Saturday, December 4, 2010

It's been not too long since I last post you...

Hello para manusia di luar sana yang Miss A tak berapa sayangi, ish jahat mulut miss a ni kan... tak apa kita mula balik ye... kali ini kita guna ayat baik lah... Assalamualaikum para manusia di luar sana yang dikasihi, disayangi, dihormati (tapi miss a yang paling dihormati tau... hehe) dan disanjungi (miss a the first)... Salam 1 Malaysia miss a ucapkan kepada semua warga Malaysia yang sudi membaca blog miss a yang entah apa-apa ini... tak adalah lama sangat miss a tak update blog kan... miss a nak berkongsi dengan anda semua pasal satu kes berat ni... seperti yang kalian tahu... banyak kes berat di dunia ini kan??? tapi kes miss a ni memang kes yang betul-betul berat... beratnya apabila ditimbang ialah sezillion kg... tahu kg tu apa... siapa yang kata kg tu kampung... sila tengok kamus yang sedia ada di rumah anda dan cari... betul ke kg tu ialah kampung... sesiapa yang memang tak ada kamus rajin-rajinkanlah diri tu pergi perpustakaan terdekat ye... tak kiralah perpustakaan sekolah ke, perpustakaan daerah ke, perpustakaan negeri ke, perpustakaan negara ke atau yang paling atas perpustakaan dunia yang terletak di chicken world... Apa yang miss a melalut sampai chicken world ni... ok berbalik kepada topik asal... kg dalam konteks apa yang miss a perkatakan ini ialah kilogram... ok sambung dengan kes berat sangat miss a ye... nak tahu ke apa kes tu? serius? betul ke ni? tak menyesal ye? ok miss a cakap... kes tu ialah kes RINDU... kenapa kita cakap pasal rindu... maklumlah cuti sekolah... ramai orang rindu sesama sendiri... terutama sesama kawan-kawan, walaupun kita hanya berpisah sekejap, sebulan lebih saja... kalau 100 tahun tak jumpa boleh lah berindu rinduan kan... tapi waktu itu kita dah pun pergi menghadap ilahi kan... paling teruk 45 tahun tidak pernah bersua dan berjumpa dan bergosip dan bergaduh dan macam-macam dan yang tak dapat miss a fikirkan... ok nanti kita sambung sebab miss a rasa dah panjang dah miss a tulis benda yang tak penting ni...

Salam sayang;
   Miss A

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat hari raya AidilAdha kepada semua pembaca yang setia, kurang setia atau tidak setia dalam membaca blog Miss A.... Hari ini adalah hari ke-3 umat Islam menyambut AidilAdha yang mulia ini... Miss a sebenarnya nak post pada hari pertama AidilAdha tetapi disebabkan oleh otak miss a sangat tertarik hendak main Cafe Life di Facebook terus miss a tangguh nak buat keesokan harinya.... tetapi keesokan harinya pula adik miss a sibuk nak lihat apa miss a nak tulis... miss a suka privacy... miss a tidak suka diganggu dan miss a suka keharmonian.... kedamaian... kesenyapan... dan kesejahteraan... Cehhh ayat miss a macam hebat sangat... maklumlah miss a kan Ayam Terhormat yang Agong.... Uihhh erasan sungguh miss a... Tak lama lagi akan dapat gelaran Dato' A.... Kenapa tak dapat datin saja??? Sebab miss a belum kahwin lagi jadi mana ada dapat datin... Miss a dapat gelaran Dato' ini dalam mimpi... tapi miss a bersyukur juga... Walau tidak dapat di alam nyata dapat di alam maya pun jadilah kan... Bukankah kita sebagai orang islam wajib bersyukur atas segala nikmat yang telah kita ada sekarang... ok miss a nak makan aiskrim...
bye!!!

Saturday, November 13, 2010

Woooooooooowww... lama miss a tidak update....

Assalamualaikum.... Miss a di sini..... Miss a rasa tidak adalah lama sangat miss a tak update blog miss a kan... baru beberapa hari saja... sejak kebelakangan ini miss a malas nak meng'update' cerita sebenarnya.... miss a cuma fikir mengenai satu benda saja.... private tahu... miss a tak boleh nak beritahu... minta maaf lah ye!!!!!!!!!!
ok bye bye!!!

