Thursday, July 26, 2012

Toyol kepala kotak di markas kotak

     Haritu gua ada bukak monter dot kom nak tengok-tengokla apa yang menarik sangat tentang website tu. And, bila dah bukak tu, tak ada apa-apa sangat pun -_- (hampa ye sekarang ni) Boring jerrr! 

     Mungkin masih baru kot... Takpun, orang yang buat citer boboboi ni takdak masa nak upgrade and update website dorang tuu.. Muka depan dah cantik tapi isi kat dalam tu, HOH! Takdak apa sangat dowh! Gua dah godek isi kat dalam website tu and jumpalah satu cerpen nii...


     And, gua terjumpa komik and cerpen ni... Yang komik tu tentang Papazola with his Pembaris P! Serius wa cakap sama lu... Memang boring der! Macam taknak baca! Masalahnya dah TERhabis baca lah pulok -_- Yang si cerpen ni, yang toyol kepala kotak kat gambo yang sebijik ni leee. 

     Cer baca.. Gerenti gelak boleh berenti punya! Tapi ni kira oke dari yang papazola.. Ok, bye! 
p/s: Kalau nak baca tu, baca sampai habis tau.. Don't baca sekeghat jalan jer : ) Anyway, gua kesian sama itu Adudu sebab dianiaya oleh A.R. Probe [hehe]

Monday, July 23, 2012

Soo Wincci puasa? Islamkah dia?

     Gua bukak-bukak jer blog dia, wau! Terkejut kucing gua baca entri dia! Susah ooo nak percaya benda macam ni. Ye dak? Kan? Kan? Kan? Hei yu! Gua tak tipu tau.. Memang Soo Wincci puasa... Wat? Yu want proof? Hah! Gua kasi gambar. Tengok le puas-puas sampai terbeliak bijik mata kamu sekalian ^_^

Wiiiiii, gua ada watermark baru : )



     Dah baca kan? Percayakan? Kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Haaaa, kalau tak percaya lagi, rujuk la gambar bawah ni...


     Silalah speechless kalau masih tak speechless : ) Tapi kan, boleh ke ek orang bukan islam nak puasa cara kita orang islam ni? Hmmm, gua rasa boleh je kot... Konsepnya macam diet kan? Cuma yang ini lebih bagus dari segala-gala diet yang ada!!! Huahahahaha! Cumanya dia tak dapat pahala macam kita lah ye dak : )
p/s: Silalah malu wahai manusia yang TAK NAK puasa sebab orang bukan islam pun boleh je puasa. Oh, kalau yu oll RASA [rasa jer] nak blogwalk kat blog dia, dipersilakan tekan >SINI<

Friday, July 20, 2012

Fun with Pixlr Editor and O-Matic

     Wehehe.. Baru sekarang ni nak feeling guna benda alah tu... Bes jugak wooo bila dah try guna! Macam nak edit semua gambar je guna Pixlr! Meh kita cer tengok hasil air tangan gua dalam dunia peng-edit-an gambar : )

Tengok wayang!!!

Bakul lama nih

Wuuuuuuuu, creepynya... Belon jer yang tak creepy ye dak?

Ber-rainbow bunga kekwa + anjing nih ye

Spiderman ni rupanya pencuri ye...

Durian ada yang kaler hijau rupanya

     Haaaaa, dah tengok? Syokkan? Nak cuba kan? Hehe, bes giler wooo! Rugi lu olang tak cuba...

Happy Puasa Yu Oll!!!


     Gua tengok semua blogger dah tulis entri pasal esok. Gua pun nak jugak tulih! Tak mo ketinggalan. Nanti jadi katak ayam bawah tempurung.. 

     Ok, now first things first... Gua nak ucap HAPPY PUASA kat yu olls. Happy-happylah time puasa nanti.. Jangan le guna alasan puasa untuk tak buat kerja pape pun... Woi! Lu dah besar wei, takkan nak guna alasan dak kecik camtu kot!

