempena Hari Guru hari ini, saya nak letak satu quote untuk cikgu-cikgu semua!


     Bangga tak cikgu-cikgu semua? Kalau tak bangga sila buat-buat bangga. Wakaka! Ok, hari ini saya akan menjadi seorang guru! Nak mengajar Bahasa Jepun. Kalau nak Bahasa Korea, sila buka blog lain ok. Disini hanya ada Bahasa Jepun. Kenapa saya tak buat Bahasa Korea? Kerana, saya tak minat Korea. Sorry ya peminat Korea and Kpop sekalian. Jangan boikot saya!

     Hari ini, saya akan mengajar awak semua tulisan ひらがな/hiragana. Apa tu? Hiragana ialah tulisan asas dalam Bahasa Jepun. Hiragana dulu-dulu digunakan oleh orang PEREMPUAN. Orang lelaki menggunakan katakana. Katakana? Haish, nanti lain kali saya ajar katakana pula. Selain hiragana(ひらがな) dan katakana (カタカナ), ada lagi satu tulisan yang orang Jepun gunakan. Namanya kanji (かんじ). 

     Kanji? Bukan. Bukan karbohidrat. Kanji ini sama seperti tulisan cina. Contoh;
車 = Vehicle = Kenderaan
     Ini huruf-huruf asas dalam hiragana. Belajarlah kalau nak;

あ=a      い=i      う=u      え=e      お=o

か=ka     き=ki      く=ku      け=ke      こ=ko

た=ta     ち=chi      つ=tsu      て=te      と=to

ま=ma      み=mi      む=mu      め=me      も=mo

さ=sa      し=shi      す=su      せ=se      そ=so 

は=ha      ひ=hi      ふ=hu      へ=he      ほ=ho

な=na      に=ni      ぬ=nu      ね=ne      の=no

ら=ra      り=ri      る=ru      れ=re      ろ=ro

や=ya      ゆ=yu      よ=yo      わ=wa      ん=n

     Ok, dah ingat? Dah faham? Dah tahu? Haaa, bagus, bagus. Ok, bye. 
notakakiayam: Cara nak baca tulisan-tulisan ni dari kiri ke kanan ok. Ingat!

Tuesday, May 15, 2012

Hak Ciplak Terpelihara #2

     Kali ini, kes Hak Ciplak Terpelihara adalah kes menciplak dari sebiji tumblr! Dulu kan buat entri yang menciplak dari seorang blogger! Aik, dari tumblr pun nak curi? Kalau benda tu menarik, saya ambillah! Wakaka! Siapa suruh buat benda tu menarik sangat! Kan dah kena ciplak sambil plagiat. Kali ini, orang yang kena plagiat tu bernama Pocoyo dalam Twitter. Kalau nak buka twitter dia, tekan SINI!!! Nak buka tumblr dia, tekan HERE!!! 
     Kes hari ini, nak tengok muka watak-watak Disney yang popular semasa kita kecil-kecil dahulu dan tetap menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan hinggalah sekarang ini. Kalau nak tengok, scroll kebawah lagi. Kalau taknak, cukuplah sampai disini dahulu perjuangan anda dalam cabaran hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini! Wakaka! 
     Ni kenapa pula dengan dia ni, dah gila ke. Tiba- tiba sahaja nak menggunakan bahasa puitis.
      Tak. Bukan gila. Hanya ketidakbetulan cara berfikir sahaja. Perasan tak yang orang selalu cakap otak sengal/tak betul ke yang seumpama dengannya. Sebenarnya, otak tak salah apa-apa pun! Janganlah kita salahkan otak. Otak cuma buat kerja dia untuk menggerakkan tangan, kaki dan seluruh anggota badan kita di samping mengingat benda yang kita hafal ataupun lihat. Sebenarnya, cara berfikir yang salah ye tak? Kita berfikir sebegini, beginilah jadinya. Kita berfikir sebegitu, begitulah jadinya. 
     Kan saya dah membebel tak tentu pasal! Kenapa awak biar. Sepatutnya awak tolong cakap dengan saya! (Marah)
      Kembali ke pangkal jalan dan memilih jalan yang lurus, saya nak teruskan topik perbincangan kita. Tengok gambar dibawah ni dan buat perbandingan kalau nak.


     Ok, bye!

Monday, May 14, 2012

Percaya tak?

     Percaya tak? Wah, tajuk isu hari ini memang tak HOT sangat. Sebab, saya memang tak pandai nak letak tajuk! Percaya tak? Ha, itulah intisari isu hari ini. Percaya tak bahawa saya memang tak pandai nak letak tajuk yang sesuai! Mesti semua orang fikir;
Ish! Apa pelik sangat budak ni? Letak sahajalah tajuk apa-apa pun. Apa susah! 
     Eh, sorry banyak! Tak boleh okay! Nampak tak saya tulis tu? Kalau tak nampak, saya boldkan untuk awak semua nak? Ehem ehem (kena batuk dulu sebelum memulakan apa-apa). TAK BOLEH! Kenapa tak boleh? Sebab, otak saya ni dah disetkan supaya tulis entri panjang-panjang! Wakaka! Otak saya tidak disetkan untuk tajuk dan seumpamanya yang memerlukan khidmat bakti sepatah dua kata punya ayat... Sadis sungguh kan? Wukuku!

