Sunday, October 31, 2010

FREETIME!!!!! Here I come....

Akhirnya miss a hampir kepada puncak kemerdekaan... akhirnya miss a tak perlu sentiasa menghadap buku-buku sekolah....... selama lebih kurang seminggu miss a menghadap buku hanya kerana nak periksa... tapi dalam kepala miss a memang rasa miss a study last minute... siapa sokong miss a sila lah angkat tangan... siapa angkat tolong ucap omedetou kepada diri sendiri... omedetou tu apa? siapa tahu omedetou sila cakap depang komputer or laptop anda... soalan periksa tahun ni ok la juga... tak susah tak pula senang sangat... tapi alhamdulullah dapat juga miss a jawab soalan- soalan tu... lagi 2 hari je untuk periksa... tapi disebabkan periksa tinggal yang tak berapa penting jadi sempat miss a post blog... sepanjang minggu lepas miss a sibuk belajar last minute... tapi otak miss a dapat menangkap apa yang miss a baca... nasib baik otak miss a senang tangkap apa yang dibaca (hehe miss a dah start perasan) *_* ok miss a tak nak bebel panjang sangat... nanti bosan orang baca kan... bye!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (Sekarang miss a tengah tengok kartun bunny maloney... rabbit tu cute sangat)

Salam sayang
   Miss A

Saturday, October 16, 2010

misteri nusantara... (misteri tali kasut yang hilang) part 3

Bertemu lagi dalam misteri nusantara...
sambungan bagi yang lepas...
hari isnin berlalu dengan cepat sekali bagaikan menunggu ketibaan hari ini yang memang mengundang resah pada miss a yang kehilangan tali kasut!! waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!... pagi tu lepas sidai baju miss a terus pergi mandi... selepas itu miss a pergi gosok baju sekolah... hari ni start sekolah penggal yang ke tak tau.... haha... sambil gosok baju sekolah tu miss a fikir di mana miss a letak tali kasut miss a... pada pukul 12.30 petang yang mengundang kerisauan yang melampau pada miss a... miss a pergi cari tali kasut miss a di sekeliling rumah tapi miss a tak jumpa juga... sedih yang teramat sedih... miss a dah tanya nenek miss a tentang tali kasut tu tapi nenek miss a juga tak tahu miss a letak mana tali kasut tu... and nasib baik miss a berfikir dengan rasionalnya dan dengan matangnya (cehhhhhhhhh perasan) miss a fikir 'kalau dah angkat tali kasut tu hari sabtu lepas, mesti ada di suatu tempat....... hmmmmmmmm mungkin juga dalam seluar aku' miss a terus pergi cari seluar tracksuit miss a dalam timbunan baju yang belum dilipat lagi...... alangkah indahnya bila miss a akhirnya jumpa juga tali kasut miss a....
Maka dengan ini berakhirlah misteri nusantara yang jarang miss a buat....

Salam sayang
   Miss A

Wednesday, October 13, 2010

misteri nusantara... (misteri tali kasut yang hilang) part 2

 Assalamualaikum dan salam sejahtera........
kita kembali lagi dalam misteri nusantara ini...
ok kita sambung mengenai misteri tali kasut ye... hari ahad berlalu dan hari isnin menjelma... hari isnin ni miss a tak sekolah sebab tengah PMR sekarang tapi hari selasa sekolah semula.... hari ini semasa miss a tengah menengok kasut sekolah yang sudah lama diangkat baru miss a teringat mengenai tali kasut miss a... miss a panik sangat masa tu dan miss a tak ingat kat mana miss a letak tali kasut miss a tu... tapi disebabkan miss a seorang yang suka bertangguh miss a tunggu sehingga esok, iaitu selasa bersamaan hari persekolahan...
tak apa lah nanti sambung post lagi ek!!!!!!!!!
Assalamualaikum........

Salam sayang
   Miss A

Tuesday, October 12, 2010

misteri nusantara... (misteri tali kasut yang hilang)

Peristiwa ini memang peristiwa betul dan akan mencuit hati orang yang membacanya...
Peristiwa ini berlaku pada 12 okt 2010 iaitu hari ini...
sebenarnya miss a mula syak semalam yang tali kasut miss a tak ada... miss a ingat bahawasanya miss a dah angkat tali kasut yang dah kering tu... tapi smlm miss a tangguh kerana masih ada masa lagi (fikir otakku yg memang sedia tak berapa betul ni)... miss a angkat tali kasut tu hari ahad... masa hari ahad miss a dan adik miss a tengah angkat kain sambil tu miss a angkat tali kasut sekali selepas itu miss a bawa semua kain tu masuk sebab adik miss a tak kuat... masa tu tak teringat pun mengenai tali kasutku yang telah miss a masukkan secara spontan dalam poket miss a...
ok nanti bila-bila kita sambung upload ye...

Salam sayang
   Miss A

Sunday, October 3, 2010

Daku benci pabila...

1- Disuruh buat kerja yang berkaitan kain seperti basuh kain, sidai kain dan lipat kain...
2- Kupas bawang... sakit binti pedih mata. Terutama bawang kecil. Bawang putih dan besar bau tu tak tahan tapi tak sakit mata... kira masih boleh tahan lagi la kan...
3- Buat kerja yang berkaitan kemas rumah dan sapu sampah
4- Orang puji miss a (miss a punya otak memang sukar diungkapkan dengan kata-kata)   
5- Orang yang sesungguhnya memang tak sporting
6- mandikan kucing
7- pakai make-up KECUALI bedak ...
8- seorang budak lelaki gila kat sekolah miss a...
9- Orang ucap 'happy birthday' pada miss a....
10- orang wish miss a...

semoga bertemu lagi...

Salam sayang
    Miss A

Friday, October 1, 2010

hello, assalamualaikum, hola, hye n hajimemashite....

Assalamualaikum... nak jadi seorang islam yang baik mesti lah kena mula dengan beri salam dulu kan...
ini adalah blog miss a yang kedua... Blog pertama ada tapi miss a lupa password jadi tak bisa ku teruskan XD... haha terukkan miss a... XD
Ok, miss a nak kenalkan diri miss a... kita mula...
Hajimemashite. Watashi wa miss a desu. Watashi no gakkou SMK BBST...
Orang yang kenal miss a semua panggil miss a maryam... ada lah segelintir yang panggil miss a ayam terhormat... mereka akan ku sanjung sampai bila-bila... Dalam blog ini miss a ingin cerita tentang hidup miss a lah.... tapi bukan semua ye... tapi kalau tak keberatan panggil lah miss a cik a.... ok tak nak tulis panjang- panjang hari ini... tapi miss a suka membebel tau... Biasanya miss a membebel kat kawan miss a... diorang cakap sakit telinga dengar miss a bebel tapi miss a tak ambil hati pun... Bagi miss a biasalah tu adat berkawan...
ok lah bye...

Salam sayang
    Miss A