Friday, August 31, 2012

Hari ni Hari Kemerdekaan ek?

     Boleh pulak aku pergi lupa yang hari ni Hari Kemerdekaan! Woi! Rakyat mana hang ni woi! Ikuti kisah dibawah untuk menghayati ke-lupa-an aku di hari yang penting ini...

Pada hari Jumaat tanggal 31 Ogos 1957 2012 pada kira-kira jam 12.00 tengahari, kelihatan beberapa orang makhluk Allah SWT [bajet alim dowh] sedang berjalan-jalan sambil bercakap-cakap tentang Hari Kemerdekaan negara ini...
Aku: Hari ni banyak gila open house kan?
Fatin: Ye lah, kan hari ni hari merdeka.
Aku: Eh! Bukan esok ke? *Teringat sesuatu* Eh!
Everyone: Woi! Kau rakyat negara mana weyh! [sambil gelak]
Aku: Ha'ah lah!!! [gelak sendiri]

THE END : )
Happy Independence Day u all!!

Saturday, August 25, 2012

The relationship of Stressed and Desserts

     Suatu masa dulu kan aku pernah tulis entri pasal skandal si Dato' Durian and his wife Datin Tempoyak... Haaaa, ingat tak? Kalau ingatan dah tak kuat, tekan >SINI< untuk baca kisah pen-skandal-an Dato' Durian and Datin Tempoyak : )

     Sebelum dimulakan kisah yang menarik tersangat-sangat ni, aku nak ucap terima kasih bebanyak kat owner blog beatnotbomb sebab bagi aku ciplak harta dia walaupun tak ada pulak nak mintak izin dari pemilik blog tu untuk guna dia punya gambar... Alah, sebijik je kot : D

Sempena hari raya ini, ku hadiahkan kek kecik ini untukmu pandang = )

Stress nya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!

     Orang tu tulis; 
When you're stressed, you eat ice creams, chocolates and sweets. You know WHY? Because STRESSED spelled backwards is DESSERTS!!!!!
      Kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Maybe disebabkan benda2 tu manis, so kita dapat melupakan masalah yang kita tengah stresskan tue : ) Tapi sesetengah orang makan junk food or makanan biasa kan?

Wednesday, August 22, 2012

Wahai AF... Kenapa kau comel sesangat?

     Sebenarnya hari ni tak tahu nak apdet apa so aku updatelah pasal si AF ni... Siapa AF? Akademi Fantasiasia ke? Hahah! Jawapannnya... Salah lagi dipersalahkan!!! AF ni kawan baik King Ayam the Great ofkos. Persoalannya, siapa AF??? Ha, mystery solved serta merta!

Aiman Farhana
     Comel kan? Haaaa, kan dah kata. Hampa semua tak mau percaya.. Heheh : ) Yang ini gambar dia masa raya haritu.. Dia baru update gambar ni semalam malam or harini kot. Nama dia mungkin macam laki, but she's sure a very cute girl kan? Kawan sebelah aku kat sekolah la ni. Banggo jadik kawan dia tau.. 
p/s: Dia ni pandai tau... Masuk kelas paling pandai kat sekolah : )
     So, harini aku tak mau bebel banyak macam >haritu< jadik aku cuma bagi gambo-gambo untuk kau orang semua tengok-tengok or curik or tenung sampai muak dengar lagu kat blog aku.

     Boleh letak ucapan selamat hari raya kan kat tempat plain sebelah dia ni.. So, dengan baik hatinya aku pun letaklah satu ucapan tanpa restu dari tuan punya gambar... Tadaa...

Simple mimple but no pimple jer kan aku buat :D


     Aiman with her cat named Harry although her cat is a female cat.. Dia kata dia ter'inspired' by cerita Harry Potter! 

