Wednesday, July 4, 2012

Artis dan Perniagaan

     Whoa! I bet u semua tahu artis2 SEDUNIA memang berkecimpung dalam bidang perniagaan kan... Kalau tak tahu, sila tahu! Why ek? To me, selebriti2 sekalian tu tak ada bakat lain KOT [sila jangan boikot saya] selain dari menyanyi dan menari dan mengehos rancangan dan berlakon dan bermain bola sepak dan MELUKIS!

Siapakah gerangan artis ini?

     So, topik hari ni ialah tentang artis yang dalam BMnya pelukis... Haaa! Terkejut tak? Why? U think i will talk-talk pasal selebriti-selebriti sekalian kah? Oh, sila fikir diluar kotak okeh anda? Sebelum tu, kalau nak tahu siapa budak pompuan yang jadi gambar kat atas tu, klik SINI!!!!


     When we talk about artist or pelukis ni kan, diorang ni memang pandai melukis lah ofkos and di samping diorang ni ada bakat semulajadi dengan tangan yang lemah gemalai (ingat orang menari tarian lembik-lembik je ada tangan lemah gemalai), diorang ni jugak sebenarnya berotak bergeliga (ayat mana tah dikaut tu)! 
     If otak diorang punya otak tak bergeliga, diorang mesti kena tipu kalau orang yang membeli tu memang pakar dalam segala macam penipuan! Haaaa, kesian kan? Kan? Kan? Kan? *Sila angguk berserta setuju ^ ^
      Selain daripada diorang ni nak tambah duit kocek nak buat beli wotekaler dan pensel kaler. Walaupun cuma wotekaler and pensel kaler, mahal jugak woooo! Kalau nak beli wotekaler mesti kena pilih cap Buncho. And kalau kaler pensel mesti nak yang Faber Castell. Tak mainlah yang murah2 ni! Kita ni, yang bukan ARTIS ni boleh je. Maklumlah, nak buat conteng kat kertas n lepastu tayang kat dinding : )

     Selain itu, diorang mestilah nak makan and minum kan? Kan? Kan? Kalau tak makan and minum tu kita boleh kata dia ni bukan manusia which means hantu ofkos. And, mereka-mereka ni semua jugak perlukan tempat tinggal untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik dan hujan lebat. Tanpa tempat tinggal, hancur leburlah lukisan-lukisan yang telah disiapkan dengan penuh kasih sayang tu kan? Kuahahahahaha!

     Ok, babai semua : )

Tuesday, July 3, 2012

Kau dan Aku





     Alkisahnya, dulu masa umur saya 6 tahun (budak kecik lagi tu), saya pernah panggil ayah saya dengan panggilan KAU
p/s: Oh, silalah percaya kerana benda tu bukan rekaan. Cerita betul tau! 100 % tak ada editing! Huh, memang derhakanya i time tu! 

     Sebenarnya, hati ini terdetik nak panggil ayah dengan panggilan KAU tu sebab kat tadika tu kan kita kalau dengan kawan kita guna aku kau sebagai perantaraan (perantaraan?), so dari situlah i terfikir...
'Kenapa kita tak panggil mak ayah kita guna AKU KAU je kan? Lagi senang...'

     So, malam tu i pun menjalankan projek gila yang telah dirancang rapi oleh Cik Senow sejak waktu rehat kat tadika tadi... 

     Time tu nak minum air and sebagai budak kecik yang belum cukup ketinggian nak capai jag kat kabinet, i pun mintak tolong ayah ambilkan + tuang air dalam cawan.  So, this is the dialogue between me and my ayah...

Me: Kau, ambikkan aku air [dengan muka tak-bersalah yang melampau]
Ayah: Dari mana belajar perkataan tu?
Me: Dengan kawan...
Ayah: Lain kali jangan guna perkataan tu lagi *sabar je le dengan budak ni
Me: Kenapa? Dengan kawan boleh je [muka tak bersalah lagi]
Ayah: Tak elok.

     Lepastu, i just angguk-angguk kepala and minum air : ) Tengok tu! Ada ke patut anak guna perkataan AKU KAU dengan ayah! Ish ish ish... Apa nak jadi ni! Tapi, time flies and sekarang i tahu kenapa tak boleh guna perkataan AKU KAU dengan mak bapak = D

p/s: Jangan tiru aksi ini dirumah. Hormatilah orang tua anda. And, DON'T BE LIKE ME : )      
Pesanan ikhlas daripada;
Senow Yuki

Sunday, July 1, 2012

Bunga Kertas - Enduring Beauty

     Siapa dah pergi Floria 2012? Ok, kalau belum, silalah pergi. Kedatangan anda semua amatlah dialu-alukan... Untuk tema Floria tahun ni, kerajaan bagi BUNGA KERTAS-TETAP MENAWAN ataupun dalam bahasa Englishnya BOUGAINVILLEA-ENDURING BEAUTY...

     Entah apa lah yang menarik sangat pasal bunga kertas ni kan? I guess yang kerajaan ambil bunga kertas jadi bunga tema tahun ni sebab dia orang kesian kot tengok bunga kertas tu tak ada orang sangat yang suka... Yang suka pun cuma golongan mak- mak kita kan? Yelah, tanam kat laman rumah bukan main berlambak lagi! Siap berjambak-jambak tu... Terutama kawasan kampung kan?


     Untuk makluman lanjut, sila klik SINI!!! untuk memudahkan awak semua kalau-kalau mengidam nak pergi Floria sesangat nak tengok bunga kertas. Dalam website tu, semua yang awak nak tahu ada! So, don't worry lah kalau tak tahu jalan nak pergi sana : ) Kat dalam website tu ada bagi peta. Print je lah... 

     Anyway, saya dah pergi dah! Baru petang tadi : ) *Dengan bangganya nak bagitahu! Heheh, bes oooooo... Rugi kalau tak pergi! Sooooo, marilah kita beramai-ramai menjayakan Floria 2012 kali ini! Wahaha! Tak payah bayar pun nak pergi masuk Floria tu...
p/s: Ada bakat jadi tourist guide berjaya tak? Siap bagi promo tu... Mesti nanti Kementerian Pelancongan nak lantik saya jadi ketua tourist guide! *Haha, in ur dream!

     Just kalau nak beli bunga-bungaan segar yang gerenti akan layu dalam masa dua tiga hari je kena bayar. TAPI, mahal gila woooo nak beli bunga segar bugar tuuuuuu! Cekik darah betui! Ada yang sekuntum tu, 6 ringgit! Sejambak yang tak berapa nak besar pun dah 3000 sen keatas!