Gambar yang takdak kaitan dalam cerita ni... Saja je letak : )
     Gua teringat masa gua kecik dulu,ada satu hari tu masa gua darjah tiga, gua dah tak tahan sangat nak pose, soooo gua dengan BIJAKnya telahpun menuju ke bilik air untuk amik air sembahyang [kononnya]... Nasib baik jugak lah time tu dah masuh zohor. 

     Soooo, gua pun tutup pintu bilik air and lepastu terus bukak air paip... Mula-mula tu, konon baik lah... Gua abasuh tangan 3x. Lepastu, setan mana tah terlepas dari jail kat neraka tu gi suruh gua minum air paip.. Disebabkan time tu gua masih budak kecik yang imannya belum cukup kuat dan terikut-ikut sangat dengan tv tu, gua pun tadahlah air kat tangan pastu dengan selambanya minum...


     Dah berapa kali teguk tu, dah rasa puas and tenaga dah kembali la kan, gua pun amik balik air sembahyang cam biasa... Lepastu keluar and terus solat cam takdak apa jadi.. And, benda tu berlaku beberapa kali dalam seminggu... 

     Sekarang nih, dah besar gedabak, takkan nak buat lagi kot benda camtu.. Anyway, sekarang ni dah boleh tahan dah puasa.. Alah, setakat setengah hari je kot! Takkan tak boleh tahan! *Riaknya daku -_-

     Ok, bye yu olls! Hehe, sebelum tu nak ku tanya yu oll... Dah habis genti puasa ke belum? 

Thursday, July 19, 2012

Tuhan Tandas? Watahal is that???

     Uuuuiiii! Ada ke tuhan tandas? Haaaa, siapakah gerangan tuhan tandas ini? Nak tahu tak? Nak tak? Nak tak? Nak tak? Nak tak? Nak tak? Nama dia Kana Uemura... Kenal ke idak siapa Kana Uemura? Haha, gerenti tak kenal! Kalau letak muka kenal tak?

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


     Inilah tuhan tandas yang dimaksudkan tu.. Ngehehehe. Muka sweet macam tu pun boleh jadi tuhan tandas kah? Haha, tadi dah bagi nama and sekarang dah bagi gambar, so kenal ke tidak? Heh, tak kenal punya! Sebab, dia ni orang jepun! Popular sangat ke dia ni ek? Woi! Fofular tawu dak! Dah nama pun tuhan tandas so mestilah meletup kan?

     Takde, sebenarnya yang tuhan tandas tu nama tajuk lagu dia jer lah woi! Tajuk lagu yang sebenar-benarnya ialah 'Toire no kamisama' yang bermaksud Tuhan Tandas. Kalau nak nama yang soft sikit namanya jadik Goddess of Toilet. Hehe, Tajuk lagu mungkin nampak macam pelik kan? Tapi, dia punya lagu tu tak ada lah peliks mana pung...

     Meh sini sinopsis sikit...
     Lagu 'Toire no kamisama' ataupun lebih popular dikenali sebagai 'Tuhan Tandas' ni bercerita tentang nenek and cucu yang tersangatlah akrab bagai isi dengan kuku (bukan peribahasa tu untuk kawan ke?) yang sejak dari kecil lagi si cucu ni suka duduk dengan nenek dia... 


     Lama-lama, si cucu tu dah makin besar and si cucu dah mula ada kehidupan sendiri and dah mula jarang luangkan masa dengan si nenek... Si nenek ni mula makan hati le dengan sikap cucu kesayangan dia.. Dalam masa si cucu ni masih budak kecik, si nenek ada ngajor tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas. Si cucu ni pun ngikut je segala-gala ajaran si nenek (nasib baik bukan ajaran sesat ye dak)... 