     Ha, tengok tu. Muka saya kalau sedih. Masih comel lagi kan? Wakaka! Bukan penting sangat pun huruf tu. Ni mesti kes ketagih dengan cara gelak blog saya. Macam mana saya ketawa dalam blog? Hai, takkan tak tahu lagi, kan dah seantero dunia tahu cara gelak saya. Ok, perasan sebentar bersama KitKat. Wakaka! Inilah cara ketawa saya kalau nak tahu;
Wakaka!
     Dah baca dan renung dan ingat serta hafal? Sudah? Hm, bagus. Contohilah sikap terpuji ini ya. I Wonder kalau yang artis-artis yang buat tajuk lagu atau para penulis novel yang buat tajuk yang tak ada kaitan langsung dengan lagu dan album atau novel mereka semua tu sebab mereka tak ada idea ke apa? Hmmm, fikir, fikir dan fikir sampai pengsan lalu makan panadol. Hei, tak baik kalau macam tu! Jangan sesekali melupakan tahap kesihatan anda kerana badan yang tidak sihat akan memberi kita kebosanan yang melampaui batasan! Wakaka! Ingat!  Okay, bye!
notakakiayam: Suka tak lagu baru saya? Kalau tak suka, boleh pause. Kalau tak jumpa butang pause, boleh tutup telinga menggunakan ear plug ok.

Thursday, May 10, 2012

JL Fest 2012 #4

     Saya akan sambung menulis entri seperti yang telah dinyatakan dalam entri yang previous. Bagi sesiapa yang belum membaca entri-entri tersebut ataupun ingat-ingat lupa apa yang saya tulis, dijemput tekan 1, 2 dan 3. Kali ini, saya nak kongsi pengalaman saya dalam workshop ketiga iaitu ninjutsu! Dalam semua-semua yang saya masuk, ini yang berjaya buat saya terlampau teruja dan excited! Kenapa excited? Sebab, saya excitedlah. Wakaka! 
     Sebenarnya, sebab ninjutsu adalah salah satu martial arts yang saya nak sangat belajar! XD
     Sesiapa yang minat nak tahu pengalaman saya tentang ninjutsu dipersilakan baca. Yang tak nak tapi nak baca entri pengalaman saya dipersilakan baca juga. Tapi, yang tak nak tengok ataupun baca ataupun jeling dipersilakan tengok blog orang lain. Disebelah situ --> ada beberapa blog list kan? Hah, bolehlah awak habiskan masa terluang dengan baca apa yang ditulis mereka.
     Kalau nak sejarah ninjutsu, boleh cari di google ataupun sumber utama saya, wikipedia. Kalau nak cari di wikipedia, tekan SINI. Selepas itu, pandai-pandailah guna otak sendiri nak cari macam mana. Saya dah buat research saya juga dalam wikipedia dan hasilnya, saya tahu jugalah sedikit sebanyak yang saya mampu faham. Wakaka!
     Dalam workshop ninjutsu, saya telah mempelajari cara-cara tendangan dalam ninjutsu. Dalam ninjutsu sebenarnya banyak teknik tapi yang saya belajar cuma teknik menendang dan segalanya tentang tendang dan kaki. Semasa baru mula tu memang nampak sangat boring sebab tak tahu cara sangat. Tapi lama-lama tu seronok pula. Sebab, dah AGAK master lah juga. AGAK ya, buka master terus! Saya budak baru belajar, jadi tak mantap sangat pergerakan saya.
     Kenapa saya rasa ninjutsu tu seronok, sebab apabila cuba buat tak adalah susah sangat. Yang susah sikit tu bila time nak kena sepak orang secara statik. Kalau semasa berlari sambil sepak tu senang sikit. Nak jam kaki orang lagi senang! Saya rasa awak semua tak faham langsung apa yang saya cakap ni kan?
     Sila buka youtube kalau tak faham. Tapi yang saya belajar tak sampai ke bahagian atas badan ya. Saya cuma belajar sepak bahagian bawah badan. Harap maklum. Ini kalau untuk perempuan sesuai sangat sebab ini untuk mengelakkan diri kita daripada ditimpa sebarang musibah. Gerakan dia tak susah sangat pun. Yang mengajar group saya time tu ada tiga orang. Yang saya pelik sikit, seorang sahaja yang mengajar. Yang dua lagi cuma tolong dia kalau nak buat demo fighting. Kalau dah masa cuma ada 45 minit, apa sangat yang dapat belajar.
     Sebelum kami semua dibenarkan mencuba, dia akan tunjuk demo dulu. Mula-mula dia tunjuk seorang diri. Selepas itu, barulah dia panggil kawan dia tu untuk buat demo fighting. Masa tu baru kawan dia menonjolkan diri. Semasa kami semua buat teknik yang dia ajar, barulah kawan-kawan dia yang dua orang tu tolong tunjuk ajar sekali. Teknik yang saya belajar hari tu ada banyak, tapi yang saya ingat empat sahaja. Iaitu sepak statik yang saya sebut tadi, sepak sambil lari dan sepak sambil jam kaki orang yang sepak kita tu dan sepak serta jam sambil tangan masing-masing digenggam oleh lawan kita. Yang dua daripada teknik yang saya ingat tu orang yang buat demo datang tengok saya dan seorang kawan saya buat. Yang first tu ok, tapi yang keempat tu yang saya rasa takkan dilupakan sampai bila-bila!
     Hah, ini yang nak cerita ni, semasa orang tu buat demo jamming, kami dua orang tak nampak  sebab orang tu buat demo membelakangi saya jadi bila time orang tu suruh kami practise teknik tu, kami macam .... Dan mulalah kami gelabah. Cuba tengok orang lain buat macam mana. Orang yang mengajar tu tengok kami berdua macam susah sahaja jadi orang tu datang lagi untuk tengok kami dua orang boleh ke tak buat. Dalam tu mesti ada seorang jam sambil lari dan seorang lagi sepak. Kawan saya kata saya jam, so saya pun tolak dia dan dia sepak. Sambil tu saya cuba-cuba jam. Tapi, saya tak berapa pandai sangat sebab asyik pandang kaki sahaja. 
     Nak jam tu sebenarnya tak boleh pandang kaki. Kena pandang muka lawan kita sebenarnya. Saya pula buat yang sebaliknya. Mana tak marah!
     And, lepas tu orang tu panggil saya. Saya fikir, 'kenapa ni? Kenapa tak panggil Mira je?'. Cuaklah juga masa tu. Orang tu bawa saya tak jauh dari khemah ninjutsu pun, agak openlah juga kawasan tu. Tengah padang kan, khemah-khemah semuanya keliling padang. Jadi, memang kontroversi lah. Jangan fikir bukan-bukan sangat, kelak memakan diri. Dia nak ajar saya cara jam sahaja, bukan apa pun. Saya tak tahu dia orang apa mula-mula. Orang tu mula-mula suruh saya grab tangan dia! Dan masa tu dengan otak sengalnya saya kata 'Hah!'. Tapi dalam versi yang sungguh blur dan tak faham soalan punya muka padahal otak masa tu sedang berperang fikir 'Nak grab ke tak? Nak grab ke tak? Orang tu tak faham ke yang orang Islam tak boleh pegang kalau bukan muhrim!'
     Orang tu suruh saya grab tangan dia lagi sebab tadi kan saya cakap 'hah' macam tak faham soalan. Dan, saya ulang benda yang sama iaitu 'Hah!'. Sambil tu tangan saya dah perlahan-lahan naik sebab kalau saya tak angkat nanti dia marah pula. Tapi slow saya nak menyerahkan tangan saya! Gila ke saya nak grab tangan dia! Kalau perempuan saya tak kisah lagi, tapi ini LELAKI okay! LELAKI! Kesnya lain! Stress saya masa tu. Last-last, orang tu dah stress, dia yang grab tangan saya dan saya rasa macam nak lari sahaja masa tu! Tapi, nasib baik saya pakai inner. Jadi, okay SIKITlah! Dan lepas tu, orang tu suruh saya jam sambil dia sepak. Tapi saya kena pandang muka dia. Sebab, semasa jam memang tak boleh pandang kaki lawan kita! 
     Saya pula buat sebaliknya. Jadi, dia nak ajar cara yang betullah. Alah, tak sakit pun. Kalau sakit, dia akan disaman! 
     Dan selepas lebih kurang 10 kali men-jam sambil kurang fokus, dia lepaskan tangan saya dan kata suruh saya fokus lebih sikit dan jangan cuma 'hah' and angguk-angguk. Selepas itu, saya terus ke tempat kawan saya iaitu Mira dan tengok dia gelak-gelak! Woh, malu sangat masa tu! Tak tahu orang lain tengok ke tak masa tu! Saya tak sanggup nak pandang kanan kiri semasa orang tu mengajar saya 'personal'! Risau nanti orang tu marah sebab saya tak fokus. Saya pun tanya Mira, 'Ada orang lain lagi ke yang nampak?'. Dia gelak sahaja sambil cakap tak tahu. Saya tanya lagi,'Orang tu tak tahu ke orang Islam tak boleh pegang-pegang sesuka hati?'. Mira cakap dia bukan Islam! Sebelum tu saya ingat dia Islam sebab muka dia ada agak melayu. Mungkin Sabah atau Sarawak tapi, saya rasa dua-dua bukan sebab tak ada loghat langsung! Cina maybe?
     Ok, dahlah dulu. Bye!
notakakiayam: Sebebarnya nak pergi muhasabah diri supaya melupakan peristiwa memalukan tu ha..

