Hello para manusia di luar sana yang Miss A tak berapa sayangi, ish jahat mulut miss a ni kan... tak apa kita mula balik ye... kali ini kita guna ayat baik lah... Assalamualaikum para manusia di luar sana yang dikasihi, disayangi, dihormati (tapi miss a yang paling dihormati tau... hehe) dan disanjungi (miss a the first)... Salam 1 Malaysia miss a ucapkan kepada semua warga Malaysia yang sudi membaca blog miss a yang entah apa-apa ini... tak adalah lama sangat miss a tak update blog kan... miss a nak berkongsi dengan anda semua pasal satu kes berat ni... seperti yang kalian tahu... banyak kes berat di dunia ini kan??? tapi kes miss a ni memang kes yang betul-betul berat... beratnya apabila ditimbang ialah sezillion kg... tahu kg tu apa... siapa yang kata kg tu kampung... sila tengok kamus yang sedia ada di rumah anda dan cari... betul ke kg tu ialah kampung... sesiapa yang memang tak ada kamus rajin-rajinkanlah diri tu pergi perpustakaan terdekat ye... tak kiralah perpustakaan sekolah ke, perpustakaan daerah ke, perpustakaan negeri ke, perpustakaan negara ke atau yang paling atas perpustakaan dunia yang terletak di chicken world... Apa yang miss a melalut sampai chicken world ni... ok berbalik kepada topik asal... kg dalam konteks apa yang miss a perkatakan ini ialah kilogram... ok sambung dengan kes berat sangat miss a ye... nak tahu ke apa kes tu? serius? betul ke ni? tak menyesal ye? ok miss a cakap... kes tu ialah kes RINDU... kenapa kita cakap pasal rindu... maklumlah cuti sekolah... ramai orang rindu sesama sendiri... terutama sesama kawan-kawan, walaupun kita hanya berpisah sekejap, sebulan lebih saja... kalau 100 tahun tak jumpa boleh lah berindu rinduan kan... tapi waktu itu kita dah pun pergi menghadap ilahi kan... paling teruk 45 tahun tidak pernah bersua dan berjumpa dan bergosip dan bergaduh dan macam-macam dan yang tak dapat miss a fikirkan... ok nanti kita sambung sebab miss a rasa dah panjang dah miss a tulis benda yang tak penting ni...
Salam sayang;
Miss A
No comments :
Post a Comment