Wednesday, May 2, 2012

Cerita best!

     



     Ha, dah puas mata tu menenung gambar atas ini? Kalau nak tenung selama-lamanya pun saya tak kisah asalkan awak semua tak terkeluar biji mata memandang. Orang lain jauh perjalanan luas pemandangan tapi si pemandang dekat perjalanan tak luas pemandangan. Wakaka! Faham tak? Tak? Kenapa tak faham? Kan ayat simple mimple but no pimple? Baiklah, sebagai blogger rajin dan bertanggungjawab (lah sangat), saya akan beritahu. Maksud frasa 'dekat perjalanan tak luas pemandangan' adalah kan dekat sahaja perjalanan, tak sampai 100 sentimeter persegi pun, MUNGKIN sekadar 17 sentimeter. Jadi, tak jauh pun pemandangan. 'Tak luas pemandangan' ialah tengok gambar tu, ada apa, kapal dan langit dan dua orang macam sedang berpelukan tak sanggup nak berpisah. Jadi, adakah itu luas pemandangan namanya? Kaitan antara kedua-dua frasa tu cari sendiri ya.
     Kenapa saya pampang gambar Titanic? Nak cakap bukan mengenai Titanic sangat pun. Ada lah juga tetapi tidak banyak. Sebenarnya tulis entri sebab nak kongsi, semalam gue barusan aja nontonin cerita Iron Man 2! Wakaka! Itu sahaja. Maklumlah, tak pergi wayang. Kanapa? Baca entri INI. Malas nak cerita panjang-panjang.
     Aik, apa kaitan dengan cerita Titanic? Sabar, belum habis story lagi. Itulah, lain kali jangan menampuk bila orang tua bercakap. Aik, macam diri tu dah tua sahaja! Wakaka! Semalam punya semalam punya semalam punya semalam punya semalam (sebenarnya tak ingat tarikh dan hari), saya telah menonton satu filem. Filem ini sungguh menyayat jiwa dan raga. Memang terkeluar air mata. Tajuk filem tu CJ 7! Percaya tak saya menangis tonton filem tu? Percayalah! Itu memang yang sebenarnya terjadi.

     Lagi satu cerita sedih yang berjaya buat saya terharu ialah Brother Bear. Sedih semasa tengok Koda menangis! Kasihan Koda dah tak ada mak! Waaaaaa, sedihnya! Mak dia kena BUNUH! Time tu memang saya dah mula membuat sesi keluar air mata dah...
     Tapi saya tak adalah menangis keluar air mata sederas-derasnya, cuma sikit-sikit sahaja. Sedih bila tengok CJ 7 sanggup tukar nyawanya dengan nyawa ayah budak yang saya tak ingat namanya. Waaaaaaa! CJ 7 mati selepas itu! Waaaaa, sedihnya! Kaitan dengan Titanic ialah, saya pun menangis juga tonton filem itu. Sama juga situasinya dengan filem CJ 7, aliran air mata saya tidaklah deras! Itu semua kerana ego saya yang melampau. Mata dah memang nampak sangat berair tapi ditahan juga supaya tak terkeluar. Apa saya buat? Saya kelip-kelip mata sampai saya rasa tak sedih sangat! Cuba try, memang mujarab dan berkesan!
     Ok, sampai disini dahulu entri saya untuk kali ini! Bye..

Monday, April 30, 2012

Cat Abusing! Stop it!