Wednesday, May 9, 2012

JL Fest 2012 #3

     Salam 1 Dunia diucapkan kepada sekalian manusia yang telah berjaya membuka blog saya. Saya cakap ni macam susah sangat sahaja mahu buka! Padahal, cuma perlu tulis link. Ok, seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, saya akan mengotakannya. Hari ini saya akan bercerita tentang segmen workshop kedua saya iaitu...
HAMAGURI DOLL!!!
     Sebenarnya, bukan yang sebenar pun. Kami buat doll tu menggunakan shell ataupun nama Bahasa Melayunya cengkerang. Sebenarnya, nak buat patung tu kena guna barang lain yang saya tak tahu, tetapi yang pasti memang BUKAN SAMA SEKALI menggunakan shells. Kiranya macam yang saya buat tu kraf tangan sahaja. 
     Nak membuat benda tu memang memerlukan seni kehalusan tangan berserta kesabaran dan ketekunan. Kalau awak ni jenis panas baran atau tak ada seni kekemasan hasil kerja, tak usahlah menyusahkan diri nak buat juga. Wakaka! Kalau nak buat juga, sila berubah dahulu baru boleh buat. Sebab, kalau tak memang akan menjadi terlalu HODOH!
     Saya rasa ramai yang tak tahu apa benda Hamaguri doll tu. Hamaguri doll sebenar rupanya seperti gambar dibawah:
Klik untuk tumbesaran maksimum
     Manakala, yang saya buat ialah:
Klik untuk tumbesaran.
    Minta maaf kerana gambar diatas nampak gelap. Ini kerana saya mengambil gambar ini daripada seorang blogger. Mungkin ini hasil kerja tangan dia, and dia upload masuk dalam blog dia. 
     Semasa saya mula-mula sampai depan workshop bersama beberapa orang kawan, budak-budak dari pervious class belum habis buat. Masih dalam proses menyiapkan baju dia yang menyusahkan tu! Saya dan kawan-kawan pun tunggulah dengan penuh kesabaran (cewah), dan akhirnya mereka-mereka yang tekun tadi pun bangun dan bersedia nak pergi ke slot/workshop mereka yang seterusnya. 
     Kami semua pun masuk lalu mencari tempat duduk. Selepas duduk, orang yang nak tunjuk cara nak buat hamaguri doll tu bagi kami semua seorang satu plastik. Dalam plastik itu, terdapat bahan-bahan untuk membuat Hamaguri Doll. Saya tak berapa ingat sangat apa yang digunakan, tapi yang memang pasti dia menggunakan shells. Nama pun Shell Doll, mestilah guna shells. Syells tu mesti sepadan depan belakang, kalau tak nanti timbul isu belakang dia besar ataupun belakang dia kecil! Wakaka! 
     Kalau anda rasa nak cuba buat doll ini, sila cari 'resipi' di google ataupun mana-mana website yang awak rasa dia bagi bahan dan cara nak buat doll ini..
     Semasa dalam proses menyiapkan SEBIJI patung kecil tu, saya hanya tahu menanya kawan dan pembantu orang buat doll. Sampai dah nak siap pun, saya masih menanya lagi! Orang yang jadi pembantu tu pun naik boring dah dengan saya. Mana tak boring, dah kalau saya asyik cakap tak faham dan alih-alih macam dia yang membuat doll tu. 
     Cuma bila time menggam dan gunting sikit-sikit tu yang saya buat sendiri. Yang lipat-lipat kebanyakannya orang yang jadi pembantu orang buat doll tu yang buat. Nak melipat tu punyalah susah! Berkedut dan berkotak-kotak nampak kalau tak lipat betul-betul. Dan, itulah yang terjadi kepada doll saya. Memang nampak berkotak-kotak! Wakaka! Buruk dan hodoh sungguh! 
     Dan, doll itu telahpun saya tinggalkan di khemah ninjutsu. 
     Ada ke patut? Walaupun patung tu hodoh sekalipun, sekurang-kurangnya simpanlah dalam beg. Dan jangan keluarkan benda tu lagi. Meninggalkan patung tu sendirian di khemah ninjutsu adalah satu perbuatan yang sungguh kejam lagi tidak berperikemanusiaan! Eh, masa tinggalkan benda tu tak fikir pula ya? 
     Ok, bye.

