Tuesday, August 21, 2012

Mohlah kita sama-sama menternak lemak di bulan yang mulia ini!!! Yeay..

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi salam biar penuh, jangan semekom jer kengkawan ea : ) Di bulan Syawal yang penuh barakah ini, ingin ku susun jari sepuluh (bak kata najib) memohon kemaafan dan keampunan disebabkan ke-laser-an mulut yang teramatlah lancau pabila berkata-kata ini..

     Dah! Stop pretending like a skema, kido! So, bulan raya ni wajib sesangatlah ada kuih dan muih yang sejak zaman sebelum merdeka lagi dah ada kan? Takpun ketupat rendang sila nikmati kawan tu memang wajib! Tak sah oo kalau tak ada.

     jadi dengan adanya bulan Syawal, kita dengan sukarelanya akan melupakan diet ketat yang telah diamalkan selama sebulan berpuasa : ) And kuih muih serta lauk pauk yang walaupun kita dah mengadap benda tu tiap-tiap tahun tapi still kita tak jemu kan? Antaranya.......

     Yang ini siapa tak kenal memang aku sembelih pakai bantal empuk! Kuih ni memang kuih wajib kat semua rumah yang aku pergi beraya.. Kiranya kalau tak ada memang tak sah lagi sahih kan? Macam sedap sangat je almond london ni.. Aku makan macam biasa jer -_-

     Ini satu lagi kuih wajib kat rumah-rumah.. Kalau tak pernah rasa memang yu ni orang luar negara lew tuw : ) Orang negara Malaysia tercinta ni semua pernah rasa kuih ni walau sekali pun!

     Kuih bangkit. Siapa minat ni? Aku tak berapa suka sangat. Maybe sebab warna dia yang putih melepak and rasa dia yang aku rasakan terlampaulah muak sesangat sangat!

     Kuih bahulu yang kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap ni pun ramai jer aku tengok orang orang jual kat pasar or shopping mall. Bukan apa, kalau bahulu tu sedap and empuk nak jual tak kisahlah kan... Tapi ni yang dijual semuanya keras-keras belaka and manis sengaja over lak tu! Mana orang tak serik nak beli bahulu.

     Ini kalau beraya kat kampung ni memang mesti ada. Lainlah kau orang yang tak pernah beraya kat kampung kan? Heheh.. Nasib baik aku ni peminat kerepek pisang sejak dari kecik lagi kalau tak memang kerepek pisang ni akan sepi tak terjamah! Buahbuahanhanhanhanhan! Bukan ramai pun kan peminat kerepek pisang ni kan? Kan? Kan? Kesia kat kerepek pisang...

     Sekarang ni kan kuih ni dah divariasikan jadik ada yang kaler kuning (bukan kuning yang asal ke), hijau, purple and pink! Tapi rasa dia sama je kot! Warna je lain.. Menyala-nyala ooooo

     Tak kenal? Haiya! Omelayu ke omputih ni! Ini namanya ketupat. Biasanya kau orang rebus ketupat ni berapa jam? Menurut Aziz Satar, orang dulu rebus ketupat 8 jam! Memang keras lepas dah siap tu.. Tapi tahan lama oooo *tak tipu tau, memang dia cakap cenggitu. Aku tengok kat MHI tahun lepas!

     Ini satu lagi jenis ketupat... Apa ni? Namanya Ketupat Segi Tiga! Hahah. Salah! Nama dia Ketupat Palas. Tak kenal? Nampak sangat kau orang ni ombandar tau! Orang kampung macam aku je yang kenal benda-benda camni... Tapi makanan bandar, memang aku tak berapa nak kenal! Aku tak tahu pun apa kebendanyalah souffle tu... Tapi sekarang ni baru la aku tahu.. Tu pun lepas gi search kat google.kom.

     Yang ini memang sentiasa diwar-warkan kat tv kan? Bukan sedap sangat pun..
p/s: Menurut reseptor pada lidah terus ke otak, otak aku kata tak sedap tapi lidah orang lain-lain....

     Cuba kau orang pergi beraya kat kampung-kampung punya kawasan.. Memang air gas cenggini yang diorang hidang. Cuma perisa je yang lain.. Kalau dah semua rumah hidang air ni and perisa dia semua sama memang tension lah kan...


     Soooo, sudah-sudahlah aku merepek di hari ke3 Syawal ni... Lepas ni nak tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah lak kat youtube.com. Maklumlah, tak pernah pergi tengok wayang...

Cantikkan blockquote baru aku ni :D Buahbuahanhanhanhanhanhan! Perasan gile lah kau ni Yam!

1 comment :

  1. dapnye kuih2 raye yg daLam gambo nie...huhu...nice bLog kamu...follow me back yup... =)

    ReplyDelete