     Dah makin si cucu tu besar, si nenek pulak makin TUA... Si nenek akhirnya jatuh sakit. Sakit tua kot.. Si cucu pun datang nak lawat si nenek... Tapi, si nenek ni makan hati sangat kat si cucu ni sampai tak bagi si cucu datang lawat. Dah nak sampai masa si nenek ni nak meninggal............... bla bla bla


     Wuih! Tension lah eden nak cerita pepanjang! So, korang tengok je lah video dia kat youtube okie... Nak yang ada subtitle, tekan jelah >SINI!!!!!!<

p/s: Yu know apa yang gua faham masa dengar lagu dia? Cuma lapan jer.. Iaitu, obachan (nenek), watashi (saya), kazoku (family), arigatou (thank you), toire (toilet), no (kepunyaan), kamisama (tuhan) and kirei (cantik). Hmmm, sadis kan?

Wednesday, July 18, 2012

Vote for Lyssa Faizureen tau laling

     Haaa! Siapa Lyssa Faizureen nih? Haih, takkan tak kenal kot! Punyalah meletup kebabom blog dia boleh pulok hampa buat-buat tak kenal! Dei kamoo, jangan jelesz dengan kejayaan owang orang lain ek.. Tak elok tauk! 

     Anyway, for the newbie yang masih nak berjinak-jinak dalam dunia blogging nih, and langsung tarak kenal Lyssa Faizureen ni kan don weri sebab gua ada kasik gambo nak buat lu olang teruja and eksaited and suka and suki and tertarik nak mengevote Lyssa Faizureen nih : )

Cara menggayakan jeans nak pergi keluar malam with girlfren

Cara menggayakan jeans nak keluar dating untuk 1st time

Cara menggayakan jeans nak pergi mesyuarat half formal

     Haaaa, suda kenal kan? Haaaa, dah kan? Sooo, apa lagi! Silalah kita beramai-ramai mengevote Lyssa Faizureen... Follow steps kat bawah nie kalau nak vote okie lalingssekalian...


2) Cari petak yang ada tertulis nama Lyssa.

3) Then, scroll sampai bawah sekali sampai jumpa bawah ni


4) Afta that, yu tekan perkataan vote yang kaler merah kat belah tangan kiri yu... 

5) Dia akan keluar cam ni kan... Yu oll follow je lah instruction yang ada untuk merealisasikan impian yu oll untuk mengevote Lyssa.


6) Dah tekan benda tu, akan terkeluar satu form yang suruh yu isi benda-benda kan.. Sooo, tunggu apa lagi! Isi jelah! Dah siap isi, akan ada tulisan yang tulis Registration Successful or something like that laaaa.. 

7) Lepas tu kan dia kan suruh kan kita kan pergi kan check kan email kan kita kan? Kan? Kan? Kan? U pergi la check dengan kadar segera sesegera segeranya! 

8) Untuk pengguna akaun yahoo, lihat sini


8) Pengguna akaun google pulak, yu tengok sini


9) Yu tekanlah apa yang telah dikasi warna tu..

10) Lepas tekan, cari nama Lyssa and lepastu scroll lagi sampai bawah sekali sampai jumpa butang vote yang ada kat nombor 4 tadi.

11) Lepastu, dah siap!!! Yu dah boleh blah dah : )

Gua dah vote! Lu bila lagi? Heheh *tunjuk senyum senget yang macho lagi nacho : )

Tuesday, July 17, 2012

Renung kata-kata Nik Aziz Nik Mat ini...

     Hai yu olls! Dei, ni kenapa tetiba nak masuk politik nih? Haha, sebenarnya no politics involved okay lalings.. Just kata-kata dia ni yang jadi topik HANGAT today : ) *Mood gedik gua dah balik bersarang le...

     Ni apa cer yang ayat dia ni yang buat gua tertarik hati nak cerita ni ek? Haha! Nak tahu kah? Hehe : ) Sila scroll kebawah untuk mengetahui kata-kata Nik Aziz Nik Mat nih...


!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
     'Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita... Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Allah. Sebab tu, orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT...

     Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT'
     Sekian terima kasih kerana lending me your eyes : ) *bajet terer english sebab baru tadi ada bengkel bahasa inggeris = ) Eh kejap! Sebelum tu nak ku kreditkan entri ini kepada Mr. Firdaus...

Thursday, July 12, 2012

Awal dan akhir perkahwinan itu...