     Cat abusing now had become a major problem in Malaysia. People always cuts their two front legs. It is so not good because cats deserve to live like us! Just imagine if there are people did to us like that. It is so cruel to treat an innocent cat like that! Ok, saya berhenti speaking. Saya guna Bahasa Melayu ya? Yalah, bahasa jiwa bangsa! Petikan Bahasa Inggeris tadi di petik daripada Cik Chickedis semata. Tiada unsur tokok tambah dan tokok tolak. Semuanya Hak Cipta Terpelihara. Tak ada nak curi orang punya.
     Karangan ini ditulis khusus untuk manusia-manusia diluar sana yang sudi jeling sambil baca blog saya. Karangan ini ditulis sendiri dengan menggunakan otak sendiri tanpa menggunakan khidmat otak orang lain. Harap maklum. Susah nak olah ayat sendiri, perlu guna segala pengetahuan yang ada untuk buat semua ini. Jadi, inilah hasil yang terbaik yang saya berjaya hasilkan:
     Sejak bermulanya tahun 2012, semakin banyak berlaku kes penderaan kucing dan haiwan lain. Kenapa mesti haiwan yang manja dan comel yang cuma menagih simpati dari (atau daripada?) seorang insan supaya memberinya makan. Takkan jika hanya kucing itu mencuri ikan dari dapur kita patut memotong tangannya! Hukum itu hanya dilaksanakan kepada manusia yang mencuri bukannya haiwan yang tidak tahu apa-apa mengenai dosa tidak pula punya akal.
     Kita sebagai manusia perlulah menjadi seorang yang bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap binatang. Sebelum ini juga sudah berlaku beberapa kali kes penderaan kucing tetapi tidak sampai sebanyak ini. Sebelum melanjutkan topik, ingin saya bertanya kepada hadirin (ceh) sekalian adakah anda semua tahu apa itu kucing? Saya pasti semua orang tahu. Jika tidak tahu, sila buka google dan cari KUCING atau CAT.
     Sahabat yang dikasihi sekalian, kucing sudahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawasanya kucing tidak ada sebarang najis padanya, padahal kucing adalah (ataupun ialah?) hiasan yang menyerikan kediaman ataupun bangunan dan sebagainya yang seangkatan dengannya. Jika Nabi kita sudah nyatakan begitu, mengapa kita mesti mendera kucing kerana yang jelas kucing tidak salah dalam hal mencuri.
     Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, kucing ataupun haiwan bertelinga segi tiga ini sudahpun kita ketahui tidak mempunyai akal. Kita ada akal, tetapi mengapa kita mesti memotong tangan kaki haiwan yang tidak bersalah ini sedangkan kucing tidak tahu menahu langsung adanya pahala dan dosa! Wah, macam ahli agama pula.. Wakaka! Sesungguhnya memang sungguh tidak patut kita menjatuhkan hukuman sesuka hati kita terhadap haiwan ini. Kita dikurniakan akal untuk membezakan perkara baik dan buruk dan takkan kita tidak tahu bahawasanya memotong atau membunuh haiwan adalah berdosa. Semua agama berkata begitu. Tidak ada agama yang menyuruh melakukan kejahatan.
     Janganlah kita menyamakan diri kita dengan haiwan dengan menderanya sebegitu rupa. Sekali lagi saya tulis, kucing juga berhak hidup bebas dengan tidak terseksa sebegitu. Kalau kucing itu sudah mati tidak mengapa, tetapi kebanyakan kes yang saya tahu semuanya dilaporkan masih hidup. Kes terbaru yang saya dapat tahu melalui facebook emak saya ialah kucing itu dipotong pawnya. Siap ada gambar lagi tapi saya tak nak ambil sebab saya tak sanggup tengok darah dia.. Kasihan sangat. Kucing itu masih hidup lagi tapi saya tidak tahu bagaimana kucing itu mahu meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Sudahlah terpaksa lalu jalan yang berbatu-batu dan bertar-tar yang panas dan menyakitkan kaki!
     Kalau kita tidak memakai kasut berjalan ke sana ke mari atas jalan tar yang panas ataupun jalan tidak berturap yang mempunyai banyak batu, tentunya kita pun akan rasa sakit kan? Ini pula kucing yang dipotong paw. Siapa pun pelakunya, pasti akan dapat pembalasan yang setimpal kerana dia sesuka hati sahaja menggubal undang-undang nak potong tangan kaki kucing.
     Secara konklusinya, jagalah kucing itu sebaik-baiknya dan kurangkan sifat panas baran kita. Jangan kerana kucing curi makanan kita kita nak potong tangan kucing tu. Jelas sekali itu salah kita sebab kita tak tutup pintu atau tingkap atau mana-mana bahagian yang membolehkan kucing masuk. Jadi, sebagai kucing yang kelaparan, dia pun masuklah dan curi dangan sesuka hatinya makanan kita itu. Belalah kucing sebaik-baiknya jika kita mahu membela kucing serta haiwan lain. Bela dia elok-elok bagi dia comel macam dalam gambar bawah ni.


     Harap kita sama-sama membanteras aktiviti tidak bermoral ini! Yeah! 