Tuesday, May 8, 2012

JL Fest 2012 #2

     Hai, awak semua yang saya kasihi sekalian! Apa khabar orang kampung. Lama sudah tak berjumpa. Eh, yang saya menyanyi ni kenapa? Gila ke? Heh! Mulut tu jaga sikit ya. Suka hati dia sahaja nak kata orang gila! Saya tak gila lagi ok. Saya masih waras! Kalau tak waras, tak ada saya nak duduk sibukkan diri menaip dalam blog saya yang serba indah ini.. Wakaka! Perasannya saya!
     Untuk entri hari ini, saya akan menceritakan pengalaman saya semasa di JL Fest 2012! Ini sebenarnya sambungan entri pertama saya yang bertajuk JL Fest 2012. Sesiapa yang belum membaca entri itu dan berminat nak baca, boleh scroll ke bawah! Tak nak bagi link. Alah, scroll ke bawah sahaja. Bukan susah sangat pun kan? Yang mula-mula sekali saya nak cerita tentang tendon. Disebabkan tendon ialah yang pertama yang saya masuk, saya akan bercerita dahulu. Yang pertama didahulukan, yang last dilambatkan! Wakaka!
     Sebelum saya cerita lebih lanjut, kena tanya soalan cepu emas, perak dan gangsa dahulu! Ehem ehem. Tahu tak tendon tu apa? Saya bet semua orang tak tahu menahu apa benda tendon tu. Dari tadi syok sendiri cakap tendon sahaja! Orang lain tak tahu pun apa kebenda tendon tu. Sebagai blogger baik hati, saya nak kongsi ilmu pada awak semua. Tendon sebenarnya bukan benda ok! Makanan for the truth! Tendon sebenarnya singkatan dari perkataan TEMPURA + saya tak ingat. Tapi yang pasti memang tendon itu tempura. 
PERINGATAN: Tendon yang dimaksudkan ialah tempura, bukannya tendon yang ada dalam badan! Harap maklum...
     Saya rasa tak perlulah saya nak menyibukkan serta menyusahkan diri saya dengan meletak gambar tendon. Kenapa saya pergi susah-susahkan diri belajar memasak tendon sedangkan senang sangat cara nak masak? Sebab, tendon ini menggunakan sayur-sayuran! Eurgh! Mula-mula sebelum mula memasak tendon memang saya anti sangat dengan tendon sayur. Siap berkempen depan seorang budak form 2 yang masuk tendon yang sama sekolah dengan saya. Budak tu pun sokong saya juga! Wakaka! But, don't judge a tempura by it's cover!
     Walaupun tendon itu menggunakan sayur-sayuran, saya suka tempura labu! Saya rasa itu yang paling sedap yang ada dalam kesemua sayur yang dimasak! Sayur yang digunakan untuk membuat tendon ialah:
- Terung - Labu
- Keledek yang warna oren
     Yang terung tu memang saya tak sanggup nak makan sebab terung bila dimasak akan jadi lembik selembik lembiknya! tapi, terunglah yang paling senang sekali nak masak apabila menggunakan chopstick! Saya dapat peluang untuk cuba and yang saya buat terung dan labu. Tapi labu tu memang tak terangkat saya buat! Licin sangat! Keledek tu saya tak nak cuba disebabkan pengalaman dengan labu! Kira macam TRAUMA LABU lah ni! Wakaka!
     Yang saya perasan, dalam workshop tu, budak lelaki yang eager sangat nak memasak! Budak perempuan hanya duduk di tepi dan bercakap sesama sendiri ataupun lebih suka menunggu tercongok sambil makanan itu siap dan boleh dimakan! Lagipun budak lelaki dalam tu tak ramai sangat pun, jadi macam mereka sahaja yang mendominasi stove! Stovenya sebiji sahaja yang disediakan tahu! Meja ada tiga, stove ada satu sahaja! Ish ish ish! So, selepas dah goreng banyak-banyak, tibalah masa untuk makan!
     Nak makan tu, bukan makan cicah sos, tetapi dimakan dengan nasi. Serius, memang nasi dia sedap sangat! Mula-mula tu memang saya anti tak nak makan, tapi lepas rasa sikit nasi kawan, terus saya pergi ke meja yang ada letak nasi banyak-banyak dan ambil tendon-tendon yang ada. Alah, yang tiga ketul tu! Tapi, saya tak sempat habiskan makan sebab masa habis masak dan ambil nasi tu kena pergi ke workshop seterusnya. Nanti saya ceritakan lebih lanjut tentang nasib tendon tak habis saya. 
     Di sini saya ada menulis cara-cara nak buat tendon. Kalau terbuka hati nak cuba masak, boleh try guna resipi saya ini! Kalau tak jadi, salahkan diri sendiri, jangan salahkan saya. Wakaka!
Hidangan maksimum 5 orang (lebih kurang)
Bahan:
Tepung tempura/tepung biasa
Sebiji telur ayam
Sedikit air
Sotong/udang/sayur-sayuran yang saya tulis diatas tadi/makanan yang awak rasa sedap kalau buat tempura (Siap dipotong mengikut citarasa tetapi jangan potong dadu ataupun cincang halus)
Sos tempura (cari di google! Ini bukan sos biasa. Warnanya macam kicap sikit)
Nasi
Cara memasak:
1) Ambil kuali dan tuang minyak sehingga seperti 1/3 kuali.
Pengumuman: Ini menggunakan teknik deep-frying, jadi yang nak diet, dipersilakan guna minyak sedikit sahaja.
2) Sementara menunggu minyak panas, tuang tepung dengan anggaran 10 sudu makan kedalam mangkuk untuk digaul.
3) Pecahkan sebiji telur. Sambil menggaul, kita campurkan air sikit-sikit sampai adunan itu menjadi seperti adunan nak buat lempeng.
4) Campurkan sayur-sayuran yang dipotong tadi kedalam mangkuk adunan dan gaul!
5) Bila minyak dah panas, masukkan tempura tadi kedalam kuali dan masaklah!
AWAS: Jangan masuk semua sekaligus. Nanti bercantum antara satu sama lain pula.
6) Apabila warnanya sudah berubah dari putih ke kuning keemasan, angkat dan letak dalam pinggan ke apa-apa yang boleh untuk awak isi tempura dah siap tu.
7) Isi nasi dalam mengkuk kalau nak jadi macam jepun, dan isi tempura/tendon yang dah siap tadi diatas nasi dan tuang sos tempura dalam ukuran dua sudu makan keatas nasi berserta tendon/tempura dan MAKANLAH!
     Ok, bye!