Salam sayang
  Miss A

Sunday, November 7, 2010

Facebook...

Hari ini Miss A nak bincang secara bertulis tentang facebook ni.... Miss a rasa mesti ramai dah orang ada facebook masing-masing sekarang ni kan... maklumlah perkembangan teknologi kan sedang berkembang dengan pesatnya sekarang.... Miss a pun ada juga facebook.... tapi kadang kala miss a tak buka sangat facebook miss a tu.... MALAS....... tapi masa musim facebook biasanya miss a buka lah facebook.... tak tahu ke musim facebook bila????? kesian.... haha... siapa tahu sila tepuk tangan untuk diri sendiri.... yeay!!! musim facebook ialah musim dimana ramai orang akan men'online' facebook kepunyaan mereka pada cuti sekolah yang panjang lebar (bagi miss a tak adalah panjang sangat pun XD)... musim facebook bermula pada pertengahan atau hujung bulan November hingga bukanya sekolah pada musim tahun hadapan.... miss a nak cerita seuatu ni..... tadi pagi miss a buka facebook dayang.... and then ada 1 post ni miss a tengok ada gambar heart yang bertulis... THINKING OF YOU HEART... cantik juga heart itu... haha... ditujukan kepada dayang... ayat itu bertulis i'll miss u when u not around with me... Pengirimnya ialah MISS A... tapi miss a tak ingat pun miss a ada bagi heart tu dekat dayang.... and miss a pun comment bile mase miss a bg heart nie kt dayang???? lebih kurang gitulah... tapi miss a memang musykil sangat bila masa miss a bagi.... miss a tau yang miss a selalu bagi heart kat nadira je... *nadira sekarang dikenal sebagai miss n.... XD
banyak miss n kirim kat miss a.... miss a pun balas banyak juga pada nadira... selepas itu nadira balas lagi... miss a pun balas lagi.... dan seterusnya itulah yang miss a dengan miss n buat sehinggalah miss a dan miss n offline... XD
Miss a nak assalamualaikum...

Salam sayang
   Miss A

Saturday, November 6, 2010

skema....

Kalau orang baca blog Miss A mesti anda tertanya-tanya kenapa miss a guna bahasa skema sebegini rupa? kan kan kan.... siapa kata ya sila pos dan hantar ke rumah miss a... alamat rumah pandai-pandai lah cari sendiri ye... Jauh miss a menyimpang... tapi untung miss a tak sampai simpang renggam lagi... tak tau simpang renggam di mana... Tengok peta... Simpang Renggam di Johor.... Itu lah kampung Miss A... Otak miss a hari ini sudah refresh jadi banyak idea keluar.... Sudah cukup oksigen yang miss a bebel semalam...
Alahai miss a... please jangan menyimpang hingga Simpang Renggam lagi...
Back to our topic... Miss a guna bahasa skema kerana miss a menyimpan cita-cita mahu menjadi seorang novelis yang terkenal seperti AIN MAISARAH!!!!!!!! kak ain idolaku... Miss a dah buka blog kak ain... cantik juga lah... Miss a rasa kalah kalau banding blog miss a dengan kak ain.... Sebab kedua miss a guna bahasa skema kerana miss a tahu ada beberapa orang tidak berapa tahu bahasa singkatan kan jadi miss a buatlah bahasa skema.... kalau sesiapa termakan hati sendiri dengan sebab miss a ni sila pos surat kemarahan anda ke rumah miss a ye >_< tapi miss a tulis ni bukan untuk menimbulkan kemarahan tetapi hanya sekadar menjawab persoalan yang tidak terjawab.... dengan  Sebab ketiga miss a tak fikir lagi jadi bila-bila miss a sudah fikir miss a edit semula ye!!!!!!!!
I.C.U later!

Salam sayang
  Miss A

Friday, November 5, 2010

long time no see...

