Tuesday, July 3, 2012

Kau dan Aku





     Alkisahnya, dulu masa umur saya 6 tahun (budak kecik lagi tu), saya pernah panggil ayah saya dengan panggilan KAU
p/s: Oh, silalah percaya kerana benda tu bukan rekaan. Cerita betul tau! 100 % tak ada editing! Huh, memang derhakanya i time tu! 

     Sebenarnya, hati ini terdetik nak panggil ayah dengan panggilan KAU tu sebab kat tadika tu kan kita kalau dengan kawan kita guna aku kau sebagai perantaraan (perantaraan?), so dari situlah i terfikir...
'Kenapa kita tak panggil mak ayah kita guna AKU KAU je kan? Lagi senang...'

     So, malam tu i pun menjalankan projek gila yang telah dirancang rapi oleh Cik Senow sejak waktu rehat kat tadika tadi... 

     Time tu nak minum air and sebagai budak kecik yang belum cukup ketinggian nak capai jag kat kabinet, i pun mintak tolong ayah ambilkan + tuang air dalam cawan.  So, this is the dialogue between me and my ayah...

Me: Kau, ambikkan aku air [dengan muka tak-bersalah yang melampau]
Ayah: Dari mana belajar perkataan tu?
Me: Dengan kawan...
Ayah: Lain kali jangan guna perkataan tu lagi *sabar je le dengan budak ni
Me: Kenapa? Dengan kawan boleh je [muka tak bersalah lagi]
Ayah: Tak elok.

     Lepastu, i just angguk-angguk kepala and minum air : ) Tengok tu! Ada ke patut anak guna perkataan AKU KAU dengan ayah! Ish ish ish... Apa nak jadi ni! Tapi, time flies and sekarang i tahu kenapa tak boleh guna perkataan AKU KAU dengan mak bapak = D

p/s: Jangan tiru aksi ini dirumah. Hormatilah orang tua anda. And, DON'T BE LIKE ME : )      
Pesanan ikhlas daripada;
Senow Yuki

No comments :

Post a Comment