Monday, May 7, 2012

JL Fest 2012

     Hai semua! Hari ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya di JL Fest! JL Fest tu apa? Haih, takkan tak tahu... (Rolling eyes) Japanese Language Festival. Ok, dah tahu kan? Hah, bagus. Boleh proceed baca entri saya. JL Fest telah berlangsung pada hari Ahad 6 Mei 2012 dan diadakan di Kuala Lumpur. Tuan rumah JL Fest masih sama macam tahun lepas, SMK (P) Jalan Ipoh.  Yalah, sekolah yang duduk di tengah-tengah bangunan tinggi-tinggi tu! Haih, takkan tak tahu. Kalau nak tahu dimana letaknya gerangan SMK (P) Jalan Ipoh, sila cari di Google Maps
     Registration mula lebih kurang pada 0930. Tapi, geng sekolah saya lambat sedikit. Kami sampai pada 0930! Woh, 15 minit lambat! Masa sampai tu, tengok orang semua berkumpul tepi padang. Kami semua pun terkocoh-kocoh jalan laju macam lipas tak kudung pergi ikut sensei kami pergi register. Sampai tempat register, terus masing-masing ambil baju dan cari tandas. Hah, buat apa dalam tandas tu? Apa lagi, tukar bajulah! Lepas tukar baju, terus sahaja kami cari tent yang ada workshop kami! And, masa tu kami split lah. Masing-masing pergi cari workshop sendiri.
     Eh sekejap! Sebelum you all proceed mambaca, you all kena tahu sesuatu dulu! Awak semua rasa macam mana saya dapat pergi? Ehem ehem, sebab saya adalah ahli kelab dan kelas Bahasa Jepun di sekolah! Yang pergi semuanya memang ahli kelab dan kelas Bahasa Jepun. Total yang pergi semuanya 24 orang.
     Mesti tak faham kan? Kata festival, tapi kenapa ada pula workshop? Mereka ni sesat ke? Pergi bengkel ke? Macam ni adik akak dan abang yang disayangi, sebelum bermula festival, kami semua iaitu para pelajar ada sesi workshop dari 0915 hingga lebih kurang 1145. Aih, lamanya! Tak lama pun. Setiap workshop 45 minit. Rehat 15 minit untuk mencari workshop seterusnya. yang kita ambil.  Setiap orang wajib ambil tiga workshop. Tapi, yang saya rasa bermain dalam kepala otak awak semua, takkan kami satu sekolah sahaja yang pergi ke festival tu? Sikit gila orang! Tak dapat sambutannya lah festival tu. Eh, sila berfikir dengan logik selogik logiknya! Takkan kami satu sekolah sahaja yang hadir! Tahu tak, murid sekolah lain dari seluruh pelosok dunia ada menghadirkan diri ke festival tu!
     Workshop yang saya masuk ialah:
1) Tendon
2) Hamaguri Doll
3) Ninjutsu
     Nak masuk workshop ini ingat sesuka hati mak bapa sahaja boleh masuk. Ada procedure tahu! Mula-mula kena register dahulu. Nak register tu mesti pergi ke laman web JL Fest. Selepas itu boleh pilih mana-mana workshop yang disukai! Kami semua iaitu budak-budak sekolah saya mula-mula diregister oleh sensei kami, selepas itu kita boleh tukar kalau tak suka. Dan saya masih mengekalkan apa yang diregister oleh sensei saya walaupun saya tak suka yang bab tendon! Kenapa? Sebab tendon menggunakan sayur!
     Haa, dah tengok kan semua workshop yang saya ambil. Nanti bila-bila yang saya rasa nak update nanti saya akan menceritakan pengalaman semua workshop yang saya masuk tu! Entri first ni memang bosan, jadi diminta abaikan sahaja ya. Jika dah baca sampai habis, sila tekan pangkah tu. Wakaka! Okay, CHOWkitroad dulu...
notakakiayam: Sebenarnya malas nak tulis lagi.. : )

Saturday, May 5, 2012

Itu pun nak bangga ke?