Ohayou,
lama miss a tak post blog ni... nak buat macam mana... sejak beberapa hari ni miss a kurang ilham... tapi walau apa pun hari ini miss a nak cakap mengenai Dayang... BFF miss a tu...
Now dayang already di sarawak... di sekolah miss a tak dapat juga bertemu dayang... sehinggalah tahun depan... itu pun miss a tak pasti miss a sama kelas dengan dayang atau tak... dayang miss a nak jumpa dayang... apa pun miss a harap dayang cepat-cepat lah edit blog miss a ni.... haha (kalau rasa tak lawak jangan lah gelak ye)
Miss a malas nak tulis banyak-banyak hari ni sebab otak miss a nak rehat... tapi bila miss a fikir balik dah cukup rehat dah otak miss a ni... cuma miss a rasa tak cukup karbon dioksida di kepala miss a... oksigen dah cukup.... tapi rasanya karbon dioksida yang membuatkan miss a tak berilham... tidak mengapa miss a cuba sedaya upaya membuang karbon dioksida dalam badan miss a... miss a sedaya upaya juga menambah kadar kalori oksigen... tapi miss a rasa oksigen mama ada kalori... haha........ apa pun miss a nak bye bye ni....

Salam sayang
  Miss A

Sunday, October 31, 2010

FREETIME!!!!! Here I come....

Akhirnya miss a hampir kepada puncak kemerdekaan... akhirnya miss a tak perlu sentiasa menghadap buku-buku sekolah....... selama lebih kurang seminggu miss a menghadap buku hanya kerana nak periksa... tapi dalam kepala miss a memang rasa miss a study last minute... siapa sokong miss a sila lah angkat tangan... siapa angkat tolong ucap omedetou kepada diri sendiri... omedetou tu apa? siapa tahu omedetou sila cakap depang komputer or laptop anda... soalan periksa tahun ni ok la juga... tak susah tak pula senang sangat... tapi alhamdulullah dapat juga miss a jawab soalan- soalan tu... lagi 2 hari je untuk periksa... tapi disebabkan periksa tinggal yang tak berapa penting jadi sempat miss a post blog... sepanjang minggu lepas miss a sibuk belajar last minute... tapi otak miss a dapat menangkap apa yang miss a baca... nasib baik otak miss a senang tangkap apa yang dibaca (hehe miss a dah start perasan) *_* ok miss a tak nak bebel panjang sangat... nanti bosan orang baca kan... bye!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (Sekarang miss a tengah tengok kartun bunny maloney... rabbit tu cute sangat)

Salam sayang
   Miss A

Saturday, October 16, 2010

misteri nusantara... (misteri tali kasut yang hilang) part 3

Bertemu lagi dalam misteri nusantara...
sambungan bagi yang lepas...
hari isnin berlalu dengan cepat sekali bagaikan menunggu ketibaan hari ini yang memang mengundang resah pada miss a yang kehilangan tali kasut!! waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!... pagi tu lepas sidai baju miss a terus pergi mandi... selepas itu miss a pergi gosok baju sekolah... hari ni start sekolah penggal yang ke tak tau.... haha... sambil gosok baju sekolah tu miss a fikir di mana miss a letak tali kasut miss a... pada pukul 12.30 petang yang mengundang kerisauan yang melampau pada miss a... miss a pergi cari tali kasut miss a di sekeliling rumah tapi miss a tak jumpa juga... sedih yang teramat sedih... miss a dah tanya nenek miss a tentang tali kasut tu tapi nenek miss a juga tak tahu miss a letak mana tali kasut tu... and nasib baik miss a berfikir dengan rasionalnya dan dengan matangnya (cehhhhhhhhh perasan) miss a fikir 'kalau dah angkat tali kasut tu hari sabtu lepas, mesti ada di suatu tempat....... hmmmmmmmm mungkin juga dalam seluar aku' miss a terus pergi cari seluar tracksuit miss a dalam timbunan baju yang belum dilipat lagi...... alangkah indahnya bila miss a akhirnya jumpa juga tali kasut miss a....
Maka dengan ini berakhirlah misteri nusantara yang jarang miss a buat....