     Hehe... Ni sebenarnya ada kawan yang tag kat pesbuk gua... So, gua just baca and tergelak terbahak-bahak cam orang hilang akal and lepastu terus berminat nak share kat belogku yang serba indah ini : )
Green-Effect-Note: Perasan adalah sesuatu yang TIDAK SALAH disisi undang-undang tetapi SALAH disisi agama. Soooo, jangan le buat!
     Sooo, baca jelah sampai habis : )
WARNING: Jangan baca sekeghat jalan je tau! Kena marah dengan mak nanti baru tau.

Saat indah awal perkahwinan...

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu untuk sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna: Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna: Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: Mahukah kau menciumku?
Teruna: Ya!
Dara: Sayangku...


Sesudah 5 tahun perkahwinan...
Korang baca dari bawah keatas lak : )

     Dah habis baca? Babai laling semua 

Tuesday, July 10, 2012

Penukaran kulit blogku


Twinkle twinkle little star,
how i wonder what u are,
up above the world so high,
like a diamond in the sky...

Monday, July 9, 2012

Penciplakan adalah salah disisi undang-undang!

     Huhu, ni tetiba nak jadi budak law pulok ye : ) Hehe, jangan marah nanti muka berkedut-kedut macam baju berkedut and muka yang comel dan cantik serta hensem tu terus jadik tua ibarat nenek kebayan dalam cerita nenek kebaya XD

     Takde, ni sebenarnya ada satu kes penciplakan ni, dia dengan sengajanya nak menciplak ayat gua! Oh, manusia, kejamnya dikau! Sampai hati dikau nak menciplak Hak Cipta Terpelihara daku! Woi, siapa tak marah bila ayat yang difikir siang malam pagi petang sampai mandi tetap basah, tidur masih lena dan makan tetap kenyang... Huh, sadisnya hidupku ini! *Sila jangan baca perenggan ini kerana perenggan ini penuh dengan unsur kemerapuan semata. Kalau dah terbaca, sila buat-buat tak perasan akan kewujudan perenggan ini wokeh.

     Wuhuhu, sedihnya hatiku ini pabila mengenangkan ayat yang diciplak itu! URL blog tu pun dah tak diingati sebab diriku ini tak sanggup nak mengingati URL blog GADIS PENCIPLAK tersebut (padahal sebenarnya masa bukak blog budak tu bajet ingat sampai bebila tapi keesokan paginya lepas je bangun tidur terus tak ingat)! Uhuhuhu, sedihs u knows! 

     Ayat yang budak penciplak tu ciplak daripada gua tu spesel sangat dowh! *Jadik gengsta pulok kau ye jang! Kowang Korang tau ke hape yang dia ciplak? Haaaa, mesti tak tahu kan? Kan? Kan? Meh sini Raja Ayam bagitau dengan penuh kasih sayang ye : ) 
Simple mimple but no pimple : ) [tak termasuk smiley]
     Dah baca? Haaaa, sedapkan nama ayat tu. Tak ada pun orang yang sanggup ciplak ayat tu sebelum ni... Tapi, apakan daya... Diriku ini hanyalah seorang insan biasa yang perasan dirinya King... Nak saun lebih-lebih kang  nanti disamannya diriku ini... Walaupun i tak ingat URL blog u, tapi i still ingat u punya nama gelaran tauk! Anak Uncle Ehier... Ada kenal?

     Sesiapa yang terjumpa Anak Uncle Ehier ni, sila beritahu supaya
JANGAN MENCIPLAK HAK ORANG LAIN TANPA DICREDITKAN TERLEBIH DAHULU KERANA PENCIPLAKAN ADALAH SALAH DISISI UNDANG-UNDANG.

Friday, July 6, 2012

Versus

     Wau! That tajuk aaa, is like a hotsetaf kan? *Hekhek, perasan dulu di ini hari... Ni apahal pulak ni kan yang versus-versus ni? Versus ada buat musim baru ke? Ataupun Hlovate ada buat buku baru yang bertajuk Versus 2?