     Yo, awek dan abang handsome sekalian! Serta wakil penduduk yang saya kasihi! Eh, ni apasal tiba-tiba jadi gedik sangat ni? Wakaka! Saya dengan bangganya nak cakap yang saya baru tahu dan selesai membuat BLOCKQUOTE! Wakaka! Orang lain semua dah lama tahu cara nak buat benda tu, tak ada pula nak kecoh-kecoh satu kampung biar semua orang kampung tahu!
     Maklumlah, sebelum ini saya buta IT sikit! Sikit sahaja ok! Tak banyak pun... Wakaka! Tak memahami kebanyakan cara nak masukkan widget kedalam blog! Ada ke patut? Tak patut, tak patut, tak patut. Tapi sekarang dah faham! Dan sedang EAGER nak buat semua yang saya tahu.. Tapi, kena ikut kesesuaian blog juga kan? Kalau tak, semak sahaja nampak blog kita. Orang pun tak nak dah masuk! Buat migrain sahaja.. Ada juga yang saya jumpa, blog dia memang penuh dengan widget.
     Dia letak widget tu, widget ni, tak ke pening kepala dia tengok betapa serabutnya blog dia tu... Saya tak nak sebut link blog dia dan tak nak tulis pun sebab saya pun lupa link blog orang tu... Ada ramai juga yang saya jumpa.. Tapi sebaik buka dan baca sedikit, terus tekan X sebab terlalu banyak benda kena loading dan saya pun bosan tengok! Cuba contohi blog saya yang simple mimple but no pimple ni! Eleh, macam blog dia ni cantik sangat sahaja! Berlagak sungguh. Follower pun tak cecah 100++!
     Ok, kembali ke topik blockquote yang telah dipinggirkan sejak mula berbincang mengenai widget orang. Ceh, widget orang sahaja yang nak disibukkan, widget dia tu tak penuh ke? 
     Ingatan kepada diri sendiri, jangan menyombong! Cermin diri sendiri sebelum nak kata pasal orang lain!
     Hah, dah tengok blockquote saya? Tak berapa cantikkan? Saya tahu. Sekarang ini saya dalam proses pemulihan dan pembaikpulihan background blockquote saya... Ok, CHOWkitroad dulu! 

Friday, May 4, 2012

Humorous yesterday

     Hari ini dengan tak berapa bangganya I nak cerita tentang semalam. Kenapa semalam tak cerita? Sebab semalam I sibuk sangat nak masuk politik! Sesiapa yang belum membaca entri I semalam dipersilakan baca.. Tak susah, scroll sahaja ke bawah sehingga jumpa tajuk Malaysia Hari Ini. Kenapa I tak beri link sahaja? Sebab nak beri awak semua exercise kuruskan jari jemari supaya sejuk mata memandang. Wakaka!
     Semalam, I pergi datang sekolah. Sebab, I budak rajin! Kalau nak roll your eyes dipersilakan. Jangan sampai nampak putih mata sahaja buat selama-lamanya sudahlah! Wakaka! Ceh, buat lawak bodoh pula dia ni! Sebenarnya semalam tak perlu datang sekolah! Tapi I dengan seorang lagi kawan I datang... Semalam ada Hari Anugerah Kecemerlangan dan saya tidak terlibat langsung dengan hari itu. Maksudnya, I tak menerima apa-apa anugerah! Jadi, sesiapa yang tidak terlibat diminta pergi ke Dewan Makan asrama ataupun nama popularnya DM untuk mendengar ceramah..
     Ceramah apa tak tahu pula I. Sebab, I tak ada semasa ceramah! Mana I pergi? Merayap ke? Pontengkah? Tak, I budak baik... I tak mainlah ponteng-ponteng ni. Ponteng adalah satu perbuatan bagi orang PENGECUT serta PENAKUT! Sebenarnya sebelum mula ceramah, ada seorang cikgu memanggil beberapa orang... I dan kawan I terpilih. Dan beberapa orang lagi. Mula-mula I ingat cikgu tu panggil sebab nak minta tolong angkat-angkat barang, rupanya disangka hujan sampai ke petang tetapi panas di tengahari. Maklumlah, I kan kuat! Wakaka! Cikgu tu rupanya panggil suruh kami yang beberapa orang ni jadi wakil kakak abang Pra-U.
     Tetapi, semasa masih di DM, I tak tahu tu. I tahu semasa sudah sampai ke dewan terbuka. Kami yang jadi pengganti pun diminta duduk di kerusi yang disediakan. Siap ada tulis nama lagi! Bukan nama kami yang jadi pengganti tu, tetapi of course nama kakak abang yang tak datang! Jadi, I pun dengan muka terkejut orang pun tanya kawan I, "Weh, kita duduk sini sebab kena jadi wakil ke? Yelah, kalau tak takkan kita dapat duduk," Kawan I balas, "Ha'ah". I pun cakap balik yang Apasal aku tak tahu. Kenapa tak cakap awal-awal. Kawan I balas balik, kata Ingatkan kau dah tahu!
     Mula-mula sebelum mula Hari Anugerah I tak rasa nervous sangat, tapi selepas sahaja habis persembahan tarian, I mula nervous. Bukan sebab memikirkan cara nak senyum ke yang seangkatan denganya, tetapi sibuk sangat memikirkan betapa macammana nak buat muka tak tahu malu semasa ambil sijil + plaque nanti. Maklumlah, bukan nama kita, nama tu nama orang lain, kita jadi wakil rakyat sahaja! I suarakan kegusaran I kat kawan I and ternyata kawan I pun fikir benda sama!
     So, kami pakat-pakat nak lari, and mula-mula pergi tandas! Selepas itu, muhasabah diri di bangku depan bilik Pendidikan Khas. Lama juga.. Nasib baik time tu Pengerusi PIBG berucap lama! And akhirnya kami ambil keputusan nak balik tempat di dewan terbuka tu! Well, I and kawan I budak baik! Tak nak susahkan cikgu... Kami pun duduk di tempat yang disediakan. Tapi, yang I takkan lupa sampai bila-bila ialah walaupun kami dua orang dah duduk di tempat kami selepas sekian lama muhasabah diri, pengerusi PIBG tu tak habis lagi beri ucapan... Beb, lama tahu? Setengah jam dia berucap. Kawan I dah pakat-pakat dengan dua orang budak sebelah dia nak tepuk tangan kuat-kuat selepas pengerusi PIBG tu habis berucap! I tak join sebab masa tu I tengah study! Semalam I rajin tahu? Hari ini malas semula..
     Dan, selepas persembahan daripada Irish, alah budak Idola Kecil 4 tu! Eh, empat ke? Betullah! Buat pengetahuan awak, Irish tu bersekolah di sekolah yang sama dengan saya [bangga sekejap]! Saya baru kenal Irish awal bulan 4 sebab ada kawan cakap. Nasib baik ada kawan cakap, kalau tak, sampai sekarang saya rasa saya masih tak kenal Irish! Itupun masih salah-salah lagi sebut nama dia. Orang lain sebut Isrish, I kata Irin!
     Dan, masa yang saya tak suka pun datang. Nama kakak yang I kena ganti pun dipanggil. I pun naiklah pentas. And, selepas naik tangga semua penerima anugerah diminta tunduk sikit sebagai menghormati. And, I tunduklah. I tunduk macam robot! Kaku sangat.. Maklumlah tak biasa naik pentas! Wakaka! And, selepas ambil sijil + plaque, I pun turun dari pentas tu. Dan, di situlah kesalahan TERBESAR telah berlaku. Orang lain turun pentas guna tangga depan, I lalu tangga belakang! Waaaa, malu gila! Macam nak putar balik masa and buat yang betul sahaja!
     Ok, itu sahaja! Semalam adalah hari yang paling memilukan hatiku!

