Cat abusing now had become a major problem in Malaysia. People always cuts their two front legs. It is so not good because cats deserve to live like us! Just imagine if there are people did to us like that. It is so cruel to treat an innocent cat like that! Ok, saya berhenti speaking. Saya guna Bahasa Melayu ya? Yalah, bahasa jiwa bangsa! Petikan Bahasa Inggeris tadi di petik daripada Cik Chickedis semata. Tiada unsur tokok tambah dan tokok tolak. Semuanya Hak Cipta Terpelihara. Tak ada nak curi orang punya.
Karangan ini ditulis khusus untuk manusia-manusia diluar sana yang sudi jeling sambil baca blog saya. Karangan ini ditulis sendiri dengan menggunakan otak sendiri tanpa menggunakan khidmat otak orang lain. Harap maklum. Susah nak olah ayat sendiri, perlu guna segala pengetahuan yang ada untuk buat semua ini. Jadi, inilah hasil yang terbaik yang saya berjaya hasilkan:
Sejak bermulanya tahun 2012, semakin banyak berlaku kes penderaan kucing dan haiwan lain. Kenapa mesti haiwan yang manja dan comel yang cuma menagih simpati dari (atau daripada?) seorang insan supaya memberinya makan. Takkan jika hanya kucing itu mencuri ikan dari dapur kita patut memotong tangannya! Hukum itu hanya dilaksanakan kepada manusia yang mencuri bukannya haiwan yang tidak tahu apa-apa mengenai dosa tidak pula punya akal.
Kita sebagai manusia perlulah menjadi seorang yang bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap binatang. Sebelum ini juga sudah berlaku beberapa kali kes penderaan kucing tetapi tidak sampai sebanyak ini. Sebelum melanjutkan topik, ingin saya bertanya kepada hadirin (ceh) sekalian adakah anda semua tahu apa itu kucing? Saya pasti semua orang tahu. Jika tidak tahu, sila buka google dan cari KUCING atau CAT.
Sahabat yang dikasihi sekalian, kucing sudahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawasanya kucing tidak ada sebarang najis padanya, padahal kucing adalah (ataupun ialah?) hiasan yang menyerikan kediaman ataupun bangunan dan sebagainya yang seangkatan dengannya. Jika Nabi kita sudah nyatakan begitu, mengapa kita mesti mendera kucing kerana yang jelas kucing tidak salah dalam hal mencuri.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, kucing ataupun haiwan bertelinga segi tiga ini sudahpun kita ketahui tidak mempunyai akal. Kita ada akal, tetapi mengapa kita mesti memotong tangan kaki haiwan yang tidak bersalah ini sedangkan kucing tidak tahu menahu langsung adanya pahala dan dosa! Wah, macam ahli agama pula.. Wakaka! Sesungguhnya memang sungguh tidak patut kita menjatuhkan hukuman sesuka hati kita terhadap haiwan ini. Kita dikurniakan akal untuk membezakan perkara baik dan buruk dan takkan kita tidak tahu bahawasanya memotong atau membunuh haiwan adalah berdosa. Semua agama berkata begitu. Tidak ada agama yang menyuruh melakukan kejahatan.
Janganlah kita menyamakan diri kita dengan haiwan dengan menderanya sebegitu rupa. Sekali lagi saya tulis, kucing juga berhak hidup bebas dengan tidak terseksa sebegitu. Kalau kucing itu sudah mati tidak mengapa, tetapi kebanyakan kes yang saya tahu semuanya dilaporkan masih hidup. Kes terbaru yang saya dapat tahu melalui facebook emak saya ialah kucing itu dipotong pawnya. Siap ada gambar lagi tapi saya tak nak ambil sebab saya tak sanggup tengok darah dia.. Kasihan sangat. Kucing itu masih hidup lagi tapi saya tidak tahu bagaimana kucing itu mahu meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Sudahlah terpaksa lalu jalan yang berbatu-batu dan bertar-tar yang panas dan menyakitkan kaki!
Kalau kita tidak memakai kasut berjalan ke sana ke mari atas jalan tar yang panas ataupun jalan tidak berturap yang mempunyai banyak batu, tentunya kita pun akan rasa sakit kan? Ini pula kucing yang dipotong paw. Siapa pun pelakunya, pasti akan dapat pembalasan yang setimpal kerana dia sesuka hati sahaja menggubal undang-undang nak potong tangan kaki kucing.
Secara konklusinya, jagalah kucing itu sebaik-baiknya dan kurangkan sifat panas baran kita. Jangan kerana kucing curi makanan kita kita nak potong tangan kucing tu. Jelas sekali itu salah kita sebab kita tak tutup pintu atau tingkap atau mana-mana bahagian yang membolehkan kucing masuk. Jadi, sebagai kucing yang kelaparan, dia pun masuklah dan curi dangan sesuka hatinya makanan kita itu. Belalah kucing sebaik-baiknya jika kita mahu membela kucing serta haiwan lain. Bela dia elok-elok bagi dia comel macam dalam gambar bawah ni.
Harap kita sama-sama membanteras aktiviti tidak bermoral ini! Yeah!
thanks sudi singgah...singgah kembali :D
ReplyDelete