     Aiman at Turki! Aku cadang nak buat gambar ni jadik header blog dia. She sure is cute right? So, tukang pening kepala edit blog dia ni aku lah.. Memang sejak dia start buat blog pun aku yang jadik tukang edit tak berbayar dia.. Takpe, i ikhlas tolong u : ) 
p/s: Nak bukak blog dia, tekan SINI!!! Alang-alang dah bukak tu, followlah dia sekali okeng
      Teka yang mana satu Aiman... Buahanhanhanhanhan! Yu oll semua salah! Dia yang hujung sekali yang guna telekung putih tu... Tengok pipi dia yang gebu tu XD Guess dia kat mana. Kalau dah tak boleh teka tu memang lah tahpape... Dah terang-terangan belakang dia ada gambar ka'abah kan.. So, memang dia kat Mekah lah! Time ni dia pergi umrah.. Bes kan dapat pergi umrah masa muda-muda?

      Aiman and aku kat kedai jual makanan kelantan. We went there by bicycle je... Alah, bukan jauh sangat pun kedai tu! Tak sampai satu kilometer pun [kot]... Yu tahu, i am so obsessed by that sate ikan haritu sebab i fikir benda tu boleh jadik kipas i.. Weih, petang tu panas gilos dowh!


     Okeh, dahlah dulu untuk entri harini. Sebab aku nak pergi bukak pesbuk aku... Babai yu oll : ) Befor that, >TEKAN SINI UNTUK KE PESBUK AIMAN FARHANA< and also >TEKAN SINI UNTUK KE PESBUK KING AYAM THE GREAT<
p/s: Aiman is the second most cute friend of mine lepas Azrin Baizura the AWESOME second awesome lepas aku xD

Tuesday, August 21, 2012

Mohlah kita sama-sama menternak lemak di bulan yang mulia ini!!! Yeay..

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi salam biar penuh, jangan semekom jer kengkawan ea : ) Di bulan Syawal yang penuh barakah ini, ingin ku susun jari sepuluh (bak kata najib) memohon kemaafan dan keampunan disebabkan ke-laser-an mulut yang teramatlah lancau pabila berkata-kata ini..

     Dah! Stop pretending like a skema, kido! So, bulan raya ni wajib sesangatlah ada kuih dan muih yang sejak zaman sebelum merdeka lagi dah ada kan? Takpun ketupat rendang sila nikmati kawan tu memang wajib! Tak sah oo kalau tak ada.

     jadi dengan adanya bulan Syawal, kita dengan sukarelanya akan melupakan diet ketat yang telah diamalkan selama sebulan berpuasa : ) And kuih muih serta lauk pauk yang walaupun kita dah mengadap benda tu tiap-tiap tahun tapi still kita tak jemu kan? Antaranya.......

     Yang ini siapa tak kenal memang aku sembelih pakai bantal empuk! Kuih ni memang kuih wajib kat semua rumah yang aku pergi beraya.. Kiranya kalau tak ada memang tak sah lagi sahih kan? Macam sedap sangat je almond london ni.. Aku makan macam biasa jer -_-

     Ini satu lagi kuih wajib kat rumah-rumah.. Kalau tak pernah rasa memang yu ni orang luar negara lew tuw : ) Orang negara Malaysia tercinta ni semua pernah rasa kuih ni walau sekali pun!

     Kuih bangkit. Siapa minat ni? Aku tak berapa suka sangat. Maybe sebab warna dia yang putih melepak and rasa dia yang aku rasakan terlampaulah muak sesangat sangat!

     Kuih bahulu yang kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap ni pun ramai jer aku tengok orang orang jual kat pasar or shopping mall. Bukan apa, kalau bahulu tu sedap and empuk nak jual tak kisahlah kan... Tapi ni yang dijual semuanya keras-keras belaka and manis sengaja over lak tu! Mana orang tak serik nak beli bahulu.

     Ini kalau beraya kat kampung ni memang mesti ada. Lainlah kau orang yang tak pernah beraya kat kampung kan? Heheh.. Nasib baik aku ni peminat kerepek pisang sejak dari kecik lagi kalau tak memang kerepek pisang ni akan sepi tak terjamah! Buahbuahanhanhanhanhan! Bukan ramai pun kan peminat kerepek pisang ni kan? Kan? Kan? Kesia kat kerepek pisang...