Salam sayang
   Miss A

Wednesday, October 13, 2010

misteri nusantara... (misteri tali kasut yang hilang) part 2

 Assalamualaikum dan salam sejahtera........
kita kembali lagi dalam misteri nusantara ini...
ok kita sambung mengenai misteri tali kasut ye... hari ahad berlalu dan hari isnin menjelma... hari isnin ni miss a tak sekolah sebab tengah PMR sekarang tapi hari selasa sekolah semula.... hari ini semasa miss a tengah menengok kasut sekolah yang sudah lama diangkat baru miss a teringat mengenai tali kasut miss a... miss a panik sangat masa tu dan miss a tak ingat kat mana miss a letak tali kasut miss a tu... tapi disebabkan miss a seorang yang suka bertangguh miss a tunggu sehingga esok, iaitu selasa bersamaan hari persekolahan...
tak apa lah nanti sambung post lagi ek!!!!!!!!!
Assalamualaikum........

Salam sayang
   Miss A

Tuesday, October 12, 2010

misteri nusantara... (misteri tali kasut yang hilang)

Peristiwa ini memang peristiwa betul dan akan mencuit hati orang yang membacanya...
Peristiwa ini berlaku pada 12 okt 2010 iaitu hari ini...
sebenarnya miss a mula syak semalam yang tali kasut miss a tak ada... miss a ingat bahawasanya miss a dah angkat tali kasut yang dah kering tu... tapi smlm miss a tangguh kerana masih ada masa lagi (fikir otakku yg memang sedia tak berapa betul ni)... miss a angkat tali kasut tu hari ahad... masa hari ahad miss a dan adik miss a tengah angkat kain sambil tu miss a angkat tali kasut sekali selepas itu miss a bawa semua kain tu masuk sebab adik miss a tak kuat... masa tu tak teringat pun mengenai tali kasutku yang telah miss a masukkan secara spontan dalam poket miss a...
ok nanti bila-bila kita sambung upload ye...

Salam sayang
   Miss A

Sunday, October 3, 2010

Daku benci pabila...

1- Disuruh buat kerja yang berkaitan kain seperti basuh kain, sidai kain dan lipat kain...
2- Kupas bawang... sakit binti pedih mata. Terutama bawang kecil. Bawang putih dan besar bau tu tak tahan tapi tak sakit mata... kira masih boleh tahan lagi la kan...
3- Buat kerja yang berkaitan kemas rumah dan sapu sampah
4- Orang puji miss a (miss a punya otak memang sukar diungkapkan dengan kata-kata)   
5- Orang yang sesungguhnya memang tak sporting
6- mandikan kucing
7- pakai make-up KECUALI bedak ...
8- seorang budak lelaki gila kat sekolah miss a...
9- Orang ucap 'happy birthday' pada miss a....
10- orang wish miss a...

semoga bertemu lagi...

Salam sayang
    Miss A

Friday, October 1, 2010

hello, assalamualaikum, hola, hye n hajimemashite....

Assalamualaikum... nak jadi seorang islam yang baik mesti lah kena mula dengan beri salam dulu kan...
ini adalah blog miss a yang kedua... Blog pertama ada tapi miss a lupa password jadi tak bisa ku teruskan XD... haha terukkan miss a... XD
Ok, miss a nak kenalkan diri miss a... kita mula...
Hajimemashite. Watashi wa miss a desu. Watashi no gakkou SMK BBST...
Orang yang kenal miss a semua panggil miss a maryam... ada lah segelintir yang panggil miss a ayam terhormat... mereka akan ku sanjung sampai bila-bila... Dalam blog ini miss a ingin cerita tentang hidup miss a lah.... tapi bukan semua ye... tapi kalau tak keberatan panggil lah miss a cik a.... ok tak nak tulis panjang- panjang hari ini... tapi miss a suka membebel tau... Biasanya miss a membebel kat kawan miss a... diorang cakap sakit telinga dengar miss a bebel tapi miss a tak ambil hati pun... Bagi miss a biasalah tu adat berkawan...
ok lah bye...

Salam sayang
    Miss A