     Sebenarnya, benda yang di-versus-kan adalah Blogger, Tumblr and Wordpress

     Apa ni? Blogger, Tumblr and Wordpress gagaduh ka? Eh, sori siket eh, tak gaduh ok! Diorang ni cuma bersaing (bersaing k) nak jadikan memasing punya product tu terkenal di seantero dunia! Kuahhahahaha (gelak jahat)! Hehe, and rasa-rasa awak semua kan, yang mana satu jadi igauan semua orang?

     Kalau awak semua lah kan, apa pilihan awak semua? Yang mana lebih bagus? To me lah kan, tiga-tiga tu sama taraf je. Well, semua ada specialty kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Kalau orang Malaysia, i guess blogger jadi yang paling top dalam senarai-senarai tu. Tumblr kedua dan Wordpress ketiga. Kalau luar negara, i guess Tumblr yang paling top. I rasa lah...

     Persamaan antara blogger, tumblr and wordpress ialah semua diorang tu blog jer. U ting logik lah kan, kenapa orang ramai yang tak pilih Wordpress? To me, wordpress sounds so formal. While tumblr is like a teenager and blogger is like a belia. So, i guess the name that makes it popular or less fofular.

     Ok, bye laling-laling sekalian. *I admit that i am soo soo soo gedik!
p/s: Kalau tiga-tiga benda tu gabung, meletup tak? Bak kata Adam and Stacy, 'Bergabung, Meletup! Kebabom!'

Wednesday, July 4, 2012

Artis dan Perniagaan

     Whoa! I bet u semua tahu artis2 SEDUNIA memang berkecimpung dalam bidang perniagaan kan... Kalau tak tahu, sila tahu! Why ek? To me, selebriti2 sekalian tu tak ada bakat lain KOT [sila jangan boikot saya] selain dari menyanyi dan menari dan mengehos rancangan dan berlakon dan bermain bola sepak dan MELUKIS!

Siapakah gerangan artis ini?

     So, topik hari ni ialah tentang artis yang dalam BMnya pelukis... Haaa! Terkejut tak? Why? U think i will talk-talk pasal selebriti-selebriti sekalian kah? Oh, sila fikir diluar kotak okeh anda? Sebelum tu, kalau nak tahu siapa budak pompuan yang jadi gambar kat atas tu, klik SINI!!!!


     When we talk about artist or pelukis ni kan, diorang ni memang pandai melukis lah ofkos and di samping diorang ni ada bakat semulajadi dengan tangan yang lemah gemalai (ingat orang menari tarian lembik-lembik je ada tangan lemah gemalai), diorang ni jugak sebenarnya berotak bergeliga (ayat mana tah dikaut tu)! 
     If otak diorang punya otak tak bergeliga, diorang mesti kena tipu kalau orang yang membeli tu memang pakar dalam segala macam penipuan! Haaaa, kesian kan? Kan? Kan? Kan? *Sila angguk berserta setuju ^ ^
      Selain daripada diorang ni nak tambah duit kocek nak buat beli wotekaler dan pensel kaler. Walaupun cuma wotekaler and pensel kaler, mahal jugak woooo! Kalau nak beli wotekaler mesti kena pilih cap Buncho. And kalau kaler pensel mesti nak yang Faber Castell. Tak mainlah yang murah2 ni! Kita ni, yang bukan ARTIS ni boleh je. Maklumlah, nak buat conteng kat kertas n lepastu tayang kat dinding : )

     Selain itu, diorang mestilah nak makan and minum kan? Kan? Kan? Kalau tak makan and minum tu kita boleh kata dia ni bukan manusia which means hantu ofkos. And, mereka-mereka ni semua jugak perlukan tempat tinggal untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik dan hujan lebat. Tanpa tempat tinggal, hancur leburlah lukisan-lukisan yang telah disiapkan dengan penuh kasih sayang tu kan? Kuahahahahaha!