Thursday, May 3, 2012

Malaysia Hari Ini

     Sekarang ini, yang mengganggu otak dan kepala saya, yang menjadi isu perbualan yang tidak berapa hangat antara saya dan Cik Aiman, ialah isu pemilihan para pemimpin di Malaysia. Untuk pengetahuan awak semua, saya dan Cik Aiman bukan cuma bincang pasal benda tak penting lagi tak berguna sepanjang masa, ada juga yang kami bincang yang berguna. Contohnya, isu politik di Malaysia. Apa, ingat budak perempuan tak kisah hal ekonomi negara ke? Heh, jangan pandang serong pada kaum hawa ya... Disebalik kelembutan, ada keganasan yang mengalir! Wah, saya sedang bersemangat patriotisme! Wakaka!
     Sebelum saya mula MENCERIAKAN hari anda, saya nak bagi mukadimah dulu. Aik, apa benda pulak perempuan ini merepek... Kalau rasa saya merepek, tekan X dan pergi buat benda lain. Walaupun saya ni spesis perempuan, tak semestinya saya cuma tahu hal-hal perempuan sahaja. Kalau saya cuma tahu hal perempuan sahaja, tidak mungkin saya berjaya ubah template hingga tidak nampak sangat warna lembut milik perempuan! Wah, itu kejayaan terbesar saya [setakat ini]!
     Dalam kepala saya, sampai sekarang terngiang-ngiang soalan yang sama. Ada juga soalan lain tetapi yang ini sering mendominasi apabila belajar sejarah di sekolah. Mentang-mentang belajar tentang kemerdekaan negara, mula otak bekerja flashback segala info yang saya dapat menerusi penontonan TV di Buletin Utama. Biasanya pelaksanaan hukum hudud du negara ini yang first tapi sekarang itu yang kedua! Tak tahu macam mana boleh turun takhta...
     Yang saya perasan tentang ekonomi Malaysia sekarang ini kan, memang semakin meningkat. Maklumlah, nak mengembalikan Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang gilang gemilang hingga ke persada dunia! Wakaka! Macam jahat sahaja bahasa saya kan? Dah mula pasarkan produk-produk tempatan ke negara-negara luar macam United Kingdom, Jepun dan beberapa negara Islam lain. Logo halal kita pun nampaknya valid di beberapa negara terutama negara-nagara Islam. Jadi, apa kaitan para pemimpin dengan isu ini?
     Sudah terang lagi tak perlu bersuluh yang memang pemimpin kita memainkan peranan terpenting dalam memajukan sektor ekonomi sesebuah negara. Itu memang tidak dinafikan. Saya sebenarnya tidak menyokong mana-mana pihak ya, jadi jangan fikir yang saya sokong BN ataupun PAS, DAP, PKR dan sebagainya. Sebenarnya saya fikir, lebih baik tidak dilakukan Sistem Undi di Malaysia kerana yang saya lihat, Sistem Undi hanya menambah ketidakperpaduan kaum. Semua tegang sahaja. Tak ada persefahaman langsung! Lebih baik kalau gaduh semasa persidangan di dewan parlimen. Lagi[un saya perhati, ramai orang sekarang tidak ramai yang nak sangat mengundi.
     Tapi, bukan hal itu yang saya nak bebel panjang-panjang, hal ini ada juga bersangkut dengan hal tadi, tapi tak lah nak bebel hal tadi... Awak semua perasan tak yang sekarang ini para pemimpin kita kebanyakannya terdiri dari kaum lain yang bukan pula beragama Islam! Kalau awak semua tak perasan, memang saya cakap awak ni katak bawah tempurung. Ini buka hal main-main ya, harap maklum. Perdana Menteri kita sekarang ini saya rasa terlalu memberi muka kepada kaum lain untuk memerintah. Memang itu bagus, cuma tahu tak dengan berbuat begitu, kita menempah maut.
     Saya yakin awak semua dah tahu beberapa petanda kiamat. Dan antaranya ialah segala urusan dunia ditadbir oleh mereka yang bukan ahlinya. Maksudnya Segala urusan dunia ditadbir oleh mereka yang bukan Islam. Ini baru petanda kecil. Itupun saya rasa dah makin hampir kepada tanda-tanda besar! Dan untuk info bersama, antara tanda-tanda kiamat yang jelas lagi nyata dan terang ialah apabila manusia berlumba-lumba membina skyscraper. Memang itu dah jelas kita nampak. Sebanarnya, ada beberapa lagi tanda-tanda kecil kiamat, dan semuanya telahpun berlaku! Tinggal tanda-tanda besar kiamat sahaja menunggu masa nak nampak.
     Sama ada kita sedar ataupun tidak, kitalah manusia akhir zaman. Dan saya rasa kita tahu yang manusia akhir zaman majoriti semuanya terikut-ikut budaya barat dan semakin menenggelamkan Islam! Adakah kita juga antara golongan major yang saya tulis tadi? Tanya diri sendiri... Jawapannya ada pada diri ya. Saya tak boleh beri jawapan sebab saya ada diri saya nak jaga (nampak sangat terlampau selfish)!
     Saya rasa kalau Malaysia nak laksanakan hukum hudud sekarang masih tak terlambat lagi. Sekurang-kurangnya masih boleh dikawal lagi kadar jenayah. Sekarang ini, saya rasa manusia tidak takut dengan adanya hisab setelah kita mati nanti. Tengok sahajalah, kes bunuh dan bakar semakin banyak sekarang. Begitu juga dengan kes buang bayi. Mari kita bersama-sama geleng kepala sambil ish ish ish kan mereka yang macam tu... Sebab mereka ni memang nak masuk neraka saya rasa!
     Akhir kata, siapa yang makan cili padi dia yang terasa pedasnya! Jadi, bersama-samalah kita semua rakyat Malaysia menambah amalan baik supaya senang di akhirat kelak. Sekarang ini pun, sesetengah orang yang tutup kepala pun berzina ya tak? Saya tak kata semua.. Harap Maklum. Bertutup kepala tak semestinya perempuan ya, lelaki yang pakai serban, kopiah dan sebagainya pun boleh dikategorikan tutup kepala. Ingat, BUKAN SEMUA! Jangan saman saya nanti! Saya hanya malaksanakan tanggungjawab sebagai seorang insan yang merasa dirinya bertanggungjawab untuk menasihatkan saudara-saudaranya kearah kebaikan. Wakaka! Ok, chow dulu..