     Sekarang ni kan kuih ni dah divariasikan jadik ada yang kaler kuning (bukan kuning yang asal ke), hijau, purple and pink! Tapi rasa dia sama je kot! Warna je lain.. Menyala-nyala ooooo

     Tak kenal? Haiya! Omelayu ke omputih ni! Ini namanya ketupat. Biasanya kau orang rebus ketupat ni berapa jam? Menurut Aziz Satar, orang dulu rebus ketupat 8 jam! Memang keras lepas dah siap tu.. Tapi tahan lama oooo *tak tipu tau, memang dia cakap cenggitu. Aku tengok kat MHI tahun lepas!

     Ini satu lagi jenis ketupat... Apa ni? Namanya Ketupat Segi Tiga! Hahah. Salah! Nama dia Ketupat Palas. Tak kenal? Nampak sangat kau orang ni ombandar tau! Orang kampung macam aku je yang kenal benda-benda camni... Tapi makanan bandar, memang aku tak berapa nak kenal! Aku tak tahu pun apa kebendanyalah souffle tu... Tapi sekarang ni baru la aku tahu.. Tu pun lepas gi search kat google.kom.

     Yang ini memang sentiasa diwar-warkan kat tv kan? Bukan sedap sangat pun..
p/s: Menurut reseptor pada lidah terus ke otak, otak aku kata tak sedap tapi lidah orang lain-lain....

     Cuba kau orang pergi beraya kat kampung-kampung punya kawasan.. Memang air gas cenggini yang diorang hidang. Cuma perisa je yang lain.. Kalau dah semua rumah hidang air ni and perisa dia semua sama memang tension lah kan...


     Soooo, sudah-sudahlah aku merepek di hari ke3 Syawal ni... Lepas ni nak tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah lak kat youtube.com. Maklumlah, tak pernah pergi tengok wayang...

Cantikkan blockquote baru aku ni :D Buahbuahanhanhanhanhanhan! Perasan gile lah kau ni Yam!

Thursday, August 16, 2012

Kau pergi mana!!!



 

     Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana! Kau pergi mana!!!! Kau pergi mana disaat ku mencarimu dengan sepenuh hati... *Uih, jiwang pulak kau ye yam :D

     Nak kata balik kampung, kau takde kampung. Nak kata balik bandar, kau mana ada bandar. Balik rumah? Lagi lah tak woi! Kau mana ada rumah. Ko tu tinggal kat dalam komputer jer woi.. Takkan kau dah didelete oleh pembuat web tu... 

     Kau tau tak aku cari kau merata-rata tak sampai ke lubang cacing! Penat au.. Terbakar lemak-lemak yang dengan jerih peritnya aku ternak sepanjang bulan puasa ni. Janganlah nyorok lagi!!! Aku nak nangis ni tau dak! Tension aku cari kau... Tapi tak berjaya kujumpa.........

     Ni apa benda yang kau dok merepek + merapu cam orang kat pentas pilih kasih tengah monolog ni? Dah gila ler tuw... Woi! Aku tak gila ler. Aku ni nak cari benda missing tau.. Benda ni dok pergi jalan-jalan kat Hatikolam kat England sana kot.

     Yu oll bukak THIS WEBSITE dulu.. Lepastu tengok cursor dia.. Lepastu korang tau le kot apa yang aku dok tercari-cari kat cursors-4u.com tu.. Boleh pulak benda u dok missing! Penat aku dok cari cendawan tu tau! Tak jugak kejumaan.. Sedihs yu knows!!

     Ok, got to go now.. Have to cari my beloved candawan sampai lubang arnab = ) Chowkitroad yu oll.. 

Happy Raya Day from migoreng to ikan yu

Wednesday, August 15, 2012

Nampak sangat semangat ke-materialistik-an mu

     Ni apa tetiba jer nak cakap pasal materialistik ni? Siapa yang materialistik ni? Kau? Aku? Dia? *Ceh, dah macam buat novel cintan pulak dah ni rasa! Buahbuahanhanhanhan : D

     Nak tau tak mana asal usul perkataan materialistik, wahai murid-murid sekalian? Yang tak mau tu sdah! Pergi sana main mercun sampai putus badan dari tangan! Buahbuahanhanhanhanhan!