Saturday, April 28, 2012

I'm obsessed with these films

     Untuk entri hari ini, saya nak kongsi beberapa filem yang membuatkan mata saya terkeluar dan marah apabila ada iklan mengganggu.. Sampaikan kucing tidur atas riba pun tak sedar. Wakaka! Saya rasa, semua filem - filem yang akan saya nyatakan sebentar lagi semuanya awak dah tonton.. Saya suka sangat tonton sampaikan tonton berkali - kali pun sanggup sebab cerita tu semuanya AWESOME! Nak tahu tak? Sebenarnya saya tak pernah pergi tengok wayang sebab ayah saya tak bagi.. Masa kecil tu pelik juga, tapi bila dah besar panjang dah sendiri faham.. Sebab dalam wayang adalah sarang kemaksiatan! Faham sendiri lah kalau tak faham...



     Cerita yang berjaya menduduki ranking pertama dan top dalam carta cerita paling menarik dalam kepala saya ialah... (berdebar tak?) Jeng jeng jeng.. Ok, tajuknya Vantage Point! Tu yang gambar sebiji di atas tu. Pernah dengar tak nama cerita tu? Tak pernah? Haih, takkan tak pernah dengar? Lelaki kalau tak pernah dengar dah sah memang tak ambil tahu tentang cerita Action Packed macam tu. Huh! Cerita tu memang tak ada bab romantik LANGSUNG! Boleh percaya ke? Mestilah boleh... Itu yang buat saya jadikan cerita tu cerita yang menduduki ranking pertama dalam carta pie saya! Carta pie tu apa? Wakaka! Cari dalam kamus dan jumpa lah! Ok, mungkin ada juga, tapi tak keterlauan lah, tetapi secara umumnya tak ada unsur - unsur tu. Yang bab romantik cerita tu, saya tak akan kata romantik sebab cerita itu berkaitan isu negara, tak ada kaitan langsung dengan isu cintan cintun dan romantik romantikan. Penggemar filem romantik mesti tak sudi dan tak nak walau jeling sekalipun.. Tapi bagi penggemar filem sebegini, memang patut tengok..



     Cerita kedua bertajuk Rattatouille! Siapa tak tahu tentang kewujudan filem ini saya gelar ketinggalan zaman. Maklumlah, filem tu dah lama keluar... Takkan masih tak tahu lagi! Marah ni! Wakaka! Saya suka sebab tikus tu comel.. Kasihan bila dila kena buang oleh tuan dia yang bernama tak ingat! Wakaka! Cerita ni mengenai masalah pewarisan sebuah restoran terkenal.. Kalau dah tengok, tak perlulah saya nak beri sinopsis. Kalau belum, pergi check di youtube dan cuba search. Kalau ada walau trailer itu rezeki awak.



     Ha, siapa tak kenal lencana ni? Inilah filem kegemaran ketiga! Harry Potter and The semua part yang ada! Tapi yang saya perasan lah kan, Harry Potter ni makin lama makin kurang seronok. Saya tak kata tak seronok, cuma kurang seronok sahaja! Jangan marah wahai peminat Harry Potter. Saya suka filem ni sebab cerita ni mengenai magic! Waaaaaa, sugoidesune! Saya pasti ramai yang minat tak kira golongan sama ada tua, muda dan kanak - kanak! Lencana Hogwarts captivating kan?



     Yang akhir sekali, tajuknya..... Yang ni kena bagi kejutan sikit. Tajuknya, The Hunger Games! Wakaka! Siapa yang tak tahu lagi mengenai kewujudan filem ini memang saya kategorikan sebagai ketinggalan tahun.. Yang ini baik sedikit dari ketinggalan zaman seperti yang saya telah sebut sebentar tadi. Cerita ini memang menjadi bualan ramai tak kira dalam mahupun luar negara! Senang cakap, seantero dunia sudah tahu! Siap ada perbandingan dengan filem Twilight lagi... Kenapa saya buat nombor empat? Yang terakhir pula tu? Hello, itu pun bersyukurlah sebab saya sudi juga letak dalam carta pie saya! Tahu tak besar maknanya kalau dapat diletak dalam carta pie Cik Chickedis? Popular dapat, pengiktirafan pun dapat! Hm, popularlah sangat! Wakaka!
     Ok, bye! Itu sahaja dulu untuk hari ini.

*sugoidesune = seronoknya