Thursday, April 26, 2012

Objective...

     Seperti dalam tajuk, telahpun saya nyatakan yang saya akan membuat entri mengenai satu objektif. Umum sangat tajuk tu kan? Ya, saya tahu. Tak perlu susah - susah exercise mulut nak cakap! Wakaka! Okay, kalau nak terasa dan menyampah sila tekan butang X. Yang nak baca dan meneruskan perjuangan hidup dalam blog ini sila baca apa yang saya tulis dengan penuh kesabaran dan kesopanan. Eh, apa kaitan kesopanan dalam isu ini? Wakaka!

     Hari ini, saya nak beritahu objektif menubuhkan blog gedik ini. Siapa nak baca dipersilakan. Yang tak nak, boleh tekan new tab dan teruskan hidup anda dengan buka benda lain.
     Saya buat blog ini sebenar - benarnya kerana suka - suka! Tengok blog orang lain, ada yang captivating dan ada yang kurang! Ada juga yang langsung tak captivating pada pandangan mata kasar saya! Wakaka! Zalimnya bahasa. Cik Yam, bahasa jiwa bangsa! Jadi, gunakanlah bahasa kebangsaan kita yang sedia maklum serba indah ni! Wah, bersemangat patriotisme nampaknya! Baguslah, kenapa pula tak bagus kan? Dah ada negara sendiri dan bebas pula dari sebarang bencana alam! Tak banyak negara yang bertuah seperti kita tahu? Kalau awak tak suka negara ini, sila pergi ke negara yang awak suka dan hidup di sana! Kalau ada duit lah. Wakaka! Kejam pula entri untuk kali ini. Untuk pengetahuan awak semua, cintakan negara juga adalah satu jihad didalam Islam! Dan kita mendapat pahala untuk itu! Mesti semua tak sangka kan? Ok, yang dah tahu tu sila duduk diam dan terus membaca kalau rasa diri masih mampu tahan bebelan over spicy saya (siap colour merah lagi).
     Ok, sudah dulu mengenai isu negara. Selain suka - suka, saya nak membaikpulih esei Bahasa Melayu saya walaupun tak adalah guna bahasa yang terlampau mengikut skema esei. Wakaka! Tak apa, perlahan - lahan dulu. Jangan gopoh. Nanti jadi benda yang lebih teruk pula! Tengok saja, dah bertambah 'pekerja' saya (hidung kembang ni)! Ok, tak adalah ramai sangat tapi namanya masih 'bertambah' juga! Walaupun satu saja tahap bertambah, still bertambah juga kan? Ada ke orang yang menganggap penambahan SATU itu tak ada apa - apa kesan? Firasat saya mengatakan ada orang macam tu! Minta maaflah cakap tapi perlu dicakap juga. Bukan kerana saya marah tapi saya cuma nak menegakkan keadilan bagi pihak tertindas! Ceh, ayat dia! Nak tahu? Tak nak. Sila berambus! Ok, ayat jahat yang nampak sangat sengaja dikeluarkan! Wakaka! Walaupun ada yang tak follow, golongan ini sudi juga menjenguk blog gedik teramat saya! Dan pageviewnya dah lebih 500! Banyak juga lah tu!
     Ok dulu lah. Nak cari bahan untuk projek - projek di sekolah yang terbengkalai dan siapkan homework yang tak terusik selama beberapa hari! Nampak sangat diri itu seorang yang sungguh pemalas! Selepas ini, nak cari bahan untuk karangan Bahasa Melayu 1000 patah perkataan! Waaaa! Tolong saya! Diri ini telah terkapai kelemasan! Susah nak mencapai dasar! Ok, berhenti merapu sebelum anda diberhentikan! Nanti ada yang sakit ulu hati minta Gaviscon! Wakaka!
     Last and for all, saya nak mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada Cik Aiman yang telah menukar lagi sekali address blog beliau! Untuk pengetahuan awak semua, Cik Aiman telah menyedarkan diri saya tentang bebanan kerja di sekolah yang berlambak banyaknya! Kalau nak tengok blog Cik Aiman, tekan SINI. Ok, jumpa lagi pada waktu yang lain dan hari yang lain!

1 comment :

  1. Assalamualaikum , hye .
    done follow you , hit me back yaa ?:)

    nice yr blog .

    http://ceritachentakita.blogspot.com/2012/04/segmen-lets-share-your-love-story-with.html

    ReplyDelete