Wednesday, May 2, 2012

Cerita best!

     



     Ha, dah puas mata tu menenung gambar atas ini? Kalau nak tenung selama-lamanya pun saya tak kisah asalkan awak semua tak terkeluar biji mata memandang. Orang lain jauh perjalanan luas pemandangan tapi si pemandang dekat perjalanan tak luas pemandangan. Wakaka! Faham tak? Tak? Kenapa tak faham? Kan ayat simple mimple but no pimple? Baiklah, sebagai blogger rajin dan bertanggungjawab (lah sangat), saya akan beritahu. Maksud frasa 'dekat perjalanan tak luas pemandangan' adalah kan dekat sahaja perjalanan, tak sampai 100 sentimeter persegi pun, MUNGKIN sekadar 17 sentimeter. Jadi, tak jauh pun pemandangan. 'Tak luas pemandangan' ialah tengok gambar tu, ada apa, kapal dan langit dan dua orang macam sedang berpelukan tak sanggup nak berpisah. Jadi, adakah itu luas pemandangan namanya? Kaitan antara kedua-dua frasa tu cari sendiri ya.
     Kenapa saya pampang gambar Titanic? Nak cakap bukan mengenai Titanic sangat pun. Ada lah juga tetapi tidak banyak. Sebenarnya tulis entri sebab nak kongsi, semalam gue barusan aja nontonin cerita Iron Man 2! Wakaka! Itu sahaja. Maklumlah, tak pergi wayang. Kanapa? Baca entri INI. Malas nak cerita panjang-panjang.
     Aik, apa kaitan dengan cerita Titanic? Sabar, belum habis story lagi. Itulah, lain kali jangan menampuk bila orang tua bercakap. Aik, macam diri tu dah tua sahaja! Wakaka! Semalam punya semalam punya semalam punya semalam punya semalam (sebenarnya tak ingat tarikh dan hari), saya telah menonton satu filem. Filem ini sungguh menyayat jiwa dan raga. Memang terkeluar air mata. Tajuk filem tu CJ 7! Percaya tak saya menangis tonton filem tu? Percayalah! Itu memang yang sebenarnya terjadi.

     Lagi satu cerita sedih yang berjaya buat saya terharu ialah Brother Bear. Sedih semasa tengok Koda menangis! Kasihan Koda dah tak ada mak! Waaaaaa, sedihnya! Mak dia kena BUNUH! Time tu memang saya dah mula membuat sesi keluar air mata dah...
     Tapi saya tak adalah menangis keluar air mata sederas-derasnya, cuma sikit-sikit sahaja. Sedih bila tengok CJ 7 sanggup tukar nyawanya dengan nyawa ayah budak yang saya tak ingat namanya. Waaaaaaa! CJ 7 mati selepas itu! Waaaaa, sedihnya! Kaitan dengan Titanic ialah, saya pun menangis juga tonton filem itu. Sama juga situasinya dengan filem CJ 7, aliran air mata saya tidaklah deras! Itu semua kerana ego saya yang melampau. Mata dah memang nampak sangat berair tapi ditahan juga supaya tak terkeluar. Apa saya buat? Saya kelip-kelip mata sampai saya rasa tak sedih sangat! Cuba try, memang mujarab dan berkesan!
     Ok, sampai disini dahulu entri saya untuk kali ini! Bye..