Sebenarnya, perkataan materialistik tu berasal dari satu pasangan (kau dah rindu sangat nak makan kerepek ke hape ni, asyik merepek jer), iaitu material and listik. So, si material and listik ni kawin... Dah kawin tu, diorang ada sorang anak dan dinamakan materialistik hasil gabungan nama material and listik ni... THE END! Huahua, takdak kaitan langsung dowh! Merapu jer lebih la kau ni Yam oi!

     Yang ni pulak satu lagi asal usul nama materialistik. Dia ni berasal dari perkataan Inggeris iaitu material dan lipstick! Dan disebabkan lipstick ialah sejenis material, jadilah perkataan materialistik : ) Huahua! Nampak sangat tak ada kaitan!

     Ok, i dah done merapu, soooo sekarang ni nak capai objektif penulisan entri!!! Woi, kau ni dari tadi dok merapu cam hape tah baru sekarang ni nak tulis pasal tujuan buat entri ni! *scolding myself sekarang nih -_-

     jadi, hari ni i nak bincang pasal materialistik ler. Kalau tak wat pa i nak tulis tajuk materialistik tu kan? Buahbuahanhanhanhanhanhanhan! Apa yang materialistik ni? Yu oll nak tahu kan? Yang tak nak tu pergi main mercun sana! Kalau tercerai mata dari tubuh jangan yu berani nak salahkan i tahu!

     Yu know warga Malaysia sekalian, orang-orang kat negara belah-belah arab sana kan.. Makin nak dekat raya, makin dorang sedih tahu. Kita ni, nampak sangatlah sifat materialistik tu! Yelah, mana tak nya... Makin nak raya, makin bersuka ria! Siap beli baju raya 30 pasang lagi! Yang harga berjuta pulak! Baik buat beli rumah. Lagi untung.. Kuih raya lagi berlambak! Dari dapur sampai depan pintu kat luar rumah berlambaknya kuih dan muih tu.

     Lepas tu, makin nak dekat raya, bertimbun barang lama kat tempat buang sampah pasal dok sibuk beli perabot baru and langsir baru! Nasib baik ada iklan febreeze tu tau. Kalau tak, memang orang semua semangat nak beli barang baru!

     Ok, babai yu oll! Sebelum King Ayam pergi King nak ucap kat yu oll Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir serta batin sebab King menyinggung perasaan yu oll dalam entri ni : ) Selamat berpuasa penuh too

Sunday, August 5, 2012

Chong Wei!!! Silalah menang supaya...

     Siapa dok kenal Chong Wei ni wa cakap lu memang ketinggalan tahun leee... Weih, dia dah popular sangat dah auh! Orang luar negara pun ramai sokong Chong Wei suruh dia beatkan LinDa-n harini...


Malaysians can have Baskin Robbins aiskrim for percuma!!!
Kan Baskin Robbin kan ada cakap yang dia nok belanjo we oll makan aiskrim FREE kat warung-warung beliau.. Soooo, Chong Wei mesi pertimbangkan kemahuan rakyat-rakyat Malaysia pergi makan kat Baskin Robbin yang cekik darah tue : )


Tebus maruah yang telah hilang
Dia kan dah kena beat ngan LinDa-n and Chen Panjang kan and benda tu dah membuatkan Uncle Chong feveret kita turun tahta beliau (kesian kat dia) dari ranking 1st dunia dah turun tangga pergi entah keberapa tangga dah.


Malaysia can have ONE gold medal in this year's Olympic!!!
Kesian kat negara kita yang tercinta ni tak pernah merasa dapat gold medal kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Sooo, Chong Wei must fight till peluh terakhir untuk dapatkan gold medal for Malaysia Tanah Tumpah darah...


Yu can masuk dalam sejarah Malaysia tau dak!
Kalau yu menang, yu will get a chance to masuk dalam sejarah! Wow, after that, yu sampai mati or bersara pun akan dikenang-kenang oleh rakyat Malaysia : )