Tuesday, April 17, 2012

A gift

     Dalam tajuk entri hari ini, telahpun dinyatakan yang saya, Miss A dengan sukacitanya telahpun menerima pemberian daripada adik lelaki saya. Sebenarnya nak cakap benda tu hadiah, tapi saya rasa tak tepat sangat, jadi saya pun tukarlah menjadi suatu pemberian. Miss A rasa itulah pemberian yang paling disukai pada akhir tahun lepas hingga tahun ini. Tak tahulah kalau boleh dikekalkan untuk terus minat dengan benda tu sampai akhir tahun! Wakaka!
     Pemberian itu telah saya terima dengan hati yang sungguh sukacita (betul ke ayat tu?) Pemberian itu telah saya terima pada 1815 semalam! Wah, bangganya! Excitednya! Sukanya! Nyanyanya! Banyaknya nya! Ok, stop dululah. Nak tahu tak apa benda yang berjaya melt my stone heart? Nak ke? Betul ke? Okay, sebagai seorang insan yang baik hati (wek), saya pun dengan murah hati nak beritahu.
     Miss A dapat MAINAN LEGO! Wakaka! Waaaaaaaaaaaa, suka gila lah! Macam nak gila bila dapat mainan tu! Ish, betik ke Miss A yang dah besar panjang tu main mainan LEGO yang budak 5 tahun main? Kalau tak percaya, datang rumah, tengok. Nanti Miss A bawa mainan tu. Mainan ni bukan yang set yang blok - blok yang suruh kita bina sesuatu tu. Yang ni kena pasang - pasang. Lego yang blok tu pun kena pasang kan? Yelah, tapi yang ni lain, dia memang kena pasang juga, tapi dia ni ada bentuk. Alah, nak senang saya tunjuk je lah LEGO kesayangan saya tu.

Inilah lego yang adik Miss A bagi! Sebiji macam yang ni! Bangganya!


     Oh adik. Terima kasih kakakmu ucapkan. Wakaka! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, sukanya! Bangganya! Sukanya! Bangganya! Sukanya! Bangganya! Ok, dahlah tu... Suudahlah sudah, biarku pergi. Wakaka! Over reacted pula dia ni. Tak pasal - pasal masuk HB pula. Okay, bye! Dah tak ada apa nak cakap lagi dah. Jumpa lagi. Sayounara!

*HB = Hospital Bahagia
*Nama asal Lego tu Jawblade. Miss A bagi nama dia Lego. Jawblade tu ganas sangat!
*Semalam bawa Lego tidur sama - sama! Wakaka! Ok, tipu je. Belum tahap kronik lagi!

Sunday, April 15, 2012

Watching tv

     Ini sebenarnya entri orang boring tak ada  kerja nak buat. Jadi, yang berminat nak baca, dipersilakan baca. Yang tak berminat, kalau nak baca dipersilakan, tapi kalau tak nak boleh tekan butang X ye! Wakaka! Ok, jadi sekarang ni saya sedang menonton TV. Untuk pengetahuan khas awak semua, menonton TV adalah hobi saya yang kedua terbesar. Yang pertama dah berjaya dirangkul oleh TIDUR!
     Pada pukul 1130 tadi, saya baru saja menonton cerita yang bertajuk Victorious! Pada pandangan mata saya, cerita tu best tahu! Wakaka! Lawak! Tapi, memang dah banyak cerita macam tu di Amerika kan? Yang ni antara yang saya suka tengok (walaupun baru FIRST time!)! Wakaka! Cerita ni terbitan Nickelodeon! Aaaaaaaaa, I love Nickelodeon! Nampak sangat tak matang.





     Artis yang membintangi cerita ini yang saya ingat cuma Victoria Justice. Je. Orang lain saya tak ingat! Teruknya. Siapa yang tak tengok lagi cerita tu lagi, sila lah buka youtube dan CUBA search cerita ni. Kalau tak ada, pandai pandailah cari sendiri! Wakaka! Miss A nak cakap sikitlah kan, alah sikit je tak banyak pun, enam patah perkataan je. Kenapa tak satu? Sebab Miss A tak nak. Okie (gedik), kita balik ke topik asal. RUGI KALAU TAK TENGOK CERITA TU! Mesti tengok tahu! Best sangat!

     Ok, bye! Dah tak ada apa nak cakap lagi dah : )

Saturday, April 14, 2012

Setahun lebih sudah sejak kali terakhir diri ku mengupdate

     Saya, Miss A nak meminta maaf kerana sudah lama sangat tidak update blog ini. Saya juga ingin mengucapkan maaf kepada para pembaca setia dalam blog ini. Sebenarnya, ada di sebalik tabir tentang apa yang berlaku. Semua benda yang berlaku memang ada kisah disebalik tabir kan? Kucing makan pun adajuga kisahnya yang tersendiri. Wakaka!
     Sebenarnya, panjang sangat kisahnya. Tapi, saya pendekkanlah cerita. Password blog ini telah pun dengan jayanya ku lupai. Aik? Panjang sangat ke? Setakat nak cakap lupa password pun susah sangat? Eh, memang susah tahu? Yang susah tu nak membina ayat. Kan senang kalau cakap, 'sebenarnya Miss A terlupa password'? Memanglah senang, tapi sebagai seorang yang budiman dan mementingkan penjagaan hati dan jiwa bakul serta batin, Miss A mengalami kesukaran untuk membina ayat. Awak semua apa tahu? Baca saja (marah 1 detik)!
     Sebagai entri pertama tahun ini, saya, Miss A tak nak post panjang - panjang sebab Miss A dilanda bencana malas yang kronik dan perlu dibina semula supaya menjadi rajin. Untuk tahun ini, cita - cita saya dah bertukar! Wakaka! Dengan bangganya saya bercakap. Saya dah tak nak jadi penulis macam Ain Maisarah macam yang saya tulis dalam entri HARI ITU. Sebab saya baru tahu yang saya tak minat menulis panjang - panjang dan senang melanda penyakit BORING dan MALAS! Jadi, saya dengan rasminya mahu menyatakan apa saya nak jadi bila besar nanti (macam budak kecil pula). Bila besar nanti, saya masih belum putuskan nak jadi apa! Waaaaa, tolong saya cari apa saya sesuai jadi! Sikap saya menunjukkan yang saya tersangat - sangat sesuai menjadi PENGANGGUR! Oh, tidak! Tak mahu jadi PENGANGGUR! Nak kerja elok - elok!
     Dah bercerita panjang mengenai cita- cita ni, lupa pula nak bercerita di sebalik tabir macam mana dapat password ni balik! Sebenarnya, kisahnya berlaku tak ingat bila tarikh dan hari. Well, Miss A kan handal dan hebat dalam menggali komputer dalam proses mencari sesuatu maklumat! Tak tahu ke? Ish ish ish, sedih sungguh diriku, (sob sob) mengenang nasib ini! Hah! Mula lah tu, menggedik tentu pasal! Mengada - ngada betul!
     Hello, Miss A! Tadi kata tak nak tulis panjang - panjang, ini boleh pula buat panjang - panjang? Ye tak ye juga, kenapa Miss A suka sangat membebel sampai tak sedar objektif sebenar. Okaylah, Bye! See you soon!