Wednesday, April 18, 2012

Untidy Library!

     Salam sejahtera kepada anda semua yang membuka blog girly saya ni! Seperti yang telah saya nyatakan dalam post title, hari ini saya nak kongsi kepada anda semua tentang 'Untidy Library!'. Bagi yang tidak berapa tahu, untidy library bermaksud perpustakaan yang tidak kemas. Hari ini, seperti biasa, saya menghadiri ko-kurikulum di sekolah. Maklumlah, saya kan budak terlampau baik, tak mahu ponteng- ponteng! Wakaka! Nampak sangat perasan yang teramat sangat! 

     Rutin hari Rabu petang, 1430 bermulalah ko-kurikulum. Dan biasanya mula dari 1430 hingga 1615 dan bersambung semula 1615 hingga 1730. Kalau tak tahu apa nombor - nombor tu sila tanya pakar. Wakaka! Waktu rehat 15 minit. Kelab saya mula 1300 dan habis 1400. Jadi, semasa orang lain pergi kelab, saya duduk termenung atau bersiar - siar dalam kawasan sekolah. Memandangkan saya menumpang kereta Cik Dayang, saya pun nak tak nak terpaksa juga ikut dia pergi kelabnya. Nasib baik kelab dia dalam PSS. Tahu tak PSS tu apa? Kalau tak tahu, PSS tu perpustakaan. Jadi, saya pun pergilah naik perpustakaan dengan Dayang. Sebenarnya, sebelum naik, Cik Aiman ada ajak saya pergi bersiar - siar dalam kawasan sekolah. Sebenarnya saya nak ikut, tapi memandangkan mak dia ambil pada 1700, saya pun dengan berat hati menolak... Waaaa, sayangnya!
     Dan bila dah naik tu, takkan saya nak join kelab mereka pula, sebab kalau saya join pun, BORING sebab saya takkan faham walau satu apa pun! Saya bukan sebahagian dari mereka! Eh, dari ke daripada? Wakaka! So, atas sebab boring, saya pun mahu membaca buku yang ada di situ. Tapi, bila sampai di rak - rak, saya telah menyaksikan fenomena biasa yang seringkali, kerapkali atau acapkali berlaku dalam sesebuah perpustakaan. Miss A tengok buku - buku di situ semuanya berselerak! Berselerak sangat! Sangat - sangat!
     Jadi, sebagai seorang pengawas pusat sumber yang baik, saya pun dengan baik hatinya telah menngemas seluruh buku - buku yang ada dalam PSS. Wah, rajinnya! Tak susah sangat pun, letak buku - buku tu di rak berlabel yang betul, dan susun bagi kemas dan tersusun bagi sejuk je mata memandang. Wah, rajinnya Miss A ni! Wakaka! Perasannya! Alah, bukan buat bagi nampak tersusun rapi sangat pun, tapi cukuplah nampak straight kan? Miss A kemas semua buku - buku tu bermula 1630 hingga 1730! Wah, cuba bayangkan, saya telah berjaya mengemas semua buku - buku yang ada terlampaulah banyaknya dalam masa 1 jam!
     Semasa sedang kemas - kemas tu, saya ada terfikir, 'Budak - budak ni rabun ke apa? Tak nampak ke label yang tertera pada setiap rak? Letak buku suka hati dia je, macam sekolah ni bapak kau punya! Kau kalau nak harap kat pengawas PSS, kau janganlah! Nama je pangawas PSS, kerja langsung tak buat! Macam makan gaji buta je. Cuma tak ada gaji.'
     Okie, Miss A rasa Miss A nak berhenti. Dah panjang dah bebelan hari ini kan? Okay, bye. Sayounara.

No comments :

Post a Comment