     Ok, babai semua : )

Tuesday, July 3, 2012

Kau dan Aku





     Alkisahnya, dulu masa umur saya 6 tahun (budak kecik lagi tu), saya pernah panggil ayah saya dengan panggilan KAU
p/s: Oh, silalah percaya kerana benda tu bukan rekaan. Cerita betul tau! 100 % tak ada editing! Huh, memang derhakanya i time tu! 

     Sebenarnya, hati ini terdetik nak panggil ayah dengan panggilan KAU tu sebab kat tadika tu kan kita kalau dengan kawan kita guna aku kau sebagai perantaraan (perantaraan?), so dari situlah i terfikir...
'Kenapa kita tak panggil mak ayah kita guna AKU KAU je kan? Lagi senang...'

     So, malam tu i pun menjalankan projek gila yang telah dirancang rapi oleh Cik Senow sejak waktu rehat kat tadika tadi... 

     Time tu nak minum air and sebagai budak kecik yang belum cukup ketinggian nak capai jag kat kabinet, i pun mintak tolong ayah ambilkan + tuang air dalam cawan.  So, this is the dialogue between me and my ayah...

Me: Kau, ambikkan aku air [dengan muka tak-bersalah yang melampau]
Ayah: Dari mana belajar perkataan tu?
Me: Dengan kawan...
Ayah: Lain kali jangan guna perkataan tu lagi *sabar je le dengan budak ni
Me: Kenapa? Dengan kawan boleh je [muka tak bersalah lagi]
Ayah: Tak elok.

     Lepastu, i just angguk-angguk kepala and minum air : ) Tengok tu! Ada ke patut anak guna perkataan AKU KAU dengan ayah! Ish ish ish... Apa nak jadi ni! Tapi, time flies and sekarang i tahu kenapa tak boleh guna perkataan AKU KAU dengan mak bapak = D

p/s: Jangan tiru aksi ini dirumah. Hormatilah orang tua anda. And, DON'T BE LIKE ME : )      
Pesanan ikhlas daripada;
Senow Yuki

Sunday, July 1, 2012

Bunga Kertas - Enduring Beauty

     Siapa dah pergi Floria 2012? Ok, kalau belum, silalah pergi. Kedatangan anda semua amatlah dialu-alukan... Untuk tema Floria tahun ni, kerajaan bagi BUNGA KERTAS-TETAP MENAWAN ataupun dalam bahasa Englishnya BOUGAINVILLEA-ENDURING BEAUTY...

     Entah apa lah yang menarik sangat pasal bunga kertas ni kan? I guess yang kerajaan ambil bunga kertas jadi bunga tema tahun ni sebab dia orang kesian kot tengok bunga kertas tu tak ada orang sangat yang suka... Yang suka pun cuma golongan mak- mak kita kan? Yelah, tanam kat laman rumah bukan main berlambak lagi! Siap berjambak-jambak tu... Terutama kawasan kampung kan?


     Untuk makluman lanjut, sila klik SINI!!! untuk memudahkan awak semua kalau-kalau mengidam nak pergi Floria sesangat nak tengok bunga kertas. Dalam website tu, semua yang awak nak tahu ada! So, don't worry lah kalau tak tahu jalan nak pergi sana : ) Kat dalam website tu ada bagi peta. Print je lah... 

     Anyway, saya dah pergi dah! Baru petang tadi : ) *Dengan bangganya nak bagitahu! Heheh, bes oooooo... Rugi kalau tak pergi! Sooooo, marilah kita beramai-ramai menjayakan Floria 2012 kali ini! Wahaha! Tak payah bayar pun nak pergi masuk Floria tu...
p/s: Ada bakat jadi tourist guide berjaya tak? Siap bagi promo tu... Mesti nanti Kementerian Pelancongan nak lantik saya jadi ketua tourist guide! *Haha, in ur dream!

     Just kalau nak beli bunga-bungaan segar yang gerenti akan layu dalam masa dua tiga hari je kena bayar. TAPI, mahal gila woooo nak beli bunga segar bugar tuuuuuu! Cekik darah betui! Ada yang sekuntum tu, 6 ringgit! Sejambak yang tak berapa nak besar pun dah 3000 sen keatas!