Friday, April 27, 2012

I am playing games in Facebook!!!

     Sekarang ini, saya sedang bermain game dalam muka buku saya! Wakaka! Ada ke orang nak main game? Dah besar panjang pula tu. Hello, ada ok. Saya ni sedang main. Seronoklah main game! Kalau tak percaya, sila cuba main. Game yang saya syorkan ialah game yang pada pandangan mata hati saya seronok! Tak ada tengok perasaan orang lain. Nampak benar selfish!
     Game yang berjaya menduduki takhta dalam hati saya ialah:
1) CastleVille
2) Cafe Life
3) Millionaire City
4) Ninja Saga
5) Monster Galaxy

     Kalau nak cuba, sila buka muka buku dan cuba main. Lama-lama mesti jatuh cinta dengan game-game tersebut. Wakaka! Tapi semasa baru main memang tersangat boring! Saya pun macam dah putus asa nak main semasa baru main. Boring sangat! Lama-lama ok juga! Di sini saya nak tunjukkan beberapa keping (keping?) gambar game yang saya main! Sebelum itu, buat pengetahuan awak semua, saya telahpun memberi pangkat kepada game-game ni semua! Yang pertama sekali pangkatnya Raja, seterusnya Permaisuri merangkap tukang masak, Penghulu Bendahari, Ketua Turus Angkatan Perang dan Laksamana yang kerjanya jaga galaksi dan bumi.




     Di atas tu kedai di Cafe Life saya! Wakaka! Cantik juga kan? Wakaka! Jangan perasan sangat boleh tak? Ok, kita terus ke topik lain. Yang gambar orang, itu ialah SAYA dalam Cafe Life. Cantikkan? Ya, saya tahu, memang cantik! Wakaka! Saya beri sinopsis permainan ini ya. Dalam permainan ini, kita dikehendaki memasak. Semasa mula - mula main memang kedai tu buruk sangat! Lama - lama, selepas design, cantiklah kedai tu! Tapi, mestilah kita kena tahu ilmu decorate rumah. Kalau tak, boleh jadi bertambah buruk dari yang asal! Wakaka!



     Haaaaa, yang gambar perempuan baju merah tu lah saya dalam CastleVille. Dalam game ini, anda hendaklah mentadbir sebuah kerajaan. Dalam tu anda boleh design bagi cantik berseri - seri! Saya punya kerajaan dah cukup cantik dah. Sebenarnya memang nak letak gambar, tapi tak boleh sebab CastleVille bukan seperti Cafe Life yang gambarnya tidak perlu discroll ke tepi. Faham tak yang kena scroll ke tepi tu? Tak? Tak apa, main dulu game tu, dan anda akan tahu.



     Inilah Headquarters bandar saya dalam Millionaire City. Game ini HAMPIR serupa dengan CastleVille, cuma yang berbeza Millionaire City dengan CastleVille ialah Millionaire City kita perlu tadbir bandar. Seronok permainan ini tahu? Cubalah dan anda akan rasai perbezaannya. Aik, macam kenal saja ayat ni? Wakaka!





     Tengok gambar diatas, yang gambar orang tu. Haaaa, itulah saya! Kenapa? Tak percaya? Percayalah! Kenapa saya buat macam ni? Sebab, baru ada kelainan! Kalau tak kan sama saja... Semua orang perempuan! Tengok gambar tu, handsome kan saya? Wakaka! Kalau tak nampak ke-handsome-an saya, memang bermasalahlah mata awak semua! Wakaka! Yang gambar burung itu ialah haiwan peliharaan saya! Macho haiwan saya kan? Nama dia Chiko. Dalam Ninja Saga, haiwan peliharaan cuma boleh kita dapat apabila level kita 10++ sahaja! Level 10-- tak boleh lagi... Wakaka! Dalam game ini, kita dikehendaki melengkapkan quest-quest yang diberi untuk mendapat duit poket dan belajar! 



     Nampak haiwan comel atas ni? Nampak? Tak nampak? Kasihan bagi yang tak nampak! Ish ish ish. Dalam game ini, kita dikehendaki lawan dengan haiwan yang lain dan apabila lawan tu macam nak kalah, kita boleh pilih sama ada nak bunuh atau tangkap. Kalau awak ni jenis yang belas kasihan, tangkaplah tapi mesti ada starseed. Kalau tak ada, silalah bunuh! Wakaka! Starseed tu apa? Starseed itu ialah ....... Wakaka! Main dulu baru tahu!

     Ok, cukuplah dulu untuk entri kali ini. Dah panjang sangat entri kali ini. Ok, bye.

No comments